Lelaki Ini Tunjuk Macam Mana Halusinasi Terjadi Buka Mata Ramai Tentang Skizofrenia


Lelaki Ini Tunjuk Macam Mana Halusinasi Terjadi, Buka Mata Ramai Tentang Skizofrenia
Setiap manusia di dunia ini tidak akan terlepas dari ujian. Kadang kala ujian itu juga datang dalam bentuk yang tidak disangka termasuk melibatkan masalah kesihatan diri.
Jika Allah SWT berkehendak, Dia akan menguji hambanya dengan pelbagai penyakit yang perit untuk ditanggung. Bukan sekadar penyakit fizikal, tetapi juga melibatkan penyakit mental.
Ada sesetengah orang yang mungkin tidak faham mengenai derita yang dihadapi oleh pesakit mental. Bahkan, kadang kala terlalu menghukum tanpa memikirkan derita yang dihadapi oleh mereka.
Salah satu penyakit mental yang perlu difahami orang ramai ialah skizofrenia.
Menurut laman web Hospital Bahagia Ulu Kinta, skizofrenia merupakan penyakit mental yang serius. Ia menjejaskan cara seseorang berfikir, merasa dan berperilaku.
“Orang dengan skizofrenia mungkin kelihatan seperti mereka telah kehilangan hubungan dengan realiti, yang boleh mengganggu mereka dan keluarga dan rakan-rakan mereka,” kata hospital itu.
BACA JUGA: Skizofrenia Juga Merupakan Salah Satu Penyakit Mental Serius Yang Perlu Kita Tahu Pesakit skizofrenia juga sukar untuk mengambil bahagian dalam aktiviti harian mereka. Namun, rawatan yang berterusan boleh membantu mereka untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik.
Dalam pada itu, seorang pengguna TikTok, @fitri_azeez, berkongsi video simulasi pesakit skizofrenia yang berhalusinasi.
Didiagnos menghidap skizofrenia sejak tahun 2021, Fitri menunjukkan pengalamannya yang pernah berhalusinasi di dalam masjid.
Senyuman menyeramkan Menurutnya, dia ketika itu sedang mendengar khutbah Jumaat dan tiba-tiba melihat beberapa orang yang sedang melakukan solat sunat membelakangi kiblat.
“Ada yang memandang saya, ada juga yang hanya tunduk memandang ke arah karpet sejadah dan ada memandang saya dengan senyuman yang menyeramkan.
“Beberapa puluh orang yang sedang mendengar khutbah tiba-tiba memandang tepat ke arah mata saya dengan renungan yang kosong. Ketika pertama kali perkara ini berlaku, saya lari keluar dari masjid dan berkurung di dalam tandas masjid sehingga saya dengar iqamat, baru saya keluar dan tunaikan solat Jumaat.
“Seperti biasa, tiada pelakon tambahan. Jemaah yang pusing menghadap saya itu bukanlah rupa seperti saya, ia berupa wajah-wajah rawak yang saya nampak sepanjang saya berjalan di dalam masjid untuk mendapatkan tempat duduk.
“Jadi, situasi dalam video ni tak berapa nak relate sangat. Situasi yang sebenar, jemaahnya ramai,” katanya menerusi kapsyen.
Ujarnya lagi, dia sudah tidak merasa takut selepas perkara itu berlaku beberapa kali dan menganggap itu adalah ujian dari Allah SWT.
“Saya menganggap ini hanya ujian Allah SWT. Allah nak uji saya sama ada saya bertakwa padaNya atau saya lebih takut pada gangguan halusinasi. Saya percaya masjid adalah tempat yang selamat dan mempunyai aura positif. Halusinasi itu hanya satu gangguan.
“Namun, inilah sebabnya kenapa ramai penghidap skizofrenia takut nak keluar atau pergi ke tempat orang ramai,” katanya.
Halusinasi dalam panggung wayang Fitri menambah bahawa dia juga pernah berhalusinasi di dalam panggung wayang, melihat penonton lain memandang ke arahnya.
“Pernah suatu hari saya pergi wayang menonton filem Imaginur sampai Beto Khusyairi dan Diana Danielle yang berada di dalam skrin wayang memandang tepat ke arah saya untuk beberapa minit.
“Cerita Imaginur itu memang boleh trigger saya kerana ada beberapa babak yang kena dengan pengalaman halusinasi saya,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya SK, Fitri berkata dia masih lagi menerima rawatan dan memakan ubat yang diberikan oleh doktor.
@fitri_azeez Video ini adalah simulasi pengalaman saya berhalusinasi di dalam masjid. Ia pernah berlaku kepada diri saya. saya sedang mendengar khutbah jumaat. Saya melihat beberapa orang yg sedang solat sunat tiba² membelakangi kiblat. Ada yg memandang saya, ada juga yg hanya tunduk memandang ke arah karpet sejadah dan ada memandang saya dengan senyuman yg menyeramkan. Dan beberapa puluh orang yg sedang mendengar khubat tiba² memandang tepat ke arah mata saya dengan renungan yg kosong. Ketika pertama kali perkara ini berlaku, saya lari keluar dari masjid dan berkurung di dalam tandas masjid sehingga saya dengar iqamat, baru saya keluar dan tunaikan solat jumaat. Apabila perkara ini berlaku beberapa kali, saya sudah tidak takut lagi. Saya hanya tunduk ke bawah. Saya menganggap ini hanya ujian Allah swt. Allah nak uji saya sama ada saya bertakwa padaNya atau saya lebih takut pada gangguan halusinasi. Saya percaya masjid adalah tempat yg selamat dan mempunyai aura positif. Halusinasi itu hanya satu gangguan. Namun, inilah sebabnya kenapa ramai penghidap skizofrenia takut nak keluar atau pergi ke tempat orang ramai. Pengalaman saya berhalusinasi begitu bukan sahaja di masjid. Di dalam panggung wayang juga pernah berlaku. Ketika saya sedang asyik menonton, tiba² pengunjung/penonton yang lain memandang ke arah saya. Pernah suatu hari tu saya pergi wayang menonton filem Imaginur sampai Beto Khusyairi dan Diana Danielle yg berada di dalam skrin wayang memandang tepat ke arah saya untuk beberapa minit. Cerita Imaginur itu memang boleh trigger saya kerana ada beberapa scene yg kena dengan pengalaman halusinasi saya. Seperti biasa, tiada pelakon extra. Jemaah yg pusing menghadap saya itu bukanlah rupa seperti saya, ia berupa wajah² random yg saya nampak sepanjang saya berjalan di dalam masjid untuk mendapatkan tempat duduk. Jadi, situasi dalam video ni tak berapa nak relate sangat. Situasi yang sebenar, jemaahnya ramai.
♬ Original Sound – Unknown

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada Fitri kerana berkongsi pengalaman berhalusinasi, yang sebelum ini tidak difahami mereka.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak tiga juta tontonan di TikTok.
Sumber: fitri_azeez
The post Lelaki Ini Tunjuk Macam Mana Halusinasi Terjadi, Buka Mata Ramai Tentang Skizofrenia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/12/lelaki-ini-tunjuk-macam-mana-halusinasi-terjadi-buka-mata-ramai-tentang-skizofrenia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Dunia Ni Kalau Buat Jahat Azab Dunia Pedih Macam Mana Pula Akhirat Prince Syed

Dalam Dunia Ni Kalau Buat Jahat Azab Dunia Pedih Macam Mana Pula Akhirat Prince Syed

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 193 hits
Pempengaruh dan usahawan Prince Syed meluahkan harapan agar segala kemelut yang melibatkan dirinya dan keluarga mentua dapat diselesaikan dengan cara baik selepas hadir mengikuti prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret hari ini Menurut P...
Polis Buka Kertas Siasatan Inspektor Sheila Perlekeh Anggota

Polis Buka Kertas Siasatan Inspektor Sheila Perlekeh Anggota

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 166 hits
BernamaKUALA LUMPUR Polis membuka kertas siasatan terhadap Inspektor Sheila kerana didakwa memperlekeh anggota polis yang melakukan pemeriksaan ke atas seorang lelaki warga asing yang memandu tanpa lesen di Jalan Ipoh di sini Selasa lepas K...
Umw Toyota Motor Buka Penyertaan Pertandingan Lukisan Kereta Impian Ke 19

Umw Toyota Motor Buka Penyertaan Pertandingan Lukisan Kereta Impian Ke 19

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 174 hits
PACU MASA DEPAN DENGAN KREATIVITI UMW TOYOTA MOTOR BUKA PENYERTAAN PERTANDINGAN LUKISAN KERETA IMPIAN KE 19 SHAH ALAM 7 November 2025 UMW Toyota Motor dengan bangganya mengumumkan penganjuran semula Toyota Dream Car Art Contest bagi edisi k...
Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

Mata Dikorek Jantung Hati Buah Pinggang Di Curi

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 232 hits
SAH ISRAEL CURI ORGAN RAKYAT PALESTIN Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Gaza Dr Munir Al Barsh mengesahkan Israel mencuri organ dari sebahagian daripada 315 jenazah yang dipulangkan mereka Hasil siasatan mendapati ada kesan bedah anggota...
First Surgery Iol Intraocular Lens Mata Kanan

First Surgery Iol Intraocular Lens Mata Kanan

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 172 hits
Hari yang ditetapkan telah tiba Malam sebelum first surgery IOL Intraocular Lens mata kanan saya dah berdebar lain macam Tak boleh tidur dibuatnya Macam tidur tidur ayam gitu Tak putus berdoa semoga Allah permudah segala urusan kami Pagi tu...
Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 238 hits
Hebat perjalanan CEO AMD ini membangunkan syarikatbenar benar memberi inspirasiMasa Lisa Su naik jadi CEO AMD pada Oktober 2014 ramai yang skeptikal Syarikat tu waktu tu macam nyawa nyawa ikan market cap baru USD 2 bilion saham pun orang ta...
Berjurai Air Mata Ibu Bapa Syukur Lihat Anak Perempuan Tamatkan Pengajian

Berjurai Air Mata Ibu Bapa Syukur Lihat Anak Perempuan Tamatkan Pengajian

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 158 hits
Berjurai Air Mata Ibu Bapa Syukur Lihat Anak Perempuan Tamatkan Pengajian Setiap kali tiba musim majlis konvokesyen media sosial pastinya dipenuhi dengan wajah wajah ceria graduan yang diraikan Berjubah konvokesyen serta topi mortarboard te...
Najwa Latif Suami Timang Cahaya Mata Pertama

Najwa Latif Suami Timang Cahaya Mata Pertama

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 138 hits
Najwa Latif Suami Timang Cahaya Mata Pertama Penyanyi lagu Cinta Muka Buku yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif kini bergelar ibu apabila selamat melahirkan seorang bayi...
Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

Kes Thales Kembali Memanas Pihak Berkuasa France Dan Uk Buka Semula Siasatan

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 179 hits
Kes Thales kini kembali menjadi tumpuan apabila pihak berkuasa Perancis dan UK melancarkan siasatan semula mengenai dakwaan rasuah dalam kontrak pertahanan Ini termasuklah projek kapal selam yang melibatkan Malaysia pada tahun 2002 serta pe...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Kuih Tiram

Thunderstorm Warning For Four States Labuan Until 1pm

Gelar Isteri Perompak Kerana Ambil Wang Rm50 Beli Makanan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selamat Tinggal Terima Kasih Kepada Semua Insan Yang Terlibat Memudahkan Urusan Di Selangor Klcc

Surah Al Ikhlas Rumi Jawi Audio Kelebihan Mengamalkan

Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room