Lelaki Jual Minyak Kanabis Untuk Tujuan Perubatan Terlepas Hukuman Gantung Sampai Mati


The Reporter



Seorang lelaki yang menjual minyak kanabis bagi tujuan perubatan terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Persekutuan, hari ini membenarkan rayuannya untuk mengetepikan sabitan atas dua pertuduhan mengedar dadah.


Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel tiga hakim menggantikan pertuduhan mengedar kepada pemilikan terhadap Muhammad Lukman Mohamad, 31, mengikut Seksyen 9 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.


Mahkamah mendapati Muhammad Lukman bersalah kerana memiliki dadah dan dihukum penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan.


Bagaimanapun, hukuman itu berjalan serentak dan Muhammad Lukman hanya perlu menjalani hukuman penjara lima tahun mulai tarikh tangkapan pada 7 Disember 2015.


Panel hakim itu turut disertai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.


Seksyen 9 ADB memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan/atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Pada Ogos 2018, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Muhammad Lukman bersalah atas tiga pertuduhan mengedar 3,010 mililiter delta 9 tetrahydrocannabinol (ekstrak kanabis), 1,422 gram (g) delta 9 tetrahydrocannabinol dan 279.81g kanabis.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Bandar Mahkota, Banting, Selangor pada 7 Disember 2015.


Pada 27 November 2019, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap Muhammad Lukman terhadap dua pertuduhan pertama, tetapi meminda tuduhan ketiga kepada pemilikan dan menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan 10 kali sebatan.


Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata, anak guamnya akan dibebaskan daripada penjara selepas hukuman sebatan selesai.


"Muhammad Lukman selesai menjalani tempoh penjara tujuh tahun dengan peringanan hukuman 1/3," katanya.


Terdahulu, Hisyam berhujah kedua-dua pertuduhan dihadapi Muhammad Lukman tidak dapat bertahan kerana pendakwaan gagal membuktikan berat dan isi padu dadah seperti dinyatakan dalam kertas pertuduhan kerana ahli kimia tidak menjalankan analisis kuantitatif dadah berkenaan.


Beliau berhujah, barang bukti tidak dibentangkan di Mahkamah Tinggi dengan betul kerana ia dilakukan tanpa kehadiran hakim perbicaraan.


Katanya, anak guamnya tidak sepatutnya didakwa mengikut ADB kerana beliau hanya menjual bahan berkenaan bagi tujuan perubatan.


Timbalan Pendakwa Raya Samihah Razali berhujah, ahli kimia tidak melakukan analisis kuantitatif kerana ia tidak perlu berbuat demikian.


Kes Muhammad Lukman mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berpandangan kes tersebut wajar dikaji semula kerana memiliki minyak kanabis untuk tujuan perubatan.


Sumber: Bernama


February 18, 2021 at 01:20AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2021/02/lelaki-jual-minyak-kanabis-untuk-tujuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pemandu Bas Dihukum Gantung Sampai Mati

Bekas Pemandu Bas Dihukum Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 220 hits
Oleh Siva 37 dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas kesalahan membunuh teman wanitanya lima tahun lalu Foto NSTP Omar Ahmad JOHOR BAHRU Seorang bekas pemandu bas kilang dijatuhi hukuman gantung sampai mati o...
Tetak Kekasih Sampai Mati Di Tepi Jalan Pemandu Bas Ke Tali Gantung

Tetak Kekasih Sampai Mati Di Tepi Jalan Pemandu Bas Ke Tali Gantung

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 306 hits
BernamaJOHOR BAHRU Seorang pemandu bas dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya di Taman Scientex dekat Pasir Gudang lima tahun lepas Pesuruhjaya Kehakiman Shahnaz Sulaiman menjatuhkan hu...
Suami Isteri Dera Zubaidi Amir Qusyairi Sampai Mati Berdepan Dengan Hukuman Mati

Suami Isteri Dera Zubaidi Amir Qusyairi Sampai Mati Berdepan Dengan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 404 hits
Suami isteri dera Zubaidi Amir Qusyairi sampai mati berdepan dengan hukuman matiPasangan suami isteri yang didakwa mendera sehingga menyebabkan kematian kanak kanak lelaki berusia tujuh tahun di Taman Krubong Jaya dua minggu lalu telah dida...
Pura Pura Mau Jual Minyak Tanah Anggota Kkb Tembak Warga Di Intan Jaya

Pura Pura Mau Jual Minyak Tanah Anggota Kkb Tembak Warga Di Intan Jaya

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 279 hits
Warga sipil berinisial RNR yang menjadi korban penembakan Kelompok Kriminal Bersenjata di Bilogai Distrik Sugapa Kabupaten Intan Jaya Papua akan dibawa ke rumah sakit Timika hari ini Selasa untuk dirawat
Kanser Paru Paru Bukan Hukuman Mati

Kanser Paru Paru Bukan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 239 hits
Ridauddin DaudKempen KeepBreathing bertujuan mendidik masyarakat berkaitan kemajuan perubatan termasuklah rawatan bespoke dan ujian saringan untuk pengesanan awal kanser paru paru KUALA LUMPUR Sekiranya menghidap kanser paru paru ia bukanla...
Kumpulan Anti Vaksin Hanya Nak Jual Produk Pakar Perubatan

Kumpulan Anti Vaksin Hanya Nak Jual Produk Pakar Perubatan

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 244 hits
Oleh SELEPAS vaksin yang mampu menjadi penyelamat manusia dari virus COVID 19 tiba muncul pula pendapat yang mengelirukan masyarakat mengatakan vaksin itu mempunyai pelbagai kesan sampingan yang diuar uarkan oleh kumpulan anti vaksin Bagaim...
Dendam Karna Ditolak Pria Madura Bunuh Gadis Dayak Terancam Hukuman Mati

Dendam Karna Ditolak Pria Madura Bunuh Gadis Dayak Terancam Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 249 hits
Pria keturunan Madura M Munawir ditangkap polisi karena diduga membunuh gadis keturunan Dayak Medelin Munawir dijerat pasal pembunuhan berencana sehingga terancam hukuman mati pasal pembunuhan berencana kata Kapolres Kutai Barat AKBP Irwan ...
Ibu Dan Bapa Tiri Amir Berdepan Hukuman Mati Didakwa Bunuh Anak

Ibu Dan Bapa Tiri Amir Berdepan Hukuman Mati Didakwa Bunuh Anak

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 386 hits
522 total views 522 views today Sebelum ini tular berita mengenai penemuan seorang kanak kanak dikenali sebagai Zubaidi Amir Qusyairi yang ditemui meninggal dunia akibat lemas di dalam sebuah tong air Mangsa dipercayai telah didera oleh ibu...
Asri Janggut Persoal Mana Suara 18 Mp Pas Ruu 355 Masih Tergantung Gantung

Asri Janggut Persoal Mana Suara 18 Mp Pas Ruu 355 Masih Tergantung Gantung

papar berkaitan - pada 19/2/2021 - jumlah : 286 hits
FAZLI RADZIPengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid secara terbuka mempersoal kesungguhan 18 Ahli Parlimen Pas dalam pindaan Akta Mahkamah Syariah 1965 Genap empat tahun berlalunya Himpunan RUU 355 di ibu negara beliau yang dikenali seb...
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Meet Mona And Kyra Ai Insurance Assistants That Actually Get You

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Huawei Powers Ai Future With New Xinghe Network

Navigate The World Of Online Business

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

How Your Oral Health Affects Your Gut


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Restoran Tiga Ikan Kl East Mall

Family Insurance In Malaysia How To Protect What Matters Most

Lokomotif Pertama Beroperasi Di Tanah Melayu

When Giving Gets Tough

Nak Share Sini

Purrfect Plushies Mimi Tam Tam Kenangan Coffee