Lelaki Larikan Rm28 000 Selepas Acu Pistol Di Kepala Pelanggan Bank


IPOH, 24 Dis (Bernama) — Seorang lelaki bertopi keledar menjadikan seorang pelanggan wanita sebagai tebusan dengan mengacukan pistol di kepalanya, sebelum melarikan wang RM28,000 di sebuah bank berhampiran Bulatan Silibin di sini petang tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak ACP Zaihairul Idrus berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira 4 petang.
“Suspek dipercayai memasuki bank melalui pintu mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum meluru ke bahagian kaunter lalu mengacukan sepucuk pistol kepada seorang daripada pelanggan wanita yang berada di dalam bank itu sambil mengugut kakitangan supaya memasukkan wang ke dalam beg yang dibawa bersamanya,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata suspek yang berbaju lengan panjang dan memakai topi keledar bercermin gelap kemudian melarikan diri bersama beg berisi wang berkenaan ke arah sebuah kereta yang menunggunya di luar kawasan bank.
“Bagaimanapun tiada tembakan yang dilepaskan dan kejadian berlaku terlalu pantas iaitu kira-kira empat minit sahaja,” katanya.
Zaihairul berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian terdapat tiga pelanggan yang berada di dalam bank itu manakala pengawal keselamatan berada di bahagian ruang pejabat.
Beliau berkata mangsa berusia 50-an yang dijadikan tebusan tidak mengalami kecederaan namun trauma akan kejadian itu dan telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan kerana menghidap penyakit jantung.
Katanya polis kini giat mengesan suspek bersama seorang lagi yang dipercayai memandu kereta di luar bank untuk membawa lari suspek.
“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta tampil menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan,” katanya.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup di tempat kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
Sumber: BERNAMA
The post Lelaki Larikan RM28,000 Selepas Acu Pistol Di Kepala Pelanggan Bank appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/12/25/lelaki-larikan-rm28000-selepas-acu-pistol-di-kepala-pelanggan-bank/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ozil Mahu Bantu 1 000 Lagi Kanak Kanak Selepas Taja Pembedahan 219 Orang

Ozil Mahu Bantu 1 000 Lagi Kanak Kanak Selepas Taja Pembedahan 219 Orang

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 246 hits
Janji yang dinyatakan oleh pemain bintang Arsenal Mesut Ozil berkenaan dengan penajaan pembedahan 1 000 orang kanak kanak yang kurang bernasib baik bakal tertunai sepenuhnya selepas 219 orang kanak kanak dilaporkan telah berjaya menjalani p...
65 000 Orang Ikuti Briffest Puncak Perayaan Hut Bank Bri Ke 124

65 000 Orang Ikuti Briffest Puncak Perayaan Hut Bank Bri Ke 124

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 187 hits
65 000 orang yang terdiri dari pekerja PT Bank Rakyat Indonesia Tbk dan keluarganya yang berdomisili di Jabodetabek mengikuti BRILian Family Festival puncak rangkaian HUT ke 124 Tahun Bank BRI yang diadakan di Jakarta Convention Center Jaka...
Perghh Restoran Diarah Tutup Selepas Pelanggan Rakam Aksi Pekerja Kencing Di Dapur Ketika Drive Thru

Perghh Restoran Diarah Tutup Selepas Pelanggan Rakam Aksi Pekerja Kencing Di Dapur Ketika Drive Thru

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 505 hits
Restoran diarah tutup selepas pelanggan rakam aksi pekerja kencing di dapur ketika drive thru Perbuatan tidak senonoh seorang pekerja restoran terbabit mengundang kemarahan netizen SEBUAH restoran diarah tutup selepas seorang pelanggan mera...
Dua Beradik Didakwa Di Mahkamah Selepas Rm3 Juta Tersilap Masuk Akaun Bank Mereka

Dua Beradik Didakwa Di Mahkamah Selepas Rm3 Juta Tersilap Masuk Akaun Bank Mereka

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 721 hits
DUA beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan tidak jujur menyembunyikan lebih RM3 juta wang yang tersilap masuk ke dalam akaun bank syarikat mereka push Rafidhah Kamaruddin 52 dan Ri ayah Kamaruddin 59 mengaku...
Berstatus Calon Tunggal 4 Balon Kepala Daerah Tak Hadiri Fit Proper Test Pdip

Berstatus Calon Tunggal 4 Balon Kepala Daerah Tak Hadiri Fit Proper Test Pdip

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 208 hits
Baginda menambahkan hasil fit and proper test tersebut tidak akan diumumkan ke publik Nantinya pengumuman akan dilakukan DPP PDIP berupa rekomendasi
Himbauan Mendagri Agar Kepala Daerah Beri Kemudahan Berusaha Dukung Visi Jokowi

Himbauan Mendagri Agar Kepala Daerah Beri Kemudahan Berusaha Dukung Visi Jokowi

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 231 hits
Tugas kepala daerah dalam surat Tito itu adalah mendelegasikan seluruh kewenangan perizinan dan nonperizinan kepada Kepala Dinas Penanaman Modal dan Pelayanan Terpadu Satu Pintu dalam upaya mempercepat dan menjamin kepastian proses bisnis l...
Bayi Retak Tempurung Kepala Dihempap Almari Dua Meter

Bayi Retak Tempurung Kepala Dihempap Almari Dua Meter

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 476 hits
Seorang bayi lelaki cedera di kepala selepas dihempap almari kayu setinggi dua meter ketika bermain di rumahnya pada Sabtu Ibu kepada bayi berkenaan Ain Azman berkata dia bergegas membawa anaknya Ammar ke wad kecemasan sebelum doktor memakl...
Firli Soal Duit Kepala Daerah Di Kasino Kita Belum Bicara Kasus

Firli Soal Duit Kepala Daerah Di Kasino Kita Belum Bicara Kasus

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 151 hits
Firli menegaskan sikapnya sebagai Ketua KPK yang baru adalah menindaklanjuti tata kerja sesuai dengan peraturan UU KPK yang baru Juga berupaya memelihara soliditas lembaga KPK sebagai lembaga garda pemberantasan korupsi
Wanita Sedang Gosok Gigi Melompat Lepas Melihat Ada Kepala Ular 5 Kaki Hanya Dalam Jarak Sejengkal Dengan Kakinya

Wanita Sedang Gosok Gigi Melompat Lepas Melihat Ada Kepala Ular 5 Kaki Hanya Dalam Jarak Sejengkal Dengan Kakinya

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 392 hits
Rumah merupakan satu tempat yang dianggap paling selamat dalam kehidupan kita sebagai manusia Seringkali sejak kecil lagi mak ayah selalu panggil kita balik rumah dan jangan pergi jauh dari rumah sewaktu bermain kerana dikatakan tidak selam...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


Porsche Design Honor Magic V2 Rsr Menang Red Dot Award Product Design 2024

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat