Lelaki Miliki 12 Rekod Lampau Maut Ditetak



IPOH: Seorang lelaki yang mempunyai 12 rekod lampau ditemukan mati dengan beberapa kesan tetakan pada badan di kawasan belukar berhampiran sebuah kuil di Tanjung Rambutan, di sini hari ini.
Mayat lelaki berusia 34 tahun itu ditemukan pada pukul 11.30 pagi oleh orang awam yang mahu memikat burung di kawasan berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dengan pergelangan tangan kanan hampir putus.
Lelaki yang tidak bekerja itu mempunyai 12 rekod lampau termasuk berkaitan dua kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan beberapa kes jenayah lain.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian dipercayai berlaku disebabkan pertengkaran antara si mati dengan sekumpulan lelaki.
Katanya, pergaduhan antara mereka dikatakan berpunca apabila lelaki itu tidak berpuas hati selepas adiknya ditahan bagi satu kes di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
“Pada 11 November lalu, berlaku kes cubaan membunuh seorang lelaki yang mana polis menahan tujuh individu dengan dua daripadanya telah dituduh di mahkamah.
“Berikutan kes itu, si mati dipercayai tidak berpuas hati kerana adiknya dikaitkan dalam kejadian tersebut dan ke lokasi kejadian iaitu sebuah pondok yang dijadikan port menghisap dadah.
“Si mati juga adalah orang dikehendaki oleh polis. Dia memang antara sasaran kita untuk ditahan bagi kes sebelum ini  (Seksyen 307 Kanun Keseksaan) namun dia menghilangkan diri,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.
Menurut beliau, pertengkaran antara si mati dan kumpulan terbabit menyebabkan dia diserang dengan parang sepanjang 60 sentimeter.
Katanya, si mati dipercayai cuba melarikan diri namun rebah kira-kira 30 meter dari pondok tersebut.
“Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 7.30 petang semalam berdasarkan keadaan mayatnya semasa dijumpai dan mangsa cedera parah dengan beberapa kesan tetakan di belakang badan dan tangan.
“Pemeriksaan di lokasi menjumpai parang yang digunakan dalam kejadian itu. Mayat dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.
Tambahnya, beberapa suspek  dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya
The post Lelaki miliki 12 rekod lampau maut ditetak appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/01/01/lelaki-miliki-12-rekod-lampau-maut-ditetak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Remaja Bapa Maut Selepas Kereta Langgar Pokok

Remaja Bapa Maut Selepas Kereta Langgar Pokok

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 446 hits
Seorang remaja lelaki bersama bapanya maut selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka terbabas lalu melanggar sebatang pokok di Jalan Felda Bukit Batu Kulai pagi tadi JOHOR BAHRU Seorang remaja lelaki bersama bapanya maut selepas keret...
Seorang Pekerja Binaan Maut Terjatuh Dari Tingkat 19

Seorang Pekerja Binaan Maut Terjatuh Dari Tingkat 19

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 459 hits
Seorang pekerja tapak binaan warganegara Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat 19 bersama plat besi di sebuah tapak pembinaan dekat Jalan Peel Taman Maluri pagi tadi Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lu...
Pasangan Suami Isteri Maut Kemalangan 8 Kenderaan

Pasangan Suami Isteri Maut Kemalangan 8 Kenderaan

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 412 hits
Kluang Dua maut manakala dua lagi parah serta 11 orang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan berhampiran Plaza Tol Machap dekat sini petang hari ini Mangsa yang maut dikenal pasti adalah pasangan suami isteri Wong Fook ...
Khairy Pulih Selepas Hilang Ingatan Sementara Susulan Kemalangan Langgar Lubang Maut

Khairy Pulih Selepas Hilang Ingatan Sementara Susulan Kemalangan Langgar Lubang Maut

papar berkaitan - pada 29/12/2020 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Menteri Sains Teknoloji dan Inovasi Khairy Jamaluddin berharap keprihatinan Jabatan Kerja Raya atas kemalangannya melanggar lubang maut semalam bukan kerana kedudukannya sebagai menteri Niat saya semalam memuat naik insiden ini...
Wanita Maut Ditikam Adik Ipar Mabuk Mana Suara Walaun Pas

Wanita Maut Ditikam Adik Ipar Mabuk Mana Suara Walaun Pas

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 377 hits
December 26 2020 Seorang wanita maut ditikam adik iparnya di sebuah rumah pangsa dekat USJ 7 di sini malam tadi Dalam kejadian kira kira jam 8 malam itu mangsa dikatakan cuba meleraikan pergaduhan melibatkan adik perempuannya yang dipukul s...
Pengemudi Hyundai Jadi Tersangka Kecelakaan Maut Tewaskan 1 Orang Di Pasar Minggu

Pengemudi Hyundai Jadi Tersangka Kecelakaan Maut Tewaskan 1 Orang Di Pasar Minggu

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 242 hits
Sopir Hyundai inisial HRH menjadi tersangka karena sebelum tabrakan terjadi pengemudi terlibat serempetan dengan mobil polisi yang dikemudikan Aiptu IC Mobil Aiptu IC kemudian menyeberang jalur sebelahnya dan menabrak sepeda motor
Maut Ditikam Adik Ipar

Maut Ditikam Adik Ipar

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 329 hits
Hafidzul Hilmi Mohd NoorSubang Jaya Seorang pekerja kilang maut ditikam adik iparnya selepas cuba meleraikan pergaduhan antara suspek dan isterinya dalam kejadian di sebuah apartmen di USJ 7 Subang Jaya malam tadi Dalam kejadian pada 7 mala...
Pemuda Cari Pucuk Paku Maut Diserang Binatang Buas

Pemuda Cari Pucuk Paku Maut Diserang Binatang Buas

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 273 hits
LENGGONG Seorang lelaki berusia 24 tahun maut dipercayai akibat serangan binatang buas di kawasan hutan berhampiran Kampung Banggol Batu dekat sini semalam Mayat Mohamad Roslan Kamarul Zaman ditemui kira kira jam 12 tengah malam tadi oleh a...
Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Seramai 2 603 Orang Mangsa Daripada 8 104 Keluarga Berada Di 68 Pusat Pemindahan Sementara Di Pahang Setakat Pagi Ini

Dbkl Reforms Kampung Baru And Pardons Yeoh S New Job Pressures

T10c10 Kenapa Tunggang Motosikal

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Malaysia Rekod 198 992 Kematian Pada 2024 Ischaemic Heart Diseases Punca Utama

Air Kelihatan Bersih Tetapi Tidak Semestinya Selamat Isu Ppcps Dan Penyelesaian Lestari

Emas Kembali Ke Pangkuan Negara Trio Juwaidi Aqil Dan Aiman Cipta Detik Gemilang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alahai Blog Tak Boleh Follow Ini Yang Saya Buat

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Kenapa Tangan Kita Tiba Tiba Terjadi Lebam Tanpa Sebab

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah