First Surgery Iol Intraocular Lens Mata Kanan


Hari yang ditetapkan telah tiba. Malam sebelum first surgery IOL-Intraocular Lens mata kanan, saya dah berdebar lain macam. Tak boleh tidur dibuatnya. Macam tidur-tidur ayam gitu. 
Tak putus berdoa semoga Allah permudah segala urusan kami. Pagi tu gerak awal dah tapi jem pagi-pagi macam biasalah kan. Masing-masing bersaing dengan urusan kerja dan persekolahan. 

DaftarMujur tak lambat sebab kena daftar untuk admission wad surgery antara jam 7.30am-8.00am. Staff pun dah telefon untuk remind kita. Sampai lebih kurang jam 7.40 macam tu dan terus daftar. 
Tak lama menunggu, staff pakaikan gelang putih dan kemudian staff lain bawa kami ke wad. 

Day care wardUntuk surgery ni saya tak bermalam di wad. Hanya day care je untuk minor surgery. Kalau bermalam dapatlah wad sorang tu. Masuk wad day care ada 4 katil


Dapat katil tepi tingkap. Luas sikit mata memandang. Ambil kesempatan nak rehat. Nak sambung tidur


Uniform pesakitDah siap-siap uniform hospital untuk disarung. Kita pertama kali masuk wad macam jakun sikit. Ingatkan tuala atas sekali tu, rupanya panties. Panties ni insurance tak cover tau. Kena bayar RM20. Boleh tahan mahal juga. 

Check kesihatanBaru nak lelap, nurse datang nak check blood pressure, gula dan tanya sikit sejarah kesihatan. Hadap je lah segala prosedurnya


SarapanPagi-pagi dah dijamu dengan sarapan roti, butter dan jem


Disediakan air panas dan thermos dan air sejuk dalam jug. Ada disediakan mug ni dapatlah bancuh air teh o tanpa gula


Sebelum surgerySebelum surgery pergi ke klinik jumpa doktor dulu untuk tengok keadaan mata dan buat marking pada mata. Doktor kata surgery dalam jam 12 lebih macam tu. 
Nurse bagi ubat kapsul penenang dan tahan sakit sebelum surgery. Lepas tu suruh tukar baju siap-siap semua

Makan tengah hariSempatlah menjamu selera bubur nasi, sup dan buah tembikai. Semua hidangan makan separuh-separuh dengan Encik Suami. Sedap bubur dan supnya. Walaupun bubur tu macam plain je tapi untuk diet sangat sesuai


Perjalanan menuju ke dewan bedahSelfie before surgery
Encik suami mengiringi perjalanan ke dewan bedah. Sampai sini je lah boleh hantar pun. Lepas duduk dalam wad sebab nurse kata lama lagi. 

Masa consult hari tu ada tanya doktor berapa lama proses bedah ni. Katanya lebih kurang 25-30 minit macam tu. Ohh tak lama. Sekali dah masuk dewan bedah ni lama ye. Kena menunggu proses sebelum tu macam-macam prosedurnya

Sampai masanya ke dewan bedah yang sebenar tu kena tukar katil. Tukar selimut biru. Lebar katil muat-muat badan kita je. Rasa tangan ni macam nak terkeluar dari lebar katil. Macam tu rupanya ye. Maklumlah kita pertama kali

Satu pengalaman yang mendebarkan betul

Semasa surgerySiapa kata buat IOL surgery ni painless? Tipu! Sakit tahu. Walaupun sakit kecil tapi terasa sakitnya tu. Dibedah dalam keadaan sedar. Kita nak menahan mata statik tengok cahaya tu agak mencabar juga ye. Dalam hati ni macam-macam doa dan surah kita baca. 
Tambah lagi bunyi mesin tu sampai doktor kata puan bernafas macam biasa je puan. Rileks. Kita pula nervous. Alhamdulillah penantian dibedah tu berakhir dan lancar. Legaaaa...

Selepas surgerySebelum bedah kemain sejuk lagi terasa. Lepas bedah, boleh berpeluh ye belakang kepala sampai tengkuk. Lepas bedah pun kena menunggu lagi, tunggu keadaan stabil mungkin. Lebih kurang 2 jam lebih jugalah.

Sampai wad nurse kata tukar baju dan kena usung guna kerusi roda ke klinik jumpa doktor. Doktor nak check mata selepas bedah guna alat khas. 
after surgery-tudung sarung je lah kita

Minum petangMasuk wad semula dah terhidang makanan petang. Sandwich dan butter. Sachet air teh. Malas nak buat air, bawa balik je lah. Kot nanti-nanti dah mengeteh dirumah. 

Makan malamLepas tu barulah dapat berehat lelap seketika. Rasa macam baru lepas makan, makanan malam sampai pula. Kita makan je lah perut pun dah lapar. Set nasi, mushroom soup, buah epal hijau dan air mineral. 

Set nasi ni sedap gila! Italian rice dan fish arabbiata. Yang kuning tu tak tahu buah/sayur apa. Macam spesis timun juga. Sedap rangup.

Lepas surgery tu bermulalah episod kena berpantang dengan segala benda. Antara yang doktor pesanMata jangan kena airKena solat dudukWuduk pun kena pelan-pelan basahkan muka jangan biarkan air masuk mataCuci rambut pun kena cuci ala di saloon gitu risau sabun masuk mataJangan masak makanan yang bergoreng risau minyak masuk mata, masak rebus dan kukus jeDan macam-macam lagilah yang doktor pesan. Kena kurangkan screen time juga

Banyak aktiviti terbatas tak boleh lasak sangat. Paling penting kena jaga kebersihan dan kesihatan. Risau kalau ada kesan lain macam infection ke radang ke. 
Pandangan memang kabur macam cermin frosted tu. Ambil masa untuk pandangan tu jelas. Doktor berikan ubat tahan sakit dan 3 titis ubat mata. Ada yang kena titis setiap 2 jam, 3 kali dan 4 kali sehari. 
Kenalah ikut masa-masa yang ditetapkan tu kalau nak cepat baik. Mujur ubat tu semua tak memedihkan mata. Melembapkan dan memulihkan mata

DischargedAgak lambat juga saya discharge haritu. Hampir jam 9.00 malam jugalah. Orang terakhir yang balik dalam wad tu. Lama menunggu semuanya selesai. 
Lagi dua minggu seterusnya baru sebelah kiri. Beberapa hari lepas surgery kena buat follow up dengan doktor check keadaan mata

Jumlah kos : RM12 ribu lebih untuk surgery dan day care


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/11/intraocular-lens-surgery.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pre Assessment Intraocular Lens Iol Surgery

Pre Assessment Intraocular Lens Iol Surgery

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 223 hits
Dua minggu lebih selepas datang janji temu untuk Pre Assessment Intraocular lens Surgery Buat beberapa ujian lagi untuk mata dengan menggunakan alatan khas Kemudian sesi berunding lagi dan lagi Doktor terangkan dengan lebih lanjut lagi rawa...
Follow Up Post Iol Surgery

Follow Up Post Iol Surgery

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 136 hits
Dua hari lepas tu kena datang klinik semula untuk follow up Masa perjalanan ke klinik tu saya rasa macam ada benda asing dalam mata Tak selesa Rasa dia macam sakit sikit sebab bergesel mungkin Padahal kita dah pakai cermin mata dah nak lind...
Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

Hebat Perjalanan Kisah Ceo Amd Ini Membua Mata Dunia

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 238 hits
Hebat perjalanan CEO AMD ini membangunkan syarikatbenar benar memberi inspirasiMasa Lisa Su naik jadi CEO AMD pada Oktober 2014 ramai yang skeptikal Syarikat tu waktu tu macam nyawa nyawa ikan market cap baru USD 2 bilion saham pun orang ta...
Tuju Mata Mata Mu Chord

Tuju Mata Mata Mu Chord

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 145 hits
Gm Gm Gm Gm7 Cm Gm Gm7 Cm Gm Gm7 Cm Mata mata mu Hati mu Hati hati tiada dusta Mula terasa batin ku menjerit Hilang kata Terang dengan sinarmu Muzik kita sinaran perasaan ku tak tentu Aura mu Taj Mahal Lambang cinta agung yang akan ku selin...
Berjurai Air Mata Ibu Bapa Syukur Lihat Anak Perempuan Tamatkan Pengajian

Berjurai Air Mata Ibu Bapa Syukur Lihat Anak Perempuan Tamatkan Pengajian

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 158 hits
Berjurai Air Mata Ibu Bapa Syukur Lihat Anak Perempuan Tamatkan Pengajian Setiap kali tiba musim majlis konvokesyen media sosial pastinya dipenuhi dengan wajah wajah ceria graduan yang diraikan Berjubah konvokesyen serta topi mortarboard te...
Pusing Pusing Cuci Mata Dalam Sunway Pyramid

Pusing Pusing Cuci Mata Dalam Sunway Pyramid

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum wrt Jom la kita sambung lagi cerita selagi tak habis citer selagi tu la tak tenang gambar banyak dah masukkan dalam draft sebelum ni kami jenjalan kat Hooga kan lepas tu masuk Harvey Norman dan Sanrio Hello Kitty tu Masuk Ha...
Ops Puyuh Polis Kuantan Berjaya Tumpaskan Sindiket Penipuan Menyamar Sebagai Pegawai Kanan Pdrm Dua Wanita Ditahan

Ops Puyuh Polis Kuantan Berjaya Tumpaskan Sindiket Penipuan Menyamar Sebagai Pegawai Kanan Pdrm Dua Wanita Ditahan

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 231 hits
KUANTAN Polis Kuantan berjaya menumpaskan sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai kanan polis berikutan penahanan dua wanita dalam Ops Puyuh di sini pada Rabu lalu Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata ke...
Kes Khalwat Ksu Pegawai Kanan Kementerian Direhatkan Untuk Siasatan

Kes Khalwat Ksu Pegawai Kanan Kementerian Direhatkan Untuk Siasatan

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 197 hits
Buletin TV3 nbsp KUALA LUMPUR Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan serta merta berikutan tuduhan salah laku yang diterima Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan si...
Hiburan Mengaku Bertindak Over Sufi Rashid Dan Isteri Mohon Maaf Kami Telah Pun Menghubungi Pengasuh Dan

First Expression Di Suria Klcc Kuala Lumpur

Perkhidmatan Buy Now Pay Later Semakin Popular Namun Perlu Waspada Dengan Risiko Tersembunyi

Warga Emas Buta Tinggal Bersama Jasad Anak Ditempatkan Di Rumah Seri Kenangan

Pallas Masih Pilihan Persiapan Awal Masuk Sekolah

Kerugian Akibat Penipuan Dalam Talian Sejak 2022 Melebihi Rm2 Bilion

Kuih Tiram

Thunderstorm Warning For Four States Labuan Until 1pm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Surah Al Ikhlas Rumi Jawi Audio Kelebihan Mengamalkan

Common Isu Teknikal Dalam Pembikinan Template Website

Tarikh Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2026

Chelum Burak Alon Lupeng Chord

Safety Control Clean Room

Apa Itu Skim Lindung 24 7 Cara Tuntutan