Lelaki Dari Gelugor Ditahan Polis Kerana Mengugut Untuk Mencederakan Dr Maza



Kurang 24 jam selepas seorang lelaki mengugut untuk menumbuk sehingga mencederakan Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin di laman Facebook kelmarin, suspek berjaya diberkas di Pulau Pinang, awal pagi ini.

Lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai kerani itu ditahan di rumahnya di Gelugor.



Penahanan itu disahkan Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, penahanan tersebut dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dan Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Katanya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Semalam, Mohd. Asri membuat laporan polis setelah menerima ugutan daripada seorang pemilik akaun Facebook untuk mencederakannya.

Mohd. Asri menerima kiriman mesej ugutan itu melalui Facebook ketika berada di rumahnya di Padang Besar dekat sini, kira-kira pukul 6 petang.

Dalam kiriman mesej tersebut, pemilik akaun bernama ‘Sandev Sandev’ itu mengugut untuk menumbuk Mohd. Asri sehingga cedera.

Pemilik akaun itu turut menyertakan satu nombor telefon dan meminta Mohd. Asri supaya menghubunginya sebelum dia datang mencari.

Mohd. Asri sebelum ini mempersoalkan penahanan reman Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia Perlis, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang juga seorang pendakwah, kerana didakwa telah menghina agama Hindu.

Menurut beliau penahanan itu adalah tidak wajar kerana Muhammad Zamri hanya berkongsi pengalaman hidupnya di hadapan umat Islam di sebuah masjid secara tertutup, baru-baru ini.

Beliau sebaliknya melahirkan rasa hairan dan kesal apabila tindakan seorang individu yang mengugut beliau dan Muhammad Zamri menerusi satu rakaman klip video tidak ditangkap. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/05/lelaki-dari-gelugor-ditahan-polis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Lelaki Hina Ugut Mufti Perlis Ditahan Polis

Malaysia Lelaki Hina Ugut Mufti Perlis Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 348 hits
Seorang kerani berusia 36 tahun ditangkap polis kerana disyaki mengugut mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu rakaman video di WhatsApp Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd berkata lelaki itu ditangkap di pangsapuri Batu Uban di si...
Zamri Vinoth Ditahan Rani Kulop Netizens Muslim Lapor Polis Dedah Bukti Hindu Akui Tuhan Ada 330 Juta

Zamri Vinoth Ditahan Rani Kulop Netizens Muslim Lapor Polis Dedah Bukti Hindu Akui Tuhan Ada 330 Juta

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 1018 hits
SEMASA Nampaknya pergaduhan antara komuniti muslim dan Hindu di sosial media semakin memuncak dengan penahanan pendakwah bebas yang juga anak murid Zakir Naik Zamri Vinoth Zamri Vinoth ini juga dibela oleh Ustaz Firdaws Wong Mufti Perlis Us...
Ugut Nak Pukul Maza Dan Zamri Vinoth Polis Tahan 2 Lelaki India

Ugut Nak Pukul Maza Dan Zamri Vinoth Polis Tahan 2 Lelaki India

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 495 hits
LELAKI yang mengugut untuk memukul Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook kelmarin ditahan di rumahnya semalam Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohd berkata suspek berusia 36 tahun yang juga kerani ditahan di Gelugor ...
Laporan Polis Ke Atas Calon Bebas Menggunakan Logi Amanah

Laporan Polis Ke Atas Calon Bebas Menggunakan Logi Amanah

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 303 hits
Pagi tadi ketua Pemuda AMANAH Sabah Saudara Khairuddin Daud bersama pemuda dan ahli AMANAH Sabah daripada Sandakan dan Batu Sapi telah membuat laporan Polis terhadap Calon Bebas PRK Sandakan Hj Hamzah Abdullah kerana menggunakan logo Parti ...
Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun Akan Bersara Pada 3 Mei Ini

Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun Akan Bersara Pada 3 Mei Ini

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 500 hits
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini telah membuat kunjungan hormat ke tempat Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin Kunjungan hormat ini dilakukan berikutan Mohamad Fuzi bakal bersara wajib pada Jumaat ini bersamaa...
Tak Perlu Buang Masa Siasat Forum Statut Rom Aktivis Beritahu Polis

Tak Perlu Buang Masa Siasat Forum Statut Rom Aktivis Beritahu Polis

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 259 hits
April 29 2019 6 46 PMPanel speaker dalam forum Malaysia dan Statut Rom di Universiti Malaya pada 27 April lalu PETALING JAYA Aktivis dan ahli politik membidas polis menjalankan siasatan hasutan ke atas sebuah forum mengenai Statut Rom yang ...
Polis Terima 790 Laporan Pendakwah Hina Agama Hindu

Polis Terima 790 Laporan Pendakwah Hina Agama Hindu

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 455 hits
NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 28 April 2019 10 13 PM KUALA LUMPUR Polis Diraja Malaysia mengesahkan telah menerima sebanyak 790 laporan polis terhadap satu ke
Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Forum Hina Raja Raja Melayu

Ngo Buat Laporan Polis Terhadap Forum Hina Raja Raja Melayu

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 328 hits
Pertubuhan Sahabat Erat Dan Amanat Rakyat Malaysia atau SEDAR Malaysia menggesa pelbagai pihak agar membuat laporan polis terhadap penganjur dan panelis Forum Awam Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang diadakan hari ini Presiden SED...
Saya Diarah Buat Laporan Palsu Polis Beritahu Rci Wang Kelian

Saya Diarah Buat Laporan Palsu Polis Beritahu Rci Wang Kelian

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 385 hits
Ainaa Aiman PUTRAJAYA Seorang saksi memberitahu Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas penemuan kubur beramai ramai dan kem penyeludupan manusia di Wang Kelian beliau diarah mendraf satu laporan polis palsu mengenai sekumpulan pendatang asing ...
Apakah Sekarang Semua Orang Harus Punya Website

Amb888 18 2025 Amb888 Ambking Top 80 By Marguerite Amb888 Ceo

Kisah Sedih Bukit Kepong Dalam Ingatan Saksi Terakhir Meninggal Dunia

Letak Jawatan Sebagai Ajk Pibg Sekolah

Maksud Karamah Insaniah

Sebelum Pukul8 Dah Sampai

10 Ide Kado Untuk Bayi Laki Laki Yang Berguna Dan Berkesan

Pg Slot Web 2025 Casino Online Pg Slot Top 84 By Kandice Pg Slot Amb888 Cc 15 68


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Inikan Cuma Dunia

Perlukah Ambil Ubat Statin

Memendam Dan Bertahan

Dua Kolaborasi Clot X Mcdonald S District Vision X New Balance Pemikat Sneaker Anda

Amira Othman Buka Mulut Isu Mesra Dengan Fattah Amin Akui Ada Pihak Meluat

Remaja Lelaki Hampir Diculik Dua Individu Ketika Berjoging