Bonceng Mayat Teman Wanita Sejauh 15 Kilometer



ROMPIN: Tindakan sepasang remaja bersiar-siar dengan motosikal ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa, berakhir tragedi apabila motosikal dinaiki mereka bertembung kerbau, menyebabkan seorang gadis terbunuh awal pagi ini.

Dalam ketakutan melihat teman wanitanya meninggal dunia di lokasi nahas itu, remaja lelaki terbabit membawa mayat mangsa dengan motosikal sebelum ditinggalkan di bawah garaj rumah keluarga gadis terbabit di FELDA Keratong 10 dekat Muadzam Shah di sini.

Suspek berusia 17 tahun itu, dikatakan membawa mayat mangsa yang meninggal dunia akibat cedera parah di kepala itu sejauh 15 kilometer, selepas mereka terbabit kemalangan dengan kerbau berkenaan di hadapan kilang sawit FELDA Keratong 3, kira-kira jam 3.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun, berkata siasatan mendapati suspek bersama mangsa berusia 17 tahun itu, keluar bersiar-siar dengan motosikal jenis Yamaha LC berwarna biru.

“Bagaimanapun sampai di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mereka bertembung seekor kerbau yang dikatakan baring di tengah jalan.

“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan peha serta berada dalam keadaan tidak sedar selepas kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Azari berkata, suspek kemudian bertindak membawa mangsa dengan motosikal sama ke rumah remaja perempuan terbabit di FELDA Keratong 5, sebelum ditinggalkan di bawah garaj di situ.

“Suspek tidak memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan kemalangan terbabit, sebaliknya terus beredar dari rumah berkenaan dipercayai kerana terlalu takut.

“Kira-kira jam 10 pagi ini, datuk mangsa yang sedang meletakkan kenderaan di garaj berkenaan menemui mayat cucunya yang dibungkus dengan kain, sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang juga anak sulung daripada empat beradik dan siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.

“Polis sudah menahan remaja lelaki berkenaan untuk siasatan lanjut dan kita turut merampas motosikal Yamaha 135 LC berkenaan.

“Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat,” katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/bonceng-mayat-teman-wanita-sejauh-15.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Hantar Mayat Teman Wanita Ke Rumah Dengan Motosikal Lepas Kemalangan

Lelaki Hantar Mayat Teman Wanita Ke Rumah Dengan Motosikal Lepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 438 hits
AKIBAT terlalu takut seorang remaja sanggup menghantar teman wanitanya yang sudah meninggal dunia ke rumahnya di Felda Keratong 5 di Muadzam Shah selepas terbabit dalam kemalangan dengan seekor kerbau awal pagi tadi Suspek berusia 17 tahun ...
Bimbang Dimarahi Remaja Tinggal Mayat Teman Wanita Di Garaj

Bimbang Dimarahi Remaja Tinggal Mayat Teman Wanita Di Garaj

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 416 hits
Keadaan mayat remaja yang ditinggalkan kekasih di garaj kereta di rumahnya KUANTAN Seorang remaja lelaki yang panik bertindak meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga mangsa di Felda Keratong 10 Rompin selepas mereka terlibat d...
Hiburan Tuju K Clique Didakwa Pukul Teman Wanita Loca B

Hiburan Tuju K Clique Didakwa Pukul Teman Wanita Loca B

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 866 hits
Sejak semalam kecoh di laman Twitter mengenai kontroversi salah seorang anggota kumpulan hip hop K Clique iaitu Tuju yang didakwa telah memukul teman wanitanya yang juga seorang penyanyi Loca B Pendedahan mengejutkan itu dibuat sendiri oleh...
Di Tengah Pandemi Corona Wn China Keliling Kota Dan Ke Ntt Bertemu Teman Wanita

Di Tengah Pandemi Corona Wn China Keliling Kota Dan Ke Ntt Bertemu Teman Wanita

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 207 hits
Seorang warga negara asal China dipantau dan diperiksa oleh Kantor Imigrasi Atambua dan dinas kesehatan Timor Tengah Utara Nusa Tenggara Timur saat sedang melakukan chek in di salah satu hotel di Kota Kefamenanu Senin
Selama 26 Tahun Tak Pernah Solat Akhirnya Wanita Ini Cuba Berubah Alhamdulillah

Selama 26 Tahun Tak Pernah Solat Akhirnya Wanita Ini Cuba Berubah Alhamdulillah

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 275 hits
Ada hikmah di sebalik penularan wabak Covid 19 yang melanda serata dunia ketika ini Seperti kisah seorang gadis yang pulang dari Eropah yang terjejas teruk dan diisytiharkan zon merah bagi wabak yang membawa maut itu Selama 26 Tahun Tak Per...
7 Manfaat Meditasi Untuk Wanita Hamil Bisa Memperkuat Imunitas Tubuh Bayi

7 Manfaat Meditasi Untuk Wanita Hamil Bisa Memperkuat Imunitas Tubuh Bayi

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 204 hits
Meditasi bisa dilakukan siapa saja mulai dari anak anak hingga dewasa tak terkecuali untuk ibu hamil Diketahui meditasi juga sangat bermanfaat untuk wanita yang sedang hamil
Kerajaan Pn Tidak Boleh Pecat Wanita Berkebolehan Ini Kata Kor Ming

Kerajaan Pn Tidak Boleh Pecat Wanita Berkebolehan Ini Kata Kor Ming

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 232 hits
KERAJAAN Perikatan Nasional tidak wajar menamatkan perkhidmatan wanita wanita berkebolehan yang memimpin beberapa agensi dan syarikat berkaitan kerajaan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Meng berkata wanita terbabit yang mengetuai...
Pelakon The Flash Cekik Seorang Wanita Di Luar Bar

Pelakon The Flash Cekik Seorang Wanita Di Luar Bar

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 522 hits
Baru baru ini sepotong video tular di media sosial mengenai aksi lelaki yang dipercayai pelakon dari filem The Flash yang bernama Ezra Miller telah mencekik seorang wanita di luar sebuah bar yang terletak di Reykjavik Iceland pada dua hari ...
Video Lempar Duit Kepada Peniaga Gara Gara Takut Dijangkiti Covid 19 Dikecam Wanita Mohon Maaf

Video Lempar Duit Kepada Peniaga Gara Gara Takut Dijangkiti Covid 19 Dikecam Wanita Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 383 hits
Tular di media sosial mengenai satu video dipercayai daripada Indonesia menunjukkan seorang wanita melempar duit keluar daripada tingkap keretanya kepada seorang peniaga jalanan di sana Menurut laporan media tempatan wanita itu dipercayai t...
Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial

Kuih Raya Homemade By Nieyl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah