Lelaki Hantar Mayat Teman Wanita Ke Rumah Dengan Motosikal Lepas Kemalangan
AKIBAT terlalu takut, seorang remaja sanggup menghantar teman wanitanya yang sudah meninggal dunia ke rumahnya di Felda Keratong 5 di Muadzam Shah, selepas terbabit dalam kemalangan dengan seekor kerbau, awal pagi tadi
Suspek berusia 17 tahun itu dikatakan membawa mayat mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala itu sejauh 15 kilometer selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan kilang sawit Felda Keratong 3 kira-kira 3.30 pagi
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun berkata, hasil siasatan mendapati suspek bersama mangsa berusia 17 tahun itu dikatakan keluar berjalan-jalan menaiki motosikal jenis Yamaha LC
“Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa bertembung dengan seekor kerbau yang baring di tengah jalan
“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan peha dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini
Beliau berkata, suspek bertindak membawa mayat dengan menaiki motosikal yang sama menuju rumah remaja perempuan itu di Felda Keratong 5 sebelum meninggal mangsa di garaj
“Suspek tidak memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan kejadian berkenaan kerana terlalu takut sebelum terus beredar selepas kejadian
“Kira-kira jam 10 pagi, datuk mangsa yang sedang meletakkan kenderaan di garaj berkenaan menemui mayat cucunya yang dibungkus dengan kain sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya
Beliau berkata, mangsa adalah anak sulung dari empat orang beradik dan siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata
“Polis sudah menahan remaja lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut dan kita turut merampas motosikal Yamaha 135 LC berkenaan
“Mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya
Sumber: Harian Metro
from Sehinggit Media https://ift.tt/3aY45y1
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/04/lelaki-hantar-mayat-teman-wanita-ke.html