Lebih Banyak Klinik Lapor Golongan Anti Vaksin Sanggup Bayar Untuk Elak Sistem


Nur Shazreena Ali dan Ahmad Mustakim Zulkifli Seorang doktor berkata golongan yang mendekatinya untuk dapatkan sijil palsu kebanyakannya adalah penduduk bandar yang berpendidikan tinggi.

Seorang wanita melihat perbandingan dua sijil digital vaksinasi di dalam aplikasi Mysejahtera pada dua telefon bimbit. Sijil vaksinasi membolehkan penerima vaksin  Semakin ramai doktor klinik swasta mendedahkan didekati golongan anti vaksin yang mahu mereka mengeluarkan sijil palsu vaksinasi lengkap dengan bayaran tertentu ketika timbul kebimbangan wujud segelintir pihak cuba mengganggu sistem kesihatan bagi menikmati kelonggaran perintah kawalan pergerakan (PKP) diberikan kepada yang lengkap menerima vaksin Covid-19.
Bercakap kepada MalaysiaNow, beberapa orang doktor yang bekerja di klinik swasta di Selangor berkata golongan antivaksin atau yang menolak menerima vaksin virus yang mudah berjangkit itu mendekati klinik dengan menawarkan rasuah dalam usaha mendapatkan sijil vaksinasi.
Salah seorang pengamal perubatan, Dr Muhammad Muaz Mustapa berkata dia menerima tawaran demikian daripada seorang wanita yang menemani anak perempuannya di kliniknya di Rawang.
“Saya periksa kesihatan anak perempuannya, dan kemudian si ibu tiba-tiba bertanya jika klinik saya ada menjalankan vaksinasi Covid-19.
“Kemudian dia bertanya pada saya apakah saya boleh dapatkan sijil vaksinasi untuknya tanpa suntikan vaksin.”
Muaz berkata dia terkejut dengan pertanyaan tersebut.
“Ketika saya tanya mengapa tidak mahu dapatkan suntikan vaksin, dia kata suaminya baru saja meninggal, dua minggu selepas terima suntikan vaksin Sinovac dos yang kedua,” katanya.
Percubaan untuk mendapatkan ulasan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkara ini masih tidak mendapat maklum balas.
Baru-baru ini, MalaysiaNow melaporkan kejadian serupa di beberapa negeri lain.
Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia Dr Steven Chow, mengesahkan wujud percubaan oleh golongan itu “bagi melangkaui sistem” yang telah disusun pihak berkuasa kesihatan.
Individu yang mendapat vaksin lengkap diberi kelonggaran untuk bergerak, termasuk kebenaran merentas daerah bagi tujuan tertentu dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial dan ekonomi.
Mereka juga dibenarkan untuk makan di restoran dan melaksanakan aktiviti keagamaan di rumah-rumah ibadat.
Kegiatan sosial lain yang dibenarkan termasuk berkelah, berkhemah dan sukan yang tidak memerlukan kontak fizikal.
Menurut Muaz wanita yang datang di kliniknya itu memerlukan sijil vaksinasi untuk kembali bekerja.
“Dia rela bayar saya untuk dapatkan sijil itu, tetapi tak mahu dapatkan suntikan.
“Saya rasa dia salahkan vaksin kerana menyebabkannya menjadi ibu tunggal,” katanya, sambil menambah anak perempuannya yang berusia 20 tahun juga tidak mengambil vaksin.
Dr Mohd Rahimie Sayutti daripada rangkaian klinik Primer Cherang berkata turut berdepan seorang anti-vaksin selepas kerajaan mengumumkan SOP kesihatan akan dilonggarkan kepada golongan yang m mendapatkan vaksin.
Beliau berkata wujud dua kategori individu yang datang ke kliniknya.
“Jenis pertama, mereka yang mahu disuntik vaksin kerana mereka bimbang tentang peningkatan kes sejak beberapa bulan lalu.
“Yang kedua pula adalah mereka yang sanggup keluarkan duit untuk dapatkan sijil vaksinasi tanpa mengambil suntikan.”
Rahimie memberitahu MalaysiaNow, apa yang mengejutkan, kebanyakan daripada yang tidak mahu menerima vaksin tersebut adalah dalam golongan yang berpendidikan tinggi dan kebanyakannya tinggal di kawasan bandar.
“Mereka berpendidikan dan ada duit untuk melakukan perkara ini,” katanya.
Dia berkata dirinya dan rakan-rakan akan berusaha sebaik mungkin untuk memberikan kefahaman kepada golongan yang menentang vaksinasi.
“Ada beberapa orang berubah fikiran dan setuju untuk dapatkan suntikan vaksin, dan ada yang menolak untuk terima penjelasan kami dan pergi cuba perkara sama di tempat lain.
“Saya katakan, pergi ke mana pun sama sahaja kerana pengamal perubatan mempunyai etika dan kami tidak boleh lakukan perkara itu.”
Muaz bersetuju walaupun anti vaksin akan meminta perkara sedemikian, katanya sudah menjadi tanggungjawab para doktor untuk menolak permintaan untuk dapatkan sijil vaksin yang palsu.
“Ia membahayakan kesihatan awam,” katanya.
“Ia juga boleh meningkatkan jumlah orang yang dijangkiti dan terkorban akibat Covid-19.”
Menambah bahawa tindakan sedemikian akan memberi lebih banyak masa bagi varian seperti Delta menular dalam masyarakat awam.
“Daripada bayar untuk dapat rawatan palsu, orang ramai harus dapatkan rawatan yang betul secara percuma ketika mereka mendapat vaksin.
“Dengan cara itu, mereka dapat dilindungi sekali gus melindungi orang lain.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/lebih-banyak-klinik-lapor-golongan-anti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Golongan Anti Vaksin Malaysia Sanggup Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Sijil Palsu Lengkap 2 Dos Vaksin

Golongan Anti Vaksin Malaysia Sanggup Bayar Rm1 000 Untuk Dapatkan Sijil Palsu Lengkap 2 Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 337 hits
Semenjak kerajaan mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard bagi mereka yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid 19 golongan anti vaksin masih berdegil untuk mendapatkan suntikan vaksin dan kini sedang gigih mencari jalan un...
Bekalkan Lebih Banyak Vaksin Ke Kedah Sultan

Bekalkan Lebih Banyak Vaksin Ke Kedah Sultan

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 233 hits
Dukacita kadar jangkitan COVID 19 setiap hari kekal empat angka ALOR SETAR Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menitahkan agar jumlah vaksin yang banyak dapat dibekalkan oleh Kerajaan Persekutuan bagi membolehka...
Tentera Perjelas Tindakan Pecat Anggota Anti Vaksin

Tentera Perjelas Tindakan Pecat Anggota Anti Vaksin

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 217 hits
Selepas tular kisah seorang anggota tentera yang dipecat selepas enggan menerima vaksin Tentera Darat Malaysia menerusi satu kenyataan media dikeluarkan Sel Perhubungan Raya Tentera Darat semalam menegaskan setiap anggota TDM diwajibkan men...
Hiburan Memang Pilihan Tapi Untuk Jaga Nyawa Naim Daniel Anggap Anti Vaksin Tak Malu

Hiburan Memang Pilihan Tapi Untuk Jaga Nyawa Naim Daniel Anggap Anti Vaksin Tak Malu

papar berkaitan - pada 24/8/2021 - jumlah : 261 hits
Penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa pelik dengan sikap individu yang menolak untuk menerima suntikan vaksin tetapi mahu menikmati layanan sama rata dengan penerima vaksin lengkap ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementUjar Naim atau nama sebenarnya...
Telegram Dikenakan Tindakan Undang Undang Diarah Memasang Sistem Anti Cetak Rompak

Telegram Dikenakan Tindakan Undang Undang Diarah Memasang Sistem Anti Cetak Rompak

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 401 hits
Penerbit terbesar di Rusia telah memfailkan saman ke atas akta hak cipta terhadap Telegram kerana aplikasi itu membenarkan salinan cetak rompak buku Stephen King dan Dmitry Glukhovsky dapat dimuat turun melalui platform tersebut Matlamat pe...
Ibu Anti Vaksin Buat Permintaan Terakhir Ketika Di Ambang Maut Untuk Pastikan Semua Anaknya Disuntik Vaksin

Ibu Anti Vaksin Buat Permintaan Terakhir Ketika Di Ambang Maut Untuk Pastikan Semua Anaknya Disuntik Vaksin

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 250 hits
Lydia Rodriguez 42 meninggal pada 16 Ogos 2021 dua minggu setelah suaminya yang berusia 49 tahun juga meninggal dunia akibat COVID di tempat tidur ICU yang terletak beberapa meter dari miliknya WASHINGTON Seorang wanita warga Texas yang seb...
Wanita Hamil Perlu Ambil Vaksin Elak Risiko Jangkitan Kategori 3 4 Dan 5

Wanita Hamil Perlu Ambil Vaksin Elak Risiko Jangkitan Kategori 3 4 Dan 5

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 183 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Waspada pelbagai varian baharu dan berbahaya muncul sekarang BANGI Wanita mengandung masih perlu mengikut prosedur operasi standard yang ketat meskipun sudah lengkap menerima dua dos vaksin COVID 19 Meskipun kadar pe...
Varian Delta Miliki Kandungan Virus 300 Kali Lebih Banyak

Varian Delta Miliki Kandungan Virus 300 Kali Lebih Banyak

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 171 hits
Varian Delta miliki kandungan virus 300 kali lebih banyak SEOUL Satu kajian mendapati individu yang dijangkiti varian Delta Covid 19 memiliki kandungan virus 300 kali lebih banyak berbanding varian asal lapor portal berita kelmarin Kajian o...
Wanita Ini Kasi Ajar Pemandu Waja Cucuk Belakang Elak Bayar Tol Netizen Puas Hati Video

Wanita Ini Kasi Ajar Pemandu Waja Cucuk Belakang Elak Bayar Tol Netizen Puas Hati Video

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 196 hits
Wanita Ini Kasi Ajar Pemandu WAJA Cucuk Belakang Elak Bayar Tol Netizen Puas Hati VIDEO KETIKA ini penggunaan kamera papan pemuka pada kenderaan sangat penting Jika sebelum ini tular mengenai sebuah tentang pemilik kereta Honda yang cuba me...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp