Lelaki Bangla Dilanggar Sampai Mati Kerana Tegur Suspek Bercakap Terlalu Kuat Di Telefon


Lelaki Bangla dilanggar sampai mati kerana tegur suspek bercakap terlalu kuat di telefon



Polis Johor sedang memburu seorang lelaki rakyat Indonesia dikenali dengan nama ‘Amir’ (gambar kecil) bagi membantu siasatan kes gaduh sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki di tapak pembinaan perumahan Taman Kenari, dekat Segamat, dua hari lepas.


Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata polis menahan tujuh lelaki Indonesia dan seorang lelaki Myanmar berumur antara 29 dan 53 tahun yang terlibat dalam pergaduhan antara kumpulan pekerja lelaki warga Bangladesh dan Indonesia itu.


“Selepas mendapat maklumat, polis daerah Segamat bertindak ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki rakyat Bangladesh berumur 30 tahun cedera ditikam, manakala seorang lagi lelaki kerakyatan sama, berumur 44 tahun meninggal dunia akibat dilanggar kereta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.


Beliau berkata pergaduhan dipercayai berpunca daripada teguran mangsa terhadap salah seorang suspek warga Indonesia yang dikatakan bercakap dengan kuat semasa menggunakan telefon bimbit sehingga mengganggu rakan-rakannya yang sedang tidur.


Katanya dalam kejadian pada pukul 10.40 malam itu, suspek kemudian memanggil rakan-rakannya untuk menyerang kumpulan itu sehingga menyebabkan seorang lelaki dilanggar dengan kereta, seorang lagi ditikam dengan pisau pemotong sayur dan seorang lagi dibaling batu di kepala.


“Selain penahanan tujuh lelaki Indonesia dan seorang lelaki Myanmar itu, polis turut menemui kereta Proton Gen 2 berwarna perak di tapak pembinaan berkenaan yang dipercayai digunakan suspek yang masih bebas (Amir),” katanya.


Ayob Khan berkata ‘Amir’ yang berumur 25 tahun itu berketinggian kira-kira 165 sentimeter dan berkulit sawo matang.


Katanya lelaki yang cedera ditikam kini dirawat di hospital, dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan Seksyen 324 akta sama kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata.


Kesemua yang ditahan kini direman sehingga 8 Nov ini dan polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Norisyah Abd Rahim dengan menelefon 019-6507299, atau 07-9312222 bagi membantu siasatan.


Sumber: Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2020/11/lelaki-bangla-dilanggar-sampai-mati.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Hari Borak Tapi Anak Masih Lambat Bercakap Ini 7 Tip Paling Efisyen Bantu Anak

Hari Hari Borak Tapi Anak Masih Lambat Bercakap Ini 7 Tip Paling Efisyen Bantu Anak

papar berkaitan - pada 7/11/2020 - jumlah : 365 hits
Bercakap bukanlah hanya sekadar mengeluarkan suara dan perkataan tetapi ia lebih dari itu Fungsi bercakap adalah bertujuan untuk berkomunikasi dengan orang lain Setiap orang bercakap untuk tujuan yang berbeza seperti meminta sesuatu memberi...
Peruntukkan Rm85 5 Juta Terlalu Banyak Buat Jasa Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid 19

Peruntukkan Rm85 5 Juta Terlalu Banyak Buat Jasa Kerajaan Tidak Sensitif Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Datuk Puad Zarkashi mengkritik peruntukan RM85 5 juta menerusi Belanjawan 2021 untuk jabatan itu terlalu banyak dan tidak sensitif ketika negara dilanda gelombang ke 3 Covid 19 Ahli M...
Apa Perlunya Negeri Terlalu Rendah Kes Covid 19 Pun Kena Pkpb

Apa Perlunya Negeri Terlalu Rendah Kes Covid 19 Pun Kena Pkpb

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 371 hits
PROF DATUK DR LOKMAN HAKIM SULAIMANSaya tidak faham mengapa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus Atas pertimbangan apa tindakan drastik ini diam...
Suspek Ugut Youtuber Ditahan Poca

Suspek Ugut Youtuber Ditahan Poca

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 441 hits
Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR AYOB KHAN MYDIN PITCHAYJOHOR BAHRU Empat suspek yang didakwa terbabit kejadian jenayah mengugut personaliti media sosial Youtuber ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Myd...
Dah Rembat Kereta Polis Suspek Pergi Jemput Awek Nak Tunjuk Kehebatannya

Dah Rembat Kereta Polis Suspek Pergi Jemput Awek Nak Tunjuk Kehebatannya

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 1592 hits
Seorang lagi suspek yang terbabit dalam kes curi kereta peronda Honda Civic 1 8S milik Polis Diraja Malaysia dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada jam 9 15 malam Sabtu 24 Oktober 2020 berjaya ditahan Suspek berumur 28 tahu...
Gadis Kerja Kedai Handphone Dakwa Dia Dilarikan Suspek Curi Kereta Polis

Gadis Kerja Kedai Handphone Dakwa Dia Dilarikan Suspek Curi Kereta Polis

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 427 hits
Wanita yang ditahan bersama lelaki yang melarikan sebuah kereta peronda model Honda Civic 1 8S milik pasukan polis dalam kejadian di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara pada malam Ahad mendakwa dia dilarikan suspek ketika sedang b...
Suspek Lompat Pagar Sprm Berjaya Ditahan

Suspek Lompat Pagar Sprm Berjaya Ditahan

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 264 hits
Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga Itulah ungkapan sesuai buat Alvin Goh yang yang akhirnya berjaya ditahan polis selepas 15 hari melarikan diri sebaik dibebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 11 Oktob...
Awasi Anak Dari Menggunakan Gajet Terlalu Lama Dalam Waktu Pandemik

Awasi Anak Dari Menggunakan Gajet Terlalu Lama Dalam Waktu Pandemik

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 280 hits
Dalam tempoh pandemik Covid 19 aktiviti pengajaran dan pembelajaran hanya dilakukan dari rumah sahaja dengan menggunakan gajet Ini menjadi perhatian khusus masyarakat kerana boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mata Salah seorang pa...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi