Lebih Baik Bunuh Saya Rosmah


bharian.com.my
Oleh Faris Fuad
[email protected]
 - September 1, 2022 
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, meninggalkan pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur selepas diputuskan bersalah dalam kes projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion. - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, ketika membuat kenyataan dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi, hari ini menyuarakan kesedihan dan kekecewaannya dengan apa yang berlaku.

Dalam nada sebak, beliau berkata, mahkamah adalah tempat untuk mendapatkan keadilan dan beliau sentiasa mengingatkan pasukan peguamnya supaya sentiasa bercakap benar.

"Ini cara saya dibesarkan. Saya tidak mahu bercakap lebih. Saya menghormati keputusan mahkamah dan saya ingin meninggalkan mahkamah ini dengan memori yang baik terhadap sistem keadilan.

"Saya pernah menjadi wanita pertama negara," katanya.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan memutuskan Rosmah bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di sekolah luar bandar di Sarawak.

Rosmah berkata, beliau tidak mahu menyebut mengenai sumbangannya, namun menegaskan banyak memulakan program untuk kanak-kanak di negara ini.

Katanya, beliau berasa bangga atas sumbangannya bagi memajukan kanak-kanak di negara ini.

"Saya tak pernah terfikir untuk membazir wang. Saya bertanggungjawab ke atas BAKTI (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri) dan kami mempunyai RM45 juta, tidak pernah saya sentuh satu sen pun," katanya.

Rosmah berkata, beliau juga tidak pernah mengenali sesiapa dalam Jepak Holdings, syarikat yang dianugerahkan kontrak dalam projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di sekolah luar bandar di Sarawak.

"Tiada siapa nampak saya ambil wang tetapi kalau begitu kesimpulannya, saya serahkan kepada Allah.

"Saya tidak tahu pun jumlah kos projek itu sebanyak itu. Saya hanya bercakap benar dan tiada yang lain, kecuali perkara yang benar," katanya.

Rosmah berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menipu mana-mana persatuan yang dipimpinnya.

"Jadi, apabila saya didakwa di mahkamah, saya terkejut. Saya juga tidak pernah mempengaruhi suami (Datuk Seri Najib Razak). Setiap kali saya buka mulut, dia (Najib) akan kata awak isteri saya, jangan masuk campur," katanya sambil mahkamah supaya berbelas ihsan kepadanya dalam menjatuhkan hukuman.

"Ini boleh berlaku kepada saya, ia juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, kepada isteri anda, anak anda atau cucu.

"Saya adalah mangsa...anda mahu kami sengsara, kami semenangnya sengsara. Tolong lihat saya sebagai seorang wanita dan tolong untuk lebih berperikemanusiaan," katanya.

Sementara itu, peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh, mengemukakan rayuan supaya anak guam dikenakan hukuman ringan.

Beliau meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda minimum kepada Rosmah.

"Rosmah mempunyai perwatakan yang tidak tercela dan berbakti kepada negara sebagai isteri kepada Perdana Menteri, terutama dalam membantu anak-anak kecil yang tidak diberi pendidikan.

"Selain itu, program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) dibangunkan Rosmah bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan ia sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh isteri mana-mana Perdana Menteri di negara ini.

"Rosmah juga mempunyai masalah kesihatan yang perlu dipertimbangkan mahkamah dan orang lain yang terbabit dengan projek itu semuanya bebas sementara hanya beliau didakwa di mahkamah. Bagaimanapun, Datin Seri Rosmah tetap memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, menggesa mahkamah mengambil kira tahap serius kesalahan berkenaan.

Katanya, Rosmah berhadapan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali jumlah suapan diterima bagi setiap pertuduhan.

"Sebarang keputusan harus membuat mereka yang ingin mengambil rasuah, tidak berbuat demikian. Jika hanya penjara sehari, ia akan memberi isyarat salah kepada rakyat.

"Maksimum atau hampir maksimum hukuman perlu diberikan. Korupsi adalah kesalahan serius," katanya.

Sejurus mendengar kenyataan itu, Rosmah berkata: "Lebih baik bunuh saya."

Mahkamah Tinggi kemudiannya memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan, yang berjalan secara serentak dan didenda RM970 juta.

Bagaimanapun, Mohamed Zaini membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan hingga Rosmah mengemukakan rayuan.

Jika beliau gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/09/lebih-baik-bunuh-saya-rosmah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Baik Bunuh Saja Saya Rosmah Sedih Sumbangannya Sebagai First Lady Of Malaysia Tidak Diambil Kira

Lebih Baik Bunuh Saja Saya Rosmah Sedih Sumbangannya Sebagai First Lady Of Malaysia Tidak Diambil Kira

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 340 hits
Lebih baik bunuh saja saya Rosmah sedih sumbangannya sebagai First Lady of Malaysia tidak diambil kiraSemalam dalam kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan kes rasuahnya berhubung projek h...
Hiburan Lebih Baik Bunuh Saya Kenapa Rosmah Mansor Cakap Begitu Sebab Kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Ini

Hiburan Lebih Baik Bunuh Saya Kenapa Rosmah Mansor Cakap Begitu Sebab Kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Ini

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 137 hits
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor menyuarakan kesedihan dan kekecewaannya dengan apa yang berlaku ketika membuat kenyataan dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Katanya mahkamah merupakan tempat mendapatkan keadilan d...
Ayam Brand Ikan Sardin Dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar

Ayam Brand Ikan Sardin Dan Mackerel Terbukti Lebih Baik Daripada Segar

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 183 hits
Buka Tin untuk Menikmati Hidangan Lazat Kaya dengan Omega 3 Protein dan KalsiumIkan seperti sardin mackerel dan salmon adalah antara protein haiwan yang paling sihat yang anda boleh sertakan dalam diet harian Adakah anda menggemari ikan yan...
Umno Harus Lupakan Najib Lebih Baik Kukuhkan Solidariti Dengan Poster Boy Bn

Umno Harus Lupakan Najib Lebih Baik Kukuhkan Solidariti Dengan Poster Boy Bn

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 147 hits
Semalam sebaik Mahkamah Persekutuan memberikan tamparan berganda terhadap Najib Razak dengan menolak dua permohonannya dalam proses rayuan akhir kes rasuah SRC International Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi lantas mahu seluruh anggota parti...
Denda Rosmah Sama Dengan Kos Pru 15 Baik Bantu Mangsa Banjir Pkr

Denda Rosmah Sama Dengan Kos Pru 15 Baik Bantu Mangsa Banjir Pkr

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 179 hits
PKR menyatakan pendirian supaya pilihan raya umum ke 15 diadakan pada tahun depan memandangkan musim banjir yang semakin dekat tidak lama lagi malah semalam banjir besar sekali lagi melanda di Baling Kedah Ketua Penerangannya Fahmi Fadzil b...
Jadikan Syarikat Dan Perniagaan Anda Lebih Baik Tak Semestinya Lebih Besar

Jadikan Syarikat Dan Perniagaan Anda Lebih Baik Tak Semestinya Lebih Besar

papar berkaitan - pada 4/9/2022 - jumlah : 177 hits
Dalam artikel ini saya nak kongsikan idea kepada anda peniaga kecil untuk lebih tumpukan usaha jadikan bisnes yang anda sedang buat tu lebih baik Bukannya terlalu ghairah nak jadikannya lebih besar Ada beza tu antara lebih baik berbanding l...
Lebih Baik Ustazah Bercerita Soal Hukum Sumpah

Lebih Baik Ustazah Bercerita Soal Hukum Sumpah

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 161 hits
Norman Radzuan Saya melihat video dengan sayu Ustazah Asma mengingatkan kita semua jangan menghina Najib Benar Ustazah kita jangan menghina tetapi kita juga jangan membela orang yang melakukan jenayah mencuri harta rakyat Sayangnya beberapa...
Video Berkali Kali Putri Candrawathi Bilang Merasa Lebih Baik Ingin Mati

Video Berkali Kali Putri Candrawathi Bilang Merasa Lebih Baik Ingin Mati

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 145 hits
Seperti rasa malu menyalahkan diri sendiri dan takut pada ancaman pelaku serta dampak yang mungkin mempengaruhi seluruh kehidupannya dalam kasus ini
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk