Legendakah Taraf Bekas Pemain Bola Sepak Kita


 

Berkali-kali seorang personaliti televisyen pada suatu malam perlawanan mengingatkan penonton mengenai kehadiran seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan sebagai pengulas siaran langsung, yang digelarnya seorang legenda.
Ingatkan bekas pemain seangkatan Mokhtar Dahari yang dimaksudkannya tetapi apabila didapati bukan, hati ini meronta-ronta untuk menyelidiki latar belakangnya. Rupa-rupanya dia seorang bekas pemain negeri yang pernah memenangi Piala Malaysia empat kali dengan dua pasukan berbeza. Didalami biodatanya, dia juga tampil enam perlawanan dalam jersi pasukan kebangsaan.
“Hah… enam perlawanan antarabangsa saja sudah diberi taraf legenda?” berontak hati ini.
Kemudian ada pula seorang penganalisis pada malam itu, dalam kalangan bekas pemain yang pernah mewakili Malaysia 51 kali di antara 1999-2008 selain dua kali bergelar juara Piala Malaysia dan liga. Sedikit kelebihannya ialah dia turut memenangi anugerah Kasut Emas Liga Super. Lantas, dia juga diperkenalkan sebagai legenda.
Di antara mereka, ditampilkan pula seorang lagi bekas pemain yang berpengalaman bersama 12 pasukan berbeza sejak 2003. Cuma penampilannya bersama pasukan kebangsaan lebih sedikit dalam 81 perlawanan untuk mengatasi rakan penganalisis darpada segi status.
Dibandingkan dengan pengulas awal tadi yang tidak tampil di layar televisyen, kedua-dua penganalisis berkenaan pula dilihat seakan-akan mengiyakan apabila disapa sebagai legenda. Namun, untuk berlaku adil, bukan salah mereka berasakan diri demikian kerana pengacara pada malam itu yang sebenarnya tidak tahu membezakannya.
Andai ketiga-tiganya layak digelar legenda, apakah Mokhtar harus diangkat ke tahap dewa seperti sesetengah bintang bola sepak yang didewakan di beberapa negara Amerika Selatan?
Allahyarham, di samping mengepalai Selangor menjulang Piala Malaysia 10 kali dalam tempoh 14 tahun, turut tampil untuk pasukan kebangsaan dalam 142 perlawanan antarabangsa di antara 1972-1985 dengan menghasilkan 89 jaringan.
Ads by KioskedPersekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) turut mengiktiraf gol-golnya itu di tangga keempat sepanjang zaman selepas bintang Portugal, Cristiano Ronaldo; bekas penyerang Iran, Ali Daei; dan kapten Argentina, Lionel Messi; masing-masing dengan 115, 108, dan 90 gol – malah mengatasi Raja Bola, Pele, yang menghasilkan 77 gol antarabangsa.
Dimasyhurkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976, Penyerang Terbaik Asia 1976, pemenang pingat gangsa di Sukan Asia Tehran 1974, dan anggota Barisan Bintang-bintang Asia 1986, nah itulah seorang legenda dalam erti kata sebenar.
Namun, disebabkan kedangkalan dalam kalangan pengacara atau penulis hari ini, julukan legenda terlalu mudah diberi, dengan status bekas pemain saja ditakrifkan layak untuk menerimanya. Lebih memusykilkan, mereka ini sangat teruja digelar sedemikian rupa sedangkan patut berasa malu apabila disogok dengan status berkenaan.
Tetapi kerapnya ‘legenda’ dijadikan rujukan buat sebilangan bekas pemain bola sepak, membuat penonton terpedaya untuk menerimanya sedangkan ia tidak pun bertepatan mengikut penanda aras sepatutnya.
Memang tiada kayu pengukur khusus terhadap kelayakan seorang legenda dalam bola sepak tetapi sekadar beberapa pingat kejuaraan Piala Malaysia atau Liga Super tanpa sebarang status rasmi di peringkat antarabangsa, rasanya tidak layaklah digolong sebagai legenda.
Anak-anak muda yang bergelar pengulas atau penulis harus hanya memalukan pemain atau bekas pemain yang digelar legenda. Lebih daripada itu, mereka juga harus memalukan diri sendiri kerana memberikan jolokan itu secara sembrono.
Ads by KioskedBermula dengan seorang atau dua yang mudah mengungkapkan legenda buat seseorang bekas pemain bola sepak, lama-kelamaan ia menjadi ikutan buat yang lain kerana tidak mahu tercicir daripada kelompok yang berminda serupa.
Apabila terlalu mudah dan terlalu kerap digunakan kepada mereka yang tidak layak, ia hanya menghakis nilai seorang legenda sebenar hingga gelaran itu tidak berharga lagi.
Apakah kriteria buat seorang legenda? Sebenarnya, tiada kriteria khusus untuk dijadikan rujukan atau panduan tetapi pencapaian Mokhtar harus menjadi penanda aras dan mereka yang kurang daripadanya tidak harus tergolong dalam kategori berkenaan.
Cukuplah yang lain-lain itu berbangga dengan gelaran bekas pemain kebangsaan kerana ia tidak akan menjadi kudis pada diri jika pun tidak dijulang sebagai legenda.
Enam perlawanan antarabangsa, itu pun termasuk kemenangan ke atas pasukan-pasukan seperti Singapura, Brunei dan Laos, umpamanya, sama-sekali tidak melayakkan seorang bekas pemain untuk dikhayalkan dengan puji-pujian. - FMT
Ads by KioskedArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/07/legendakah-taraf-bekas-pemain-bola.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bekas Pemain Bola Sepak Negara Tamatkan Kontrak Untuk Menjadi Calon Wakil Rakyat Kedah

Bekas Pemain Bola Sepak Negara Tamatkan Kontrak Untuk Menjadi Calon Wakil Rakyat Kedah

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 289 hits
Pemain bola sepak profesional yang juga menjadi calon wakil rakyat di Kedah Ahmad Zaki mengaku tidak menyangka dirinya bisa terjun ke dunia politik Ia mengatakan awalnya ia hanya ingin berkontribusi untuk masyarakat melalui olahraga yang ia...
Bekas Kapten Bola Sepak Didakwa Ceroboh Bilik Hotel Didiami Wanita

Bekas Kapten Bola Sepak Didakwa Ceroboh Bilik Hotel Didiami Wanita

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 240 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myBEKAS kapten pasukan bola sepak kebangsaan didakwa menceroboh bilik hotel didiami wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini FOTO Saifullizan Tamadi Petaling Jaya Bekas kapten pasuka...
Andre Onana Manchester United Menyegel Kesepakatan 47 2 Juta Untuk Penjaga Gawang Inter Milan Berita Sepak Bola

Andre Onana Manchester United Menyegel Kesepakatan 47 2 Juta Untuk Penjaga Gawang Inter Milan Berita Sepak Bola

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 214 hits
Manchester United telah menyelesaikan perekrutan kiper Andre Onana senilai 47 2 juta dari Inter Milan Onana telah menandatangani kontrak lima tahun di Old Trafford dengan opsi satu tahun lagi saat ia menggantikan David De Gea yang telah per...
Dua Bintang Bola Sepak Antara 36 Calon Pn Di Kedah

Dua Bintang Bola Sepak Antara 36 Calon Pn Di Kedah

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 191 hits
MalaysiakiniPN malam ini mengumumkan seramai 36 calon yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri di Kedah Pengumuman itu dibuat di Kompleks PAS Kedah di Alor Setar Seperti dijangka Menteri Besar sementara Kedah Sanusi Muhammad Nor akan ...
Baddrol Bakhtiar Dari Bola Sepak Ke Pentas Politik

Baddrol Bakhtiar Dari Bola Sepak Ke Pentas Politik

papar berkaitan - pada 18/7/2023 - jumlah : 270 hits
Baddrol Bakhtiar Dari Bola Sepak ke Pentas Politik Dunia suka tiba tiba dikejutkan dengan berita pengunduran Baddrol Bakhtiar dari Pasukan Sabah FC Adakah benar desas desus mengatakan beliau akan menceburi bidang politik Khabar angin itu be...
Sprm Tahan Bekas Pegawai Menteri Minta Sogokan Lulus Taraf Warganegara

Sprm Tahan Bekas Pegawai Menteri Minta Sogokan Lulus Taraf Warganegara

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 137 hits
BernamaSPRM menahan seorang bekas pegawai khas menteri selepas disyaki meminta wang rasuah kira kira RM25 000 daripada seorang individu sebagai dorongan mendapatkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan Sumber SPRM memaklumkan le...
Hiburan Bila Cakap Tak Guna Akal Tindakan Bodoh Pun Berlaku Cat Farish Nafi Hutang Bekas Isteri Rm10k

Hiburan Bila Cakap Tak Guna Akal Tindakan Bodoh Pun Berlaku Cat Farish Nafi Hutang Bekas Isteri Rm10k

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 200 hits
Beberapa hari yang lalu timbul dakwaan mengatakana penyanyi Cat Farish berhutang dengan bekas isteri Suriani Hassan sebanyak RM10 000 selepas wanita terbabit membuat pendedahan di media sosial Melalui status yang dibuat Suriani berharap bek...
Bekas Adun Dipercayai Kahwin Sejenis Bukan Lagi Mewakili Dap

Bekas Adun Dipercayai Kahwin Sejenis Bukan Lagi Mewakili Dap

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 157 hits
Nur Izzati Mohamadbhnews bh com myBUTTERWORTH Kerajaan Perpaduan tidak sesekali menyokong serta mengiktiraf golongan lesbian gay biseksual dan transgender di negara ini Sehubungan itu itu tindakan pihak yang menggunakan isu perkahwinan seje...
Baru Sehari Berkahwin Isteri Tiba Tiba Hilang Pergi Menyorok Rumah Bekas Teman Lelaki Terus Diceraikan Dekat Balai

Baru Sehari Berkahwin Isteri Tiba Tiba Hilang Pergi Menyorok Rumah Bekas Teman Lelaki Terus Diceraikan Dekat Balai

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 218 hits
Kecoh di Indonesia mengenai kehilangan pengantin wanita dikenali sebagai Anggi Anggraeni sehari selepas majlis akad nikah pada 25 Jun lalu Kerana buntu dan tidak tahu bagaimana lagi mahu mencari isterinya si suami bernama Fahmi terpaksa men...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids