Legend Age Lipstick Gincu Bibir 4 Dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan


Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan | Hola!! Hi guys.. Cuaca sekarang ni tak menentu kan.. Kejap panas terik, kejap hujan.. Kalau time panas tu memang nak kena minum air masak banyak-banyak.. Kalau tak kering habis bibir dan kulit.. Untuk bibir, alhamdulillah sekarang aku dah ada 'teman' sebagai penyelamat bibir kering dan merekah.. Nak tau siapakah teman itu? Hehe.. Now untuk jaga bibir aku supaya sentiasa lembap dan helok, aku guna Legend Age Lipstick.. Bagus tau lipstick ni.. Gincu bibir 4 dalam 1 tau diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat digunakan.. 4 dalam 1 tu yang menarik!!


Legend Age Lipstick - Gincu Bibir 4 dalam 1 Dari Bahan Semulajadi Yang Selamat Digunakan

Apa yang 4 dalam 1 tu.. Haa kalau korang nak tahu keistimewaan Legend Age Lipstick ni fungsinya 4 dalam 1 iaitu boleh digunakan sebagai lip balm atau dalam bahasa melayunya pelembap bibir.. hiks.. Selain itu, boleh digunakan juga sebagai natural colour lipstick, hidrating lip mask dan juga sunscreen dengan SPF... Guna satu lipstik aje dapat 4 manfaat.. Bagus kan?


Legend Age Lipstick ni diperbuat daripada bahan semulajadi yang bermanfaat seperti beeswax, west indian cherry essence, minyak vitamin E dan titanium dioxide.. Yang bestnye lipstik ni dapat merawat bibir kering, pecah, merekah dan kusam.. Walaupun ianya diberi gelaran lipstik, tak semestinya hanya untuk kaum hawa ye.. Ia sesuai untuk wanita dan juga lelaki tak kira peringkat umur dan juga selamat digunakan oleh kanak-kanak serta wanita hamil.

Kelebihan Legend Age Lipstick

Seperti yang aku katakan tadi, Legend Age Lipstick ni diperbuat daripada bahan semulajadi dan tidak mengandungi artificial and harmful chemicals seperti parafin atau plumbum.. Teksturnya yang berwarna kuning juga diperbuat daripada bahan semulajadi yang menjadikan bibir sihat dan menarik..


Setiap produk yang kita pakai mesti kena tau kandungannya sama ada bahaya atau tidak digunakan.. Macam lipstik jugak, kenalah tau apa kandungannya kan.. Cuma kadang tu, kita ni jenis malas nak amek tahu pun.. Janji cantik jerk, kita onz terus.. Haa kalau korang nak tahu, kaum wanita yang memakai lipstik ni menelan antara 4 hingga 9 paun gincu tau sepanjang hayat.. Jangan tatau ye kaum hawa... Sekiranya lipstik yang kita pakai tu mengandungi bahan kimia, maka yang kite telan itu adalah bahan kimia yang berpotensi membahayakan kesihatan kita dan sekiranya mengandung, akan membahayakan juga kandungan kita..

Untuk itu, Legend Age Lipstick ini telah diuji dan diyakini selamat digunakan kerana ramuan semulajadinya yang sihat dan bermanfaat sesuai untuk kanak-kanak dan juga wanita hamil.. Lipstik ini juga tidak diuji pada haiwan sama sekali.. Itu yang bagusnya..


Seperti yang aku katakan tadi, Legend Age Lipstick ini adalah sebagai penyelamat bagi aku mungkin bagi korang jugak kerana ia boleh merawat bibir merekah, kering, gelap, kusam dan pecah.. Madu lebah yang terkandung dalam lipstik ini menghasilkan penghalang yang membantu mengunci kelembapan, meningkatkan penghidratan dan menghasilkan pertumbuhan semula sel kulit.. Manakala ekstrak ceri pula kaya dengan zat besi dan vitamin C yang mudah menyerap ke dalam kulit, meningkatkan warna merah jambu yang sihat pada bibir..

Cara Guna Legend Age Lipstick

Nak guna Legend Age Lipstick ni nak kene betul juga caranya.. Kalau tak betul caranya mau rosak lipstiknya... Jadi, korang kene baca step cara guna kat bawah ni ye..

Putar lipstik hanya 1cm sahaja kerana lipstik ni tiada bahan kimia yang digunakan untuk menguatkan tekstur lipstik.. Jadi, ianya sangat lembut seperti lilin.. Jangan putar lebih dari 1cm kerana ia boleh patah atau rosak semasa digunakan..Apply 2-4 layer pada bibir.. Lapisan yang pertama untuk menghidratkan bibir manakala lapisan yang seterusnya untuk memastikan intipati ceri diserap supaya bibir kelihatan merah jambu.. Untuk bibir lebih merah, boleh sapu lebih dari itu.. Tunggu 2 minit untuk dapatkan kesan.. Untuk mendapatkan warna yang sebenar, kene tunggu kira-kira 2 minit.. Warna akan kelihatan berbeza berdasarkan kepada tahap pH kulit setiap individu.. Sekiranya warna merah menjadi lebih gelap menandakan tubuh seseorang itu berasid manakala merah jambu menunjukkan badan seseorang beralkali..
Best ke Legend Age Lipstick ni?


Kalau korang tanya aku best ke idok Legend Age Lipstik ni, ofkoslah best.. Lipstik 4 dalam 1 tu!! Mana mungkin guna satu lipstik aje dalam 4 manfaat dalam 1 masa.. Pengalaman aku sendiri dengan Legend Age Lipstick ni, pada mulanya aku nak tak nak jugak pakai sebabnya kebiasaan bila aku pakai lipbalm ni, aku akan rasa tak selesa, bibir jadi berminyak yang amat dan rasa tebal jerk bibir.. Memang tak best.. Lastnya aku cuba jugak dan hasilnya aku sangat suka dengan lipbalm ni.. Teksturnya tak berminyak dan sangat selesa bila digunakan.. Paling best bibir jadi lembap jerk..


Sebenarnya memang aku ada masalah bibir kering dan ada kalanya sampai merekah luka.. Ada yang suggest aku guna lip balm tapi aku sendiri tak selesa dengannya.. Sampailah aku diperkenalkan dengan Legend Age Lipstick ni barulah tergerak hati nak cuba.. Yess bila aku cuba aku memang sukakannya.. Bibir aku lebih terjaga dan sentiasa lembap.. Tak de dah bibir kering sebabnya lipstik ni merawat bibir aku dengan baik.. Alhamdulillah.. Lagi pun lipstik ni selamat digunakan.. So, tak de la risau sangat..

Selain itu, aku suka packagingnya.. Casing lipstik ni sangat kemas dan teksturnya pun terjaga dengan baik.. Bila tengok teksturnya, aku sebenarnya tak sangka yang ia memberikan kesan pinkish bila kita apply kat bibir.. Tetapi ikut atas bibir jugak ye.. Cam bibir aku agak gelap, so tak nampak la sangat pinkishnye.. hehe.. Siapa yang bibir cerah tu mesti nampak lebih cantik bila pakai lipstik ni.. Its ok, walaupun bibir gelap aku tetap bersyukur sebab tiada cacat cela pada bibir aku.. Hiks..

Atasi Masalah Bibir Kering Dengan Legend Age Lipstick


Ok, bagi korang yang mempunyai masalah bibir kering, merekah, pecah, kusam ataupun gelap cam bibir aku ni, korang boleh settlekan masalah tersebut dengan Legend Age Lipstick ni.. Nama pun dah Legend, haruslah boleh selesaikan masalah bibir dengan baik.. Bibir akan terawat dengan baik.. Tapi janganlah korang harapkan dengan penggunaan sekali saja bibir korang dah sihat dan cantik.. Agak-agak la wei!! Kenalah konsisten pakai, barulah dapat bibir yang menawan.. hehe.. Tapi kesan melembap tu memang terbaik.. Jangan lupa dapatkan Legend Age Lipstick tau..


HARGA LEGEND AGE LIPSTICKRM 135.00 MYR$32.30 USD

Untuk sebarang pembelian dan info lanjut, sila layari :-
WebsiteLegend Age Singapore  |  Legend Age Malaysia  |  Legend Age Amazon
InstagramLegend Age Official




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.leaazleeya.com/2019/08/legend-age-lipstick-gincu-bibir-4-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
5 Bahan Alami Yang Bisa Digunakan Sebagai Pereda Rasa Sakit

5 Bahan Alami Yang Bisa Digunakan Sebagai Pereda Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 217 hits
Biasanya untuk meredakan rasa sakit ini seseorang mengonsumsi obat obatan tertentu Namun sayangnya berdasar sebuah penelitian diketahui bahwa konsumsi obat obatan pereda sakit ini bisa berujung penyakit kardiovaskular Untungnya terdapat sej...
Cara Guna Gincu Bibir Untuk Sentiasa Nampak Segar

Cara Guna Gincu Bibir Untuk Sentiasa Nampak Segar

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 376 hits
Lipstik adalah kunci kepada penampilan wajah yang segar Penggunaan lipstik yang salah boleh membuatkan penampilan wajah anda menjadi suram Untuk mendapatkan penampilan lipstik yang menyegarkan memerlukan beberapa tahap dan cara penggunaan y...
Mengarutlah Lampu Suluh Tak Boleh Pusing Bayi Songsang Jangan Risau Normal Czer Asal Selamat

Mengarutlah Lampu Suluh Tak Boleh Pusing Bayi Songsang Jangan Risau Normal Czer Asal Selamat

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 489 hits
Bayi awak songsanglah kata doktor semasa membuat ujian imbasan Cuak hati si ibu bila mendengarnya Terus tergambarkan perlu dibedah untuk bersalin risau dan bimbang Tenang dulu mama jangan cemas Paling penting untuk anda perlu tahu bayi akan...
Kebakaran Km Santika Nusantara 286 Selamat Dan 4 Orang Tewas

Kebakaran Km Santika Nusantara 286 Selamat Dan 4 Orang Tewas

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 204 hits
Kepastian data penumpang ini disampaikan oleh Kepala Bidang Hubungan Masyarakat Polda Jatim Kombes Pol Frans Barung Mangera Ia mengatakan berdasarkan data yang diterimanya total jumlah penumpang KM Santika Nusantara adalah 290 orang penumpa...
Masak Guna Kuali Nonstick Lebih Selamat

Masak Guna Kuali Nonstick Lebih Selamat

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 1380 hits
Masak Guna Kuali Nonstick Lebih Selamat Ha Bagi anda yang suka memasak pasti dah biasa dengan barangan kat dapur termasuklah segala periuk kuali yang digunakan Ada yang tak kisah guna kuali atau periuk sebarangan untuk memasak Yang penting ...
Wan Rosdy Ramai Pakar Telah Sahkan Operasi Lynas Selamat

Wan Rosdy Ramai Pakar Telah Sahkan Operasi Lynas Selamat

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 301 hits
KUANTAN Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini berkata ramai pakar dalam bidang tenaga atom mengesahkan operasi kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai selamat Katanya banyak kajian dan penilaian be...
Buat Doa Selamat Sajat Amp Rakan Mak Nyah Bergambar Dengan Anak2 Tahfiz

Buat Doa Selamat Sajat Amp Rakan Mak Nyah Bergambar Dengan Anak2 Tahfiz

papar berkaitan - pada 23/8/2019 - jumlah : 480 hits
Sudah menjadi kebiasaan untuk menjemput anak anak tahfiz sekiranya mengadakan majlis doa selamat dan kesyukuran bagi memperoleh lebih keberkatan Terbaru usahawan kosmetik terkenal Nur Sajat mengadakan majlis kesyukuran dan bacaan Yasin pada...
Selamat Tinggal Sek Ren Islam Al Iman

Selamat Tinggal Sek Ren Islam Al Iman

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 424 hits
Tak sangka rupanya aku ada update dalam blog ya aku jadi Cikgu dua tahun lepas Boleh baca Wah sudah hampir 3 tahun naik turun aku dalam mendidik anak anak murid aku semua Hari ini aku tulis semula demi mengingatkan diri bahawa aku bakal men...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids