Leedee Shakolat Minuman Diet Bantu Rasa Kenyang
Leedee Shakolat Minuman Diet Bantu Rasa Kenyang. Assalamualaikum dan hi korang…Sekarang ni kan berat badan zaza dah makin naik. Baru ni kakak-kakak zaza yang dah sekian lama tak jumpa ada balik. Diorang pun ada tegur, diorang cakap “Ya Allah adik, gemuk dah awak sekarang” dan zaza memang perasan badan zaza dah gemuk sikit berbanding dulu. Kalau dulu pakai baju saiz XS sekarang ni banyak kena pakai saiz M.. sedih pula rasa..
Memang ada juga cuba diet terutama dengan elak makanan manis yang menjadi salah satu punca kenaikan berat badan. Tapi itulah, orang perempuan.. pantang nampak makanan itu ini,kek.. semua nak pelahap. Sudahnya makan, makan, makan tanpa sedar lama-lama berat makin bertambah. Lepas tu mula stress sebab berat susah nak turun.
Memang zaza rindu dengan berat badan yang dulu. Seluar track dan jeans yang biasa zaza pakai pun dah tak muat lagi. Bertambah-tambah sedih..
Kalau sebelum ni memang zaza tak amalkan sangat produk dan senaman sebab dah kurus. Tapi sejak dah berbulan berat zaza naik dan ramai orang terdekat tegur makin berisi dan gemuk, zaza rasa memang kena azam untuk diet dan kawal selera makan balik.
Btw, korang pernah tak dengar produk minuman diet jenama Leedee? Mungkin ada yang familiar atau mungkin ada yang masih tak kenal. Oklah, sebenarnya zaza nak share pasal produk terbaru Leedee iaitu Leedee Shakolat untuk korang yang nak turunkan berat badan dan kawal selera makan
Sebelum ini Leedee ada mengeluarkan minuman botani untuk turunkan berat badan iaitu Leedee Pineapple dan Leedee Tox peach. Untuk Leedee Pineapple tu ia dihasilkan dari jus nenas Brazil dan Leedee Tox Peach dari buah peach. Kedua-duanya zaza dah cuba dulu. Korang boleh baca dekat entri yang pernah zaza tulis dekat Leedee Pineapple dan Leedee Tox peach ada kelulusan ke?
Oklah, untuk Leedee Shakolat ini sebenarnya bagus juga ada perisa coklat. Sebab mungkin ada yang tak boleh makan nenas ke, jadi tak boleh nak cuba Leedee Pineapple tu kan.
Bila ada perisa coklat ni tentu ramai yang suka termasuk zaza sendiri. Jadi Zaza pun tak lepaskan peluang untuk cuba Leedee Shakolat ni pula.
Leedee Shakolat Beri Tenaga & Buat Perut Rasa Kenyang
Leedee Shakolat ini adalah produk minuman Meal Replacement Craving Control. Leedee Shakolat didatangkan dengan kotak berwarna coklat dan penutup kotak yang direka seperti coklat yang sedang meleleh. Pada zaza packaging kotak dia memang menarik dan sekali tengok je rasa lawanyaaa.. nampak berbeza dan lain dari yang lain
Dalam setiap pembelian produk Leedee Shalokat akan disertakan sekali shaker dan didalam kotak mengandungi 10 sachet Leedee Shakolat ( 25g ) sesuai untuk 10 hari penggunaan.
Setiap sachet Leedee Shakolat mengandungi 2.1g fiber dan 99 kcal ( kalori )
Zaza dah cuba ambil beberapa sachet Leedee Shakolat ni. Untuk korang yang nak turun berat badan dan berusaha kawal selera makan, memang sesuai sangat untuk ambil Leedee Shakolat ini sebab ia dapat membantu memberikan rasa kenyang. Jadi tak adalah asyik nak makan, makan dan makan je kerjanya.
Leedee Shakolat juga dapat membantu memberikan kita tenaga setelah letih bekerja atau membuat aktiviti harian.
Oh ya, tak lama lagi nak puasa, jadi sesuai juga untuk ambil sepanjang bulan puasa nanti untuk mengurangkan rasa lapar.
Bahan Utama Leedee Shakolat
Kebiasaannya kalau memilih sesuatu produk minuman, mestilah kita kena tahu bahan apa yang digunakan. Untuk Leedee Shakolat ini ada 8 jenis bahan yang digunakan iaitu Coklat, Ekstrak Manga Afrika, Ekstrak Apple Fiber, Oat Halus, Ekstrak Chia Seed, Ekstrak Garcinia Cambogia, Ekstrak Senna dan L-Carnatine.
Setiap bahan ini mempunyai fungsi masing-masing. Berikut zaza share sikit fungsi bahan tersebut.
Coklat – Membantu mengawal metabolisma Ekstrak Manga Afrika – untuk membakar lemak Ekstrak Apple Fiber – Membantu mengenyangkan Oat Halus – Mengawal gula dalam darah Ekstrak Chia Seed – Dipenuhi antioksidan Ekstrak Garcinia Cambogia – Mengawal selera makan Ekstrak Senna – Meningkatkan imunisasi L-Carnatine – Membantu lemak badan bertukar menjadi tenaga
Rasanya pula macam mana? Sudah tentulah rasanya sedap dan tak terlalu manis. Zaza bancuh dengan air suam dan minum waktu pagi atau zaza ambil waktu petang.
Memang kenalah dengan tekak zaza yang dah tak boleh nak ambil minuman manis sangat sekarang ni.
Kebaikan Leedee Shakolat
Mengenyangkan Dijadikan sebagai penganti sarapan Mengawal nafsu makan Mengawal graving gula dan karbohidratMemberikan tenagaMeningkatkan metabolisma
Cara Pengambilan Leedee Shakolat
Ambil 1 sachet Leedee Shakolat dengan 150 ml air suam atau sejuk sebelum sarapan pagi.
Sediakan 150ml air sejuk atau air suamAmbil 1 sachet Leedee Shakolat dan tuang dalam shakerGoncang atau kacau sehingga sebati dan minum
Untuk penyimpanan hendaklah simpan ditempat yang sejuk, kering dan bersih.
Pantang Larang Pengambilan
Pastikan minum air masak cukup sekurang-kurangnya 2 liter sehari Elakkan minuman berkafien Pastikan tidur cukup Makan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit
Adakah produk Leedee Shakolat Selamat?
Seperti biasa, semua orang akan memilih produk yang selamat untuk diambil. Untuk Leedee Shakolat ini, ia SELAMAT dan mempunyai SIJIL SIBUTERAMINE LAB TEST ( bebas dari bahan kimia berbahaya dan terlarang )
Dibawah ini zaza lampirkan sekali sijil tersebut untuk rujukan
Adakah Pengambilan Produk Ini Mempunyai Kesan Sampingan?
Jangan risau untuk ambil kerana ia menggunakan bahan-bahan semulajadi dan ada LAB Test. Bukan senang kan nak melepasi LAB test semua tu. Jadinya TIADA KESAN SAMPINGAN dan selamat diambil.
Siapa Yang Boleh Amal Minuman Shakolat Ini?
Lelaki dan Perempuan berumur 15 tahun ke atas sahaja. Wanita Hamil, Penyakit Kronik ( seperti kencing manis, penyakit jantung, hipertensi TIDAK DIBENARKAN mengambil produk ini )
Kalau Amalkan Perlu Bersenam Lagi Tak?
Pada zaza ia terpulang pada individu itu sendiri cuma kita selalu diberi tip untuk menurunkan berat badan, selain konsisten meminum produk diet, kita digalakkan melakukan senaman supaya kadar penurunan berat badan lebih banyak. Dengan senaman boleh membuatkan badan sihat, cergas dan fit.
Adakah Boleh Campur Produk Leedee dengan Produk Diet Lain?
TIDAK BOLEH. Dinasihatkan untuk korang yang sedang ambil produk ini untuk tidak campur dengan produk diet lain kerana ia boleh menganggu proses.
Testimoni Pengguna Yang Telah Cuba Leedee Shakolat
Sebelum membeli produk, kita mesti suka baca dulu kan testimoni atau feedback dari pengguna lain. Sebab bila ada feedback tu yang buat kita bertambah yakin nak mencuba.
Jadi dekat sini zaza share sikit beberapa testimoni dan feedback pengguna. Untuk lebih testimoni korang boleh rujuk dekat Instagram rasmi Leedee Hq
Cara Pembelian Leedee Shakolat dan Produk Leedee Yang Lain
Produk-Produk Leedee didaftarkan hanya untuk jualan online sahaja. Oleh itu ia tidak masuk ke farmasi atau drugstore. Bagi korang yang nak cuba sendiri produk ini, boleh terus membuat pembelian secara online atau dengan agent berdaftar yang sah sahaja
Untuk harga, lihat harga di bawah :
PROMO LEEDEE SHAKOLATNet Price : RM69 ( Semenanjung ) / RM75 ( Sabah / Sarawak )
1 LEEDEE SHAKOLATRM59 ( Semenanjung ) / RM65 ( Sabah / Sarawak )
2 LEEDEE SHAKOLATRM118 ( Semenanjung ) / RM130 ( Sabah / Sarawak )
3 LEEDEE SHAKOLATRM177 ( Semenanjung) / RM195 ( Sabah / Sarawak )
( Harga tidak termasuk kos penghantaran )
Jadi sekarang setiap pembelian set promo akan dapat PERCUMA SHAKER EXCLUSIVE SHAKOLAT. Korang boleh dapatkan sementara stok masih ada
Untuk pembelian produk dan pertanyaan lanjut, boleh terus menghubungi pihak Nadd Empire Sdn. Bhd di :
Nadd Empire Sdn Bhd - 017 679 7270Encik Syafiq - 017 679 0191Website : www.leedee.myInstagram : @leedee.hqFacebook : Leedee Online HQ
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.zazaiman.com/2022/01/leedee-shakolat-minuman-diet-bantu-rasa.html