Lebih Tembam Bayi Dilahirkan Lebih Sihat Di Mata Masyarakat Sebenarnya Silap Tak Semestinya Berat Itu Sihat


Pernah tak anda terfikir kenapa doktor seperti obses dengan berat bayi di dalam kandungan ketika anda sedang hamil? Setiap kali ujian ultrasound dijalankan, pasti doktor akan memberitahu anda akan anggaran berat bayi anda.
Nilai berat tersebut bukan sengaja direkodkan. Ia mempunyai matlamat dan anggaran risiko masalah kesihatan jika bayi dilahirkan pada berat di bawah nilai normal. Kajian menunjukkan bahawa semakin tinggi berat kelahiran (dalam lingkungan nilai normal), semakin sihat bayi anda.

Betul ke? Baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut.
Perihal berat bayi dan masalah kesihatan
Berat lahir adalah maklumat penting yang sering diberitahu kepada ibu seusai melahirkan anak terutamanya jika mengalami komplikasi kehamilan seperti diabetes gestasi (kencing manis ketika hamil) dan preeklampsia.
Populasi umum menganggap semakin berat bayi yang baru lahir, semakin sihatlah bayi tersebut. Walaupun nilai berat lahir tinggi boleh juga dikaitkan dengan masalah diabetes, namun bayi yang lahir pada berat di bawah paras normal turut mempunyai risiko kematian dan morbiditi yang lebih tinggi.
Pelbagai jenis kajian telah menunjukkan kaitan di antara berat lahir dengan masalah kesihatan yang bakal dihadapi oleh mereka kelak ketika dewasa.
Kajian oleh Hospital Umum Southampton dan Institut Kesihatan Awam Nasional di Finland telah menunjukkan bahawa, mereka yang lahir dengan berat kurang daripada paras normal berisiko untuk mendapat masalah kegagalan jantung dan strok.
Penyakit tersebut mempunyai faktor risiko yang pelbagai namun perlu juga diingatkan jika berat badan mereka naik secara mendadak, ia juga boleh menyebabkan risiko kesihatan.
Oleh sebab itulah penting bagi ibu bapa untuk membawa anak mereka berjumpa dengan doktor bagi mengawasi parameter tumbesaran mereka. Pemberian nutrisi dan sasaran kenaikan berat badan perlu realistik bagi mengelakkan komplikasi kesihatan.

Kenapa diabetes sebabkan berat lahir tinggi melebihi paras normal?
Teori di sebalik kenaikan berat badan semasa lahir bagi bayi kepada ibu yang mengalami diabetes gestasi pernah diterangkan oleh Jorgen Pederson. Beliau merupakan seorang ahli epidemiologi yang giat mengkaji berkenaan dengan masalah diabetes ketika hamil.
Ketika hamil, rembesan pelbagai jenis hormon seperti estrogen, progesteron, kortisol dan human placental lactogen menyebabkan kandungan gula di dalam darah ibu meningkat. Ketika waktu tersebut, tahap kerintangan insulin juga turut meningkat menyebabkan ibu didiagnosis dengan diabetes gestasi.
Menurut Pedersen, oleh sebab gula boleh merentasi uri, bayi di dalam kandungan juga mempunyai jumlah gula dalam darah yang tinggi. Suntikan insulin yang diambil oleh ibu tidak boleh merentasi uri maka bayi tersebut harus menghasilkan insulinnya sendiri.
Organ pankreas bayi mula menghasilkan insulin pada paras yang tinggi menyebabkan pengumpulan lemak dan protein pada badan bayi. Untuk makluman pembaca, gula boleh disimpan di dalam sel lemak dengan bantuan hormon insulin.
Oleh sebab itulah berat bayi kepada ibu diabetes kebiasaannya tinggi sewaktu lahir. Perubahan fisiologi ini, walaupun membantu, boleh menyebabkan komplikasi hipoglisemia jika insulin masih lagi tinggi dan bayi sudah terputus bekalan dengan salur darah ibu melalui uri.
Berat lahir rendah tingkatkan kadar kematian bayi
Bayi yang dilahirkan dengan berat yang rendah berisiko untuk mengalami pelbagai jenis komplikasi kesihatan seperti masalah pernafasan, neurologikan dan kenaikan risiko untuk mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
Rata-rata mereka yang mengalami kelahiran bayi dengan berat rendah adalah kembar, kelahiran pramatang dan bayi kepada ibu yang mengalami preeklampsia.
Oleh sebab individu yang mempunyai berat lahir rendah terdedah untuk mendapat komplikasi pelbagai sistem badan dan jangkitan kuman, mereka akan dijaga di hospital lebih lama berbanding dengan bayi lain.

Bayi Yang Lahir Kecil/Ringan Tak Semestinya Tak Cukup Zat
Masalah kesihatan yang kebiasaannya menyebabkan berat lahir rendah berkait dengan kelemahan pada sistem penghantaran nutrisi kepada janin yang sedang membesar. Kehamilan kembar sebagai contoh, nutrisi yang diambil oleh ibu akan dikongsi di antara 3 individu.
Tanpa pemantauan nutrisi yang rapi, masalah berat bayi rendah memang tidak dapat dielakkan. Bagaimana pula dengan preeklampsia? Proses patofisiologinya bagi mereka yang mengalami komplikasi kehamilan ini agak kompleks.
Namun, ia boleh menyebabkan aliran darah kepada janin yang sedang membesar berkurangan. Ini akan menyebabkan satu keadaan yang dikenali sebagai intrauterine growth restriction atau sekatan tumbesaran di dalam rahim.
Ia menyebabkan individu yang lahir mempunyai berat bayi rendah.
Semakin tinggi berat bayi semasa lahir, semakin baik kesihatan jantung mereka kelak
Ujian kecergasan
Kajian yang telah diterbitkan oleh Viktor et al di laman jurnal Persatuan Jantung Amerika pada 31 Januari 2020 menunjukkan bahawa tahap kesihatan jantung individu dewasa boleh dipengaruhi oleh berat lahir mereka.
Kajian ini melibatkan 286,761 subjek yang berusia dalam lingkungan 17 hingga 25 tahun. Mereka diarahkan untuk mengayuh basikal yang dilengkapi dengan alat ergometer. Jumlah watt yang terhasil akan direkod dan dibandingkan dengan subjek lain.
Data tersebut turut dibandingkan dengan maklumat berat lahir subjek dari Rekod Kelahiran Perubatan Sweden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa semakin meningkat berat lahir subjek, semakin tinggi jumlah watt yang dihasilkan.
Peningkatan berat lahir tersebut tidak melebihi paras normal seperti dapatan klinikal pada bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami diabetes gestasi.
Viktor berpendapat bahawa peningkatan ini merupakan tanda kepada tahap kesihatan jantung yang dialami oleh subjek. Kajian terdahulu telah menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai kesihatan jantung yang baik berisiko rendah untuk mendapat masalah kardiovaskular.
Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dijalankan memandangkan tiada bayi pramatang dalam kalangan subjek.
Konklusi
Berat bayi adalah antara faktor penting yang boleh mempengaruhi tahap kesihatan individu kelak. Kajian ini menunjukkan kepentingan dalam mendapatkan berat lahir tinggi (dalam lingkungan normal) untuk memastikan risiko terhadap penyakit kardiovaskular rendah kelak.
Jika berat bayi anda berada dalam lingkungan tidak memuaskan, tidak bermakna mereka akan mengalami masalah jantung atau strok. Namun, pantauan perlu dilakukan sebaiknya bagi memastikan mereka membesar dengan sihat.
Kredit: Hello Doktor
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Lebih Tembam Bayi Dilahirkan Lebih Sihat Di Mata Masyarakat, Sebenarnya Silap! Tak Semestinya Berat Itu Sihat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lebih-tembam-bayi-dilahirkan-lebih-sihat-di-mata-masyarakat-sebenarnya-silap-tak-semestinya-berat-itu-sihat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawan Terberat Anies Itu Gibran Punya Logistik Melimpah Dan Lebih Hebat Dari Jokowi

Lawan Terberat Anies Itu Gibran Punya Logistik Melimpah Dan Lebih Hebat Dari Jokowi

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 203 hits
Walikota Solo terpilih Gibran Rakabuming Raka diyakini sebagai sosok terberat Anies Baswedan bila ingin meneruskan kepemimpinannya di DKI Menurut politisi yang juga Ketua Umum Federasi Serikat Pekerja BUMN Bersatu Arief Poyuono ada beberapa...
Ini Tanda Bayi Demam Sebab Nak Tumbuh Gigi Selain Dari Itu Bukan Punca Nak Tumbuh Gigi

Ini Tanda Bayi Demam Sebab Nak Tumbuh Gigi Selain Dari Itu Bukan Punca Nak Tumbuh Gigi

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 362 hits
Anak saya dah 3 hari demam nank tumbuh gigi ni Opss mama jangan terlalu awal untuk mengatakan bahawa anak demam adalah disebabkan nak tumbuh gigi Perhatikan dahulu beberapa tanda tanda lain Mungkin boleh jadi bukan disebabkan nak tumbuh gig...
Dikira Boneka Petani Di Garut Temukan Mayat Bayi Yang Baru Dilahirkan

Dikira Boneka Petani Di Garut Temukan Mayat Bayi Yang Baru Dilahirkan

papar berkaitan - pada 18/2/2021 - jumlah : 195 hits
Seorang petani di Kecamatan Samarang Kabupaten Garut Selasa petang dikejutkan dengan penemuan jenazah bayi yang diduga baru dilahirkan Awalnya petani itu menduga bahwa jenazah bayi tersebut adalah boneka
10 Resipi Makanan Pejal Dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan Amp Ke Atas

10 Resipi Makanan Pejal Dan Snek Sihat Untuk Bayi Berusia 8 Bulan Amp Ke Atas

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 529 hits
Apabila anak mula sudah menunjukkan mereka bersedia untuk makan kita sebagai ibu mulalah ingin mencuba pelbagai resepi Di sini kami akan kongsikan resepi snack bayi 8 bulan yang padat dengan nutrisi dan khasiat bermanfaat Dalam kumpulan Our...
Pasangan Mata Wang Eur Gbp Kekal Berada Di Bawah Sokongan Trendline Menurun Terdapat Lebih Banyak Pergerakan Menurun

Pasangan Mata Wang Eur Gbp Kekal Berada Di Bawah Sokongan Trendline Menurun Terdapat Lebih Banyak Pergerakan Menurun

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 228 hits
Harga kekal berada di bawah rintangan trendline yang menurun dengan indikator teknikal menunjukkan ruang untuk penurunan harga yang lebih rendah Penurunan selanjutnya di bawah rintangan 1 pada tahap 0 8612 ke arah sokongan pertama di 0 8564...
Sebak Lihat Pasangan Tua Jalan Kaki Bawak Barang Berat Air Mata Tak Boleh Henti Keluar

Sebak Lihat Pasangan Tua Jalan Kaki Bawak Barang Berat Air Mata Tak Boleh Henti Keluar

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 312 hits
Sebagai seorang anak pastinya kita merasa sebak apabila melihat pasangan warga emas yang sudah dimamah usia masih lagi mengerah kudrat meneruskan kehidupan Sudah tentu fikiran mulai menerawang dan teringat akan ibu bapa kita yang juga sudah...
Itu Bukan Anak Saya Ibu Cemas Bayi Tertukar Akibat Cuai Anaknya Sudah Dibawa Wanita Lain Keluar

Itu Bukan Anak Saya Ibu Cemas Bayi Tertukar Akibat Cuai Anaknya Sudah Dibawa Wanita Lain Keluar

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 339 hits
Menanti kelahiran cahaya mata antara momen indah bagi setiap pasangan yang sudah berumah tangga Namun begitu pasti ada juga sedikit kebimbangan mengenai keselamatan ibu dan bayi semasa proses kelahiran itu Bayinya telah tertukar dan dibawa ...
Hiburan Berat Bayi Dah Hampir 2 Kilogram Siti Nurhaliza Kongsi Perkembangan Kehamilan Anak Kedua

Hiburan Berat Bayi Dah Hampir 2 Kilogram Siti Nurhaliza Kongsi Perkembangan Kehamilan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 386 hits
Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini hamil anak kedua telah berkongsikan perkembangan sepanjang kehamilannya untuk pengetahuan peminat yang sentiasa menantikan cerita daripada bintang popular ini Sumber Instagram Sit...
Ibu Cemas Bayi Tertukar Itu Bukan Anak Saya

Ibu Cemas Bayi Tertukar Itu Bukan Anak Saya

papar berkaitan - pada 20/2/2021 - jumlah : 571 hits
Satu perkongsian yang tular di laman Facebook oleh seorang pengguna bernama Puan Nur Hafiza Md Rosli yang menceritakan pengalaman apabila bayinya telah tertukar Ibu ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh beliau selepas selamat melahi...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever