Lebih Banyak Cukai Hanya Takutkan Pelabur Kata Ahli Ekonomi


 

Jason Thomas -September 23, 2021 Ahli ekonomi berpendapat pembaharuan cukai, sama ada CGT atau GST, harus ditangguhkan sehingga ekonomi pulih.PETALING JAYA: Pengenalan cukai keuntungan modal ke atas jual beli saham (CGT) dan cukai luar jangka untuk syarikat yang mencatatkan keuntungan kukuh ketika pandemik hanya akan menakutkan pelabur, kata dua ahli ekonomi.
Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) berkata, ia akan menimbulkan kerisauan dalam kalangan pelabur dan syarikat memandangkan persekitaran perniagaan serta pelaburan ketika ini “sangat rapuh” disebabkan pandemik Covid-19.
“Pembaharuan cukai, sama ada CGT atau GST, harus ditangguhkan sehingga ekonomi pulih. Tidak ada pertikaian mengenai cukai baharu buat masa sekarang,” katanya.
“Hasil cukai luar jangka tidak begitu membantu dalam meningkatkan pendapatan. Ia juga bersifat sekali gus dan tidak membawa banyak perubahan. Ini lebih kepada ‘cukai dengki’ sahaja.”
Sambil menggelar cukai luar jangka sebagai “khayalan”, Williams berkata, selain syarikat pembuat sarung tangan dan syarikat yang mendapat manfaat daripada aktiviti berkaitan pandemik Covid-19, tidak ada “sasaran” lain untuk menjana lebihan keuntungan.
Williams juga berkata, hakikat bahawa Malaysia tidak mengamalkan CGT dilihat sebagai satu kelebihan yang dimilikinya berbanding pesaing lain di rantau ini dan perubahan terhadap dasar itu tidak akan membantu sentimen pelaburan.
Katanya, pasaran saham Malaysia adalah antara pasaran yang menunjukkan prestasi terburuk di rantau ini dengan penurunan sebanyak 6% dalam tempoh separuh tahun pertama tahun ini berbanding Vietnam dan Taiwan yang kedua-duanya berkembang 20% manakala Korea Selatan dan Australia pula mencatatkan pertumbuhan 10%.
“Jadi cukai tambahan tidak disarankan ketika ini,” katanya memberi amaran.
“CGT tidak akan menghentikan aliran keluar dan prospek terhadap pelaksanaan cukai itu akan menyebabkan pelabur, terutamanya pelabur asing akan berwaspada terhadap pasaran di Malaysia.”
Sementara itu, Goh Lim Thye, pensyarah kanan ekonomi di Universiti Malaya (UM) berkata, usaha meyakinkan syarikat yang berkembang ketika pandemik untuk bersetuju dengan pelaksanaan cukai luar jangka itu mungkin sukar dilakukan.
Goh juga berkata, kerajaan tidak boleh menolak bahawa ramai pelabur yang akan mempunyai portfolio saham dan memperolehi keuntungan daripada satu saham, mungkin menggunakannya untuk menampung kerugian dalam pelaburan lain.
“Bagaimana kita ingin memastikan bahawa cukai ini (CGT) dilaksanakan secara adil? Ia agak sukar,” katanya.
Beliau turut menggesa pembuat dasar supaya menjalankan analisis trend terhadap prestasi syarikat sebelum membuat keputusan terhadap kadar cukai luar jangka selain menegaskan langkah itu penting kerana perbincangan perlu dilakukan antara firma sebelum mencapai persetujuan bagi pelaksanaannya.
“Mereka perlu berbincang dengan syarikat-syarikat ini, jelaskan mengapa ia mahu dilakukan dan muktamadkan kadarnya secara bersama-sama,” katanya.
“Ini tidak boleh terus dilaksanakan berdasarkan arahan yang akan menakutkan para pelabur. Mereka harus bersikap adil kepada pelabur.”
Kedua-dua ahli ekonomi itu mengulas laporan bahawa Putrajaya sedang mengkaji pelaksanaan CGT dan “kadar cukai one-off lebih tinggi” terhadap syarikat-syarikat yang mengaut “keuntungan luar biasa” ketika pandemik.
Bercakap di Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa semalam berkata, kementerian itu mengalu-alukan cadangan daripada beberapa Ahli Parlimen bagi meningkatkan hasil negara dengan pelaksanaan dua dasar berkenaan.
Beliau berkata, kerajaan perlu mengambil kira maklum balas daripada pihak berkepentingan yang relevan untuk menentukan kesan pelaksanaan cukai terbabit dan tidak merosakkan kedudukan ekonomi dan daya saing Malaysia, terutama dalam menarik pelaburan asing.
Cadangan itu menandakan perubahan pendirian Kementerian Kewangan mengenai cukai luar jangka.
November lalu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, cukai luar jangka ke atas syarikat-syarikat yang mengaut keuntungan luar biasa ketika pandemik akan memberi “isyarat yang salah” kepada para pelabur.
Beliau menyifatkan cukai itu sebagai dasar tidak konsisten yang boleh menyebabkan negara-negara jiran seperti Vietnam dan Singapura, yang tidak melaksanakan cukai itu, menjadi lebih menarik kepada pelabur.
“Namakan saya satu negara di rantau ini yang melaksanakan cukai luar jangka,” katanya.
“Anda boleh (melaksanakan cukai luar jangka), tetapi anda mungkin memberi isyarat salah, terutamanya kepada ekonomi terbuka seperti Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/lebih-banyak-cukai-hanya-takutkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menuju Negara Tua Malaysia Perlu Lebih Banyak Pusat Jagaan Warga Emas Kata Rina

Menuju Negara Tua Malaysia Perlu Lebih Banyak Pusat Jagaan Warga Emas Kata Rina

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 197 hits
September 25 2021 Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun beramah mesra dengan penghuni pusat penjagaan dan pemulihan Shalis Centre Ong Siok Hua 89 pada Program Turun Padang beliau ke negeri Kelantan hari ini KOTA...
Sprm Perlu Lebih Telus Dalam Kes Libat Ahli Politik Kata C4

Sprm Perlu Lebih Telus Dalam Kes Libat Ahli Politik Kata C4

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 233 hits
Parlimen dimaklumkan bahawa siasatan SPRM terhadap Rina Harun mendapati tiada elemen rasuah dalam penyelesaian hutangnya yang bernilai jutaan ringgit PETALING JAYA Sebuah NGO antirasuah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya...
Siapa Ahli Politik Dibelakang Kiraan Cukai Palsu Lhdn

Siapa Ahli Politik Dibelakang Kiraan Cukai Palsu Lhdn

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 294 hits
Oleh SirajuddinAhmadDengan merujuk kepada kenyataan Media dari pihak Polis Diraja Malaysia bahawa kertas siasatan telah dibuka untuk menyiasat laporan Polis yang telah dibuat oleh mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib terhadap pemalsuan d...
Harga Siling Rumah Mampu Milik Tak Selesai Masalah Ahli Ekonomi

Harga Siling Rumah Mampu Milik Tak Selesai Masalah Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 177 hits
Harga siling rumah mampu milik tak selesai masalah ahli ekonomi Penetapan harga siling untuk rumah mampu milik walaupun hanya untuk sementara tidak akan mengatasi masalah kekurangan rumah mampu milik kata seorang ahli ekonomi Dalam Rancanga...
Bung Bohong Bukan Ph Potong Bajet Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Kata Ahli Parlimen

Bung Bohong Bukan Ph Potong Bajet Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Kata Ahli Parlimen

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 334 hits
Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata Bung Moktar Radin sedar bukan Pakatan Harapan yang memotong bajet pembinaan sebaliknya kerajaan Sabah ketika itu yang meminta projek tersebut diambil alih oleh JKR Sabah PETALING JAYA Ahli ...
Momokan No Anwar No Dap Tak Lagi Relevan Kata Ahli Mkt Umno

Momokan No Anwar No Dap Tak Lagi Relevan Kata Ahli Mkt Umno

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 148 hits
September 12 2021 Puad Zarkashi berkata dengan termeterainya CSA berkenaan yang dijangka dibulatkan dalam tempoh terdekat permintaan PH sudah tentu akan dipenuhi dan diterima tanpa syarat PETALING JAYA Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Um...
Anak Usia 2 Tahun Perlu Lebih Zat Dari Makanan Susu Hanya 2 Gelas Sehari Sahaja

Anak Usia 2 Tahun Perlu Lebih Zat Dari Makanan Susu Hanya 2 Gelas Sehari Sahaja

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 246 hits
Susu terkenal sebagai minuman sihat yang kaya dengan nutrien Selain berkhasiat dalam membantu menguatkan tulang dan gigi susu juga adalah minuman baik yang menyokong pergerakan otot pembelajaran dan memori Pun begitu kebanyakan ibu bapa ber...
Sampai Masa Sabah Diberi Autonomi Ekonomi Kata Salleh

Sampai Masa Sabah Diberi Autonomi Ekonomi Kata Salleh

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 184 hits
Salleh Said Keruak turut menggesa Putrajaya mewakilkan kepada kerajaan Sabah mana mana kuasa berkaitan yang membabitkan keputusan kewangan dan pelaburan PETALING JAYA Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah Salleh Said Keru...
Susu Kambing Mempunyai Sumber Protein Yang Baik Lebih Banyak Kalsium Dan Selenium Untuk Anak Berbanding Susu Lembu

Susu Kambing Mempunyai Sumber Protein Yang Baik Lebih Banyak Kalsium Dan Selenium Untuk Anak Berbanding Susu Lembu

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 264 hits
Si kecil dah menghampiri wean off jadi apakah susu yang sesuai untuk diberikan Bolehkah berikan susu kambing untuk anak atau susu lembu lebih sesuai Bagaimana pula dariaspek manfaat susu Pastinya perdebatan dalam topik berkaitan manfaat sus...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte