Lelaki Ini Kena Reject Kerana Bawa Wira


Pengakuan Benar Lelaki Ini Di REJECT Sebab Pakai Kereta Buruk | Dah biasa dah tengok orang Malaysia ni yang pandang status hidup berdasarkan kereta yang dibawa. Tapi tak sangka pulak sampai macam ni sekali. Baru-baru, seorang lelaki dah berkongsi kekecewaan di Facebook bila rakan wanita dia enggan naik kereta Proton Wira miliknya. Amboi!
Dalam perkongsiannya, dia berkata, “Baru kejap tadi saya memandu kereta Proton Wira untuk menjemput rakan saya di tempat kerja. Bila saya tiba, saya tekan hon beberapa kali untuk memberitahu yang saya dah sampai. Tapi bila dia nampak saya, dia buat-buat tak kenal.” Dia siap mesej saya dan beritahu lain kali kalau saya bawak Proton Wira, saya tak payah datang jemputnya.”
“Kereta ni saya dah bawak dari Johor ke Penang dan patah balik. Saya boleh naik ke Genting Highlands tanpa sebarang masalah. Lagipun, air-cond kereta saya masih sejuk dan siapa yang naik kereta saya akan terlindung. Saya tak faham kenapa dia tak nak naik kereta saya.”Tiba-tiba kata dah book Grab Bila ditanya kenapa tak nak naik keretanya, wanita tu langsung tak menjawab soalan dan memberitahu yang dia dah pun book untuk naik Grab. Terkejut, lelaki itu memberitahu,
“Saya dah sampai depan tempat kerja awak tapi awak lebih sanggup naik Grab daripada naik kereta saya? Proton Wira saya ni memalukan ke?”Ramai yang simpati selepas membaca entri lelaki tersebut serta kecam wanita tu yang dikatakan terlalu materialistik, Ada juga yang lega sebab wanita itu hanya rakan dan bukan kekasihnya.
Janganlah judge orang lain sampai tak nak naik keretanya. Proton Wira kereta yang hebat jugak tau, support kereta local!4 Ciri-Ciri Bakal Isteri Yang Patut Lelaki Pilih. Pertama: Agama.Ciri pertama yang penting ialah agama. Allah berfirman dengan membuat perbandingan: ‘Sesungguhnya seorang hamba wanita yang beriman lebih baik daripada wanita kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.’ [al-Baqarah 2:221]
Dalam perbandingan di atas, Allah menerangkan bahawa seorang wanita yang berstatus rendah, amat rendah sehingga ke tahap budak hamba, adalah lebih baik asalkan dia beriman kepada Allah (mukminat). Lantaran itu yang membezakan ciri baik dan buruk bukanlah kecantikan atau daya tarikan, tetapi nilai agama seorang wanita.
Perhatikan juga bahawa Allah tidak menyebut wanita Islam (Muslimat) tetapi menyebut wanita beriman (Mukminat). Hal ini berlaku kerana tahap seorang Mukminat lebih tinggi dari tahap seorang Muslimat. Ciri isteri pilihan bukanlah sekadar muslimat yang biasa, tetapi muslimat yang memiliki ilmu agama, beriman dengan teguh, dan menterjemahkan ilmu
dan keimanannya kepada amal shalih sehari-harian. Rasulullah juga pernah bersabda: ‘Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.’ [Shahih al-Bukhari, no: 4700] Kedua: Cantik.Rasulullah pernah bersabda: ‘Sesungguhnya Allah itu indah
dan menyukai keindahan.’ [Shahih Muslim, no: 131] Kecantikan sebegitu penting sehingga Rasulullah menganjurkan seorang lelaki untuk melihat wanita pilihannya sebelum pergi melamar atau meminang. Baginda bersabda: ‘Apabila salah seorang dari kalian melamar wanita, maka selagi dia boleh melihat apa yang dapat mendorongnya untuk menikahinya, maka lakukanlah ia.’ [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2082]
Maksud kecantikan di sini ialah apa-apa yang tulen, bukan kecantikan palsu umpama penggunaan alat solek. Bukan juga kecantikan yang menelan kos yang tinggi seperti pembedahan plastik, dandanan rambut di salon terkenal, atau pakaian fesyen terkini di butik yang berjenama. Oleh itu, wanita yang ingin diperisterikan, bakal menjadi isteri atau sudah menjadi isteri, hendaklah menjaga kecantikan mereka dengan gizi
pemakanan yang sihat, senaman, dan keyakinan diri. Yakinlah bahawa semua wanita ciptaan Allah adalah cantik, hanya kecantikan itu akan dikecapi oleh lelaki yang tentu saja berbezabeza cita rasanya antara satu dengan yang lain. Ketiga: Menyenangkan suami. Rasulullah pernah ditanya tentang ciri-ciri isteri yang baik. Baginda menjawab: ‘Wanita yang membahagiakan (suaminya) jika dipandang, mentaatinya jika
diperintahkan dan tidak menyelisihi berkenaan dirinya dan hartanya dengan apa yang tidak disukai (oleh suami).’ [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3231] Ciri seorang isteri pilihan ialah dia memberi ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan apabila saja suami melihatnya. Jika suami menyuruh dia melakukan sesuatu, dia akan melakukannya sekadar yang mampu dengan syarat suruhan itu selari dengan syari’at Islam. Jika bertentangan, maka isteri tidak perlu taat.
Namun berbincanglah dengan suami secara hikmah kerana mungkin suami tidak tahu mengenainya. Di sini mungkin ada yang bertanya, bahawa kenapa isteri mesti bersikap sehingga ke tahap demikian kepada suaminya?Apakah isteri tidak boleh bermuka muram, enggan taat dan memiliki pilihan tersendiri? Terhadap persoalan seperti ini atau yang seumpama, para isteri hendaklah sedar bahawa semua kebaikan
yang dilakukan kepada suaminya, ia adalah ibadah kepada Allah.Dalam erti kata lain, suami merupakan sarana atau jalan untuk isteri beribadah kepada Allah. Perlu diingatkan bahawa ibadah bukan sahaja solat, puasa dan zikir, tetapi berbuat baik kepada suami sebagaimana dalam hadis di atas. Keempat: Pandai mendidik anak-anak.
Tanggungjawab suami ialah di luar rumah mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak. Tanggungjawab isteri pula di dalam rumah mendidik anak-anak dan menjaga rumah. Maka atas dasar pembahagian tugas seperti ini, Rasulullah bersabda:‘Sebaik-baik wanita Quraisy adalah yang paling lembut dan simpati pada anak pada masa kecilnya dan paling boleh menjaga harta suaminya.’ [Shahih al-Bukhari, no: 4692]
Mungkin ada pula yang bertanya, bahawa isteri juga bekerja di luar rumah. Maka kenapa mereka dipertanggungjawabkan untuk urusan anak-anak dan penjagaan rumah? Jawapannya, pekerjaan di luar rumah tidak diwajibkan oleh Islam ke atas isteri.
Jika isteri bekerja di luar rumah, maka ia adalah tanggungjawab tambahan yang dipilih oleh isteri itu sendiri. Jika isteri beralasan perlu mencari sumber kewangan tambahan untuk seisi keluarga, maka perlu ditanyakembali: ‘Apakah manusia pernah berkecukupan dalam urusan kewangan?’
Sumber: Naluri kini
The post Lelaki ini kena reject kerana bawa wira appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/06/24/lelaki-ini-kena-reject-kerana-bawa-wira/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akui Salah Pengemudi Bmw Bawa Pistol Karena Tak Berani Berkelahi

Akui Salah Pengemudi Bmw Bawa Pistol Karena Tak Berani Berkelahi

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 279 hits
Saya minta maaf dan mengakui kesalahan saya Meminta maaf kepada seluruh khalayak masyarakat dan kepada pengemudi Panther ujarnya saat rilis pers di Mapolres Jakarta Pusat Kemayoran Jakarta Sabtu
Penerbangan Ihsan Bawa Pesakit Kanser Orang Asli

Penerbangan Ihsan Bawa Pesakit Kanser Orang Asli

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 293 hits
Penerbangan ihsan bawa pesakit kanser Orang Asli Dikemas kini 25 minit yang lalu Diterbitkan pada 16 Jun 2019 11 37AM
Kerajaan Terengganu Bantu Bawa Pulang Jenazah Siti Patimah

Kerajaan Terengganu Bantu Bawa Pulang Jenazah Siti Patimah

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 475 hits
BESUT Kerajaan negeri menyumbang RM10 000 bagi membantu pengurusan membawa pulang jenazah Siti Patimah Mohd Nor 65 yang meninggal dunia di Australia baru baru ini Ia disampaikan oleh Pengerusi Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan Industri Mi...
Tanggungjawab Suami Bukan Saja Bagi Nafkah Sepatutnya Bawa Anak Isteri Ke Syurga

Tanggungjawab Suami Bukan Saja Bagi Nafkah Sepatutnya Bawa Anak Isteri Ke Syurga

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 390 hits
Secara realiti memahami hati seorang isteri tidaklah rumit Sebenarnya apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup Sepanjang tempoh perkahwi...
Thank You Sayang Bawa Yusuf Jalan Mommy Alisa Tengok Dari Rumah Je

Thank You Sayang Bawa Yusuf Jalan Mommy Alisa Tengok Dari Rumah Je

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 371 hits
Thank you sayang bawa Yusuf jalan Hanis berpantang di rumah Hairul memainkan peranan menghiburkan anak sulung mereka Yusuf Iskandar Walau pun mommy Alisa hanya mampu melihat dari rumah Inisiatif Hairul meluangkan masa bersama Yusuf dipuji p...
Zuraida Bawa Usul Pecat Haziq Petang Ini

Zuraida Bawa Usul Pecat Haziq Petang Ini

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 247 hits
Diterbitkan Hari ini 1 02 tengahariNaib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin mahu kepemimpinan parti segera memecat Haziq Abdullah Abdul Aziz kerana telah memalukan serta mencemar nama baik parti susulan pengakuannya terbukanya yang terbabit dal...
Benarkah Tun Mahathir Mahu Bawa Bersatu Bergabung Dengan Umno

Benarkah Tun Mahathir Mahu Bawa Bersatu Bergabung Dengan Umno

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 366 hits
Menjadi perbualan dan perbincangan yang makin melata ketika ini memperkatakan Tun Mahathir Mohamad dikatakan sedang berusaha untuk menyatukan Bersatu dengan UMNO Dikatakan penggabungan itu adalah pilihan yang akan membolehkan beliau dapat b...
Alhamdulillah Suami Bawa Saya Pergi Scan Tadi Abby Abadi

Alhamdulillah Suami Bawa Saya Pergi Scan Tadi Abby Abadi

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 426 hits
Alhamdulillah Suami Bawa Saya Pergi Scan Tadi Abby Abadi Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga Abby Abadi memberi bayangan kini hamil cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Faizal Zakaria Pelakon itu berkata suami membawanya ...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Ultimate Guide To Ghibli Park

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia

Gugurnya Dosa Waktu Solat

Islamic Studies Expert The Act Of Likening Humans To Dogs For Patronising Mcd S Is Sinful



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Honor Malaysia Bakal Lancar Empat Produk Baharu Pada 22 April

Finding Your Inner Peace Buddha Statues And The Path To Mindfulness

Bayi Meninggal Dunia Selepas Diberi Makan Cahaya Matahari

Banjir Besar 5 Negara Ragut Ratusan Nyawa

Transformation From The Top Down Hajiji S Exemplary Leadership In Sabah

Penyokong Pn Jangan Bongkak Dan Takabbur