Lebih Baik Pkr Ph Jadi Pembangkang Bermaruah Daripada Yakin Menang Pru15 Kata Rafizi


 

FMT Reporters -April 3, 2022 


Rafizi Ramli berkata PH dan PKR perlu membanci semula kekuatan jentera, memperkuat dan memulihkan semangat berbanding bercita-cita tinggi untuk menang PRU15.PETALING JAYA: Bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berpandangan adalah lebih realistik partinya dan Pakatan Harapan (PH) menyasarkan untuk menjadi pembangkang bermaruah berbanding berkeyakinan terlalu tinggi untuk menang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Sambil menyifatkan pandangan itu tidak popular dalam kalangan pemimpin PH, Rafizi bagaimanapun menegaskan koalisi itu tidak boleh bersikap “in denial” pada saat rakyat sendiri tidak meyakini keupayaan mereka memenangi PRU15 yang semakin hampir.
PH kini berada di kedudukan ketiga di belakang Umno-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada tiga pilihan raya negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor, satu strategi ampuh bagi menaikkan semula peratusan keluar mengundi serta peratusan sokongan pengundi atas pagar sebanyak tiga atau empat peratus kepada PH dan PKR amat diperlukan, kata Rafizi.
“Hakikatnya, ia bukan soal PH atau PKR menang. Saya sebenarnya agak realistik, kita agak sukar untuk menang PRU15. Tetapi kita kena pastikan supaya imbangan blok-blok politik tidak terlalu berat sebelah.
“Kita kena pastikan kalau Umno-BN mungkin menang PRU15, ada blok pembangkang yang boleh buat kerja dengan baik dan memastikan tidak ada skandal besar bakal diciptakan Umno-BN.
“Saya ingat dua, tiga bulan itu (sebelum PRU15), walaupun masanya pendek, tetapi kalau kita ada strategi betul, mungkin kita boleh capai anjakan tiga hingga empat peratus itu (meraih sokongan pengundi atas pagar),” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Mengulas lanjut, Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan menegaskan adalah lebih realistik untuk PH dan PKR membanci semula kekuatan jentera mereka, memperkuat dan memulihkan semangat berbanding bercita-cita tinggi untuk menang PRU15.
Katanya, cara paling baik adalah dengan bersikap realistik untuk PH dan PKR menjadi pembangkang yang baik dan bermaruah.
“Sebenarnya, kalau kita main bola sepak. Kita sedar kita berdepan pasukan yang sudah menang empat perlawanan berturut-turut selain menjaringkan gol banyak dalam setiap perlawanan dimenangi itu.
“Kita pun kena tahu pasukan kita dalam keadaan moral rendah, ada pemain sakit kaki, jadi lebih realistik untuk kita bawa persiapan pasukan ke satu tahap yang tidak terlalu luar biasa.
“Bila sasaran realistik sebegitu dibuat, rakyat pun boleh menerimanya setelah berfikir secara logik. Kalau mereka rasa pembangkang mustahil menang, tetapi kita terlalu yakin boleh menang, kekalahan empat PRN tidak menunjukkan sebarang isyarat yang kita boleh menang, itu mungkin akan menyebabkan orang rasa kita bermimpi di siang hari,” katanya.
Pandangan radikal
Rafizi juga mengakui pandangan radikal beliau pastinya kurang dipersetujui pemimpin PH mahupun PKR dan kalau ada bersetuju pun, mereka mungkin berpandangan sikap berterus-terang seperti itu tidak membantu kempen parti.
Namun, Rafizi mengajak semua pemimpin PH mengimbas semula pengalaman Umno-BN pada 2018 di mana kekalahan teruk mereka pada PRU14 adalah disebabkan bersikap “in denial”.
“Rakyat tidak suka ahli politik berpura-pura dan tidak dapat menerima keadaan semasa. Lebih kita bersikap realistik, berterus-terang akan lebih meyakinkan lebih ramai pengundi bahawa kita bukan semata-mata syok sendiri untuk menang kerajaan.
“Saya faham pandangan saya kemungkinan sangat minoriti dan tidak popular dalam kalangan penyokong parti dan PH. Tetapi bagi saya, gerak kerja politik ke arah PRU15 bukan libat anggota parti semata-mata.
“Yang kita perlu yakinlah adalah pengundi biasa kerana mandat mereka yang kita perlukan. Lebih baik kita jujur dan berterus-terang kepada mereka berbanding menawarkan tawaran yang dianggap tidak masuk akal bagi kelompok itu,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/04/lebih-baik-pkr-ph-jadi-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Perlu Bersatu Kalau Mahu Menang Pru15

Pembangkang Perlu Bersatu Kalau Mahu Menang Pru15

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 142 hits
Sikit pun aku tak nafikan Cuma kita berjuang untuk perubahan atau semata mata untuk menang PRU Kalau untuk perubahan kemenangan jatuh nombor 2 Prinsip jadi keutamaan Kalau menang itu bonus Dulu aku sendiri pun percaya kalau nak perubahan ki...
Mohon Mencadangkan Rasanya Lebih Baik Saifuddin Batal Saja Hasrat Lawan Rafizi

Mohon Mencadangkan Rasanya Lebih Baik Saifuddin Batal Saja Hasrat Lawan Rafizi

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 164 hits
Sudah lebih dua minggu sejak Rafizi Ramli mengesahkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR tetapi sehingga ini belum diketahui lagi siapa yang akan berlawan dengannya Ada dua nama disebut sebut mahu berlawan dengan Rafizi bagi me...
Mahiaddin Khianati Ismail Sabri Melalui Cubaannya Ingin Jadi Pm Sekali Lagi Bersara Jauh Lebih Baik Baginya

Mahiaddin Khianati Ismail Sabri Melalui Cubaannya Ingin Jadi Pm Sekali Lagi Bersara Jauh Lebih Baik Baginya

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 163 hits
Secara umumnya ramai yang berasa loya dan bagaikan tidak percaya dengan usaha terbaru Mahiaddin Md Yasin yang dikatakan mahu kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua Ini berikutan selama 18 bulan memegang jawatan Perdana Menteri sebe...
Pemilihan Pkr Portal Dedah Senarai Cai Rafizi

Pemilihan Pkr Portal Dedah Senarai Cai Rafizi

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 222 hits
March 23 2022 Menjelang pemilihan PKR pada Mei ini Rafizi Ramli yang akan bertanding jawatan timbalan presiden sedang membentuk sebuah pasukan merangkumi beberapa nama besar parti Menurut beberapa sumber daripada parti cai Rafizi menampilka...
Pkr S Rafizi Says Pakatan Must Abandon The Big Tent Approach Go Solo For Ge15

Pkr S Rafizi Says Pakatan Must Abandon The Big Tent Approach Go Solo For Ge15

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 232 hits
Former PKR MP Rafizi Ramli today said that Pakatan Harapan must disregard the big tent approach and go solo Rafizi who recently announced that he will fight for the PKR vice president post said there is no need for the party to join hands w...
Jumaat Seterusnya Nanti Lebih Baik

Jumaat Seterusnya Nanti Lebih Baik

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 351 hits
JUMAAT SETERUSNYA NANTI LEBIH BAIK Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt ALHAMDULILLAH lengkap empat Jumaat dibulan ini Syukur Ini Jumaat terakhir dikali ini Kita sambung Jumaat seterusnya dibulan April...
Rafizi Ph Sepatutnya Sasar Hanya 80 Kerusi Pada Pru15

Rafizi Ph Sepatutnya Sasar Hanya 80 Kerusi Pada Pru15

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 143 hits
Diterbitkan Mar 24 2022 WAWANCARA l Penanda aras realistik buat Pakatan Harapan pada pilihan raya umum akan datang ialah memenangi kira kira 80 kerusi parlimen kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli Rafizi yang kembali aktif dalam arena politi...
Bn Mungkin Perlu Tubuh Kerajaan Dengan Parti Lain Selepas Pru15 Kata Ku Li

Bn Mungkin Perlu Tubuh Kerajaan Dengan Parti Lain Selepas Pru15 Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 240 hits
Tengku Razaleigh Hamzah berkata walaupun seronok dengan majoriti 2 3 dalam PRN Melaka dan Johor hakikatnya BN tidak mendapat sokongan rakyat PETALING JAYA Bekas Pengerusi Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah berkata Barisan Nasiona...
Dap Mungkin Hilang 5 Daripada 42 Kerusi Parlimen Pada Pru15 Kata Guan Eng

Dap Mungkin Hilang 5 Daripada 42 Kerusi Parlimen Pada Pru15 Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/3/2022 - jumlah : 159 hits
March 26 2022 Lim Guan Eng mahu semua parti komponen PH menggunakan logo sama dalam pilihan raya akan datang PETALING JAYA DAP menjangkakan lima daripada 42 kerusi Parlimen yang disandang parti itu akan hilang berdasarkan corak pengundian d...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord