Lebih 5 Tahun Dalam Neraka Tolong Selamatkan Kami Kata Penghuni Flat Di P Pinang


Predeep NambiarAnparasan Selvadurai menunjukkan kawasan di sebelah koridor tingkat bawah di flat itu, yang mana sampah dicampak setiap hari.GEORGE TOWN: Jawatankuasa yang menguruskan flat dianggap paling kotor di Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa membelanjakan kira-kira RM1 juta supaya penghuninya boleh tinggal dalam persekitaran lebih bersih.
Anparasan Selvadurai, setiausaha badan pengurusan Flat Teluk Indah berkata, jumlah itu adalah paling minima diperlukan untuk memperbaiki keadaan di dua blok flat 21 tingkat di Perai itu.
“Kami tinggal di ‘neraka’ sejak lima tahun lalu,” kata Anparasan kepada FMT.
Dia mencadangkan pemasangan:
Sistem kad akses hanya membenarkan kemasukan penghuni yang membayar yuran penyelenggaraan;
Kamera litar tertutup (CCTV) di 32 lokasi strategik;Jaring di setiap tingkat untuk menghalang pembuangan sampah; danDua pam air untuk menggantikan pam yang sering rosak.Cadangan itu dikemukakan sendiri oleh Anparasan, yang secara sukarela memegang jawatannya kerana tiada penghuni lain sudi.
Dia juga mencadangkan semua enam lif, yang sering rosak, diperbaiki secara tetap. Semua lif itu tidak berfungsi semalam.
Penghuni berkata, beg sampah akan “mendarat seperti bom” pada tengah malam.Penduduk “nakal” terus mencampak sampah ke kawasan konkrit di antara dua blok tersebut. Beg plastik sampah itu akan pecah dan bau busuk daripadanya mencemarkan udara.
Penghuni flat itu berkata, sekali sekala sebungkus sampah akan “jatuh dari langit”, terutama pada tengah malam. Terdapat juga botol kaca dan kadang-kadang almari kayu.
Penghuni memberi amaran kepada wartawan FMT supaya tidak berada lama di koridor kerana kebocoran daripada sampah yang jatuh sering terpercik kepada orang yang lalu-lalang.
“Baunya sangat busuk, terutama apabila panas,” kata pekerja kilang, Ashikin, yang berjalan turun dari tingkat 12 kerana lif tidak berfungsi.
Rajes, yang menjual sayur-sayuran di lobi lif berkata, beg sampah kadang-kadang “mendarat seperti bom” pada tengah malam, mengejutkan penghuni flat.
Pekerja pembersihan yang diupah oleh pihak pengurusan sering merasa seperti berada dalam sebuah episod “Fear Factor”, apabila mereka perlu bertukar menjadi “stuntman”, berebut-rebut mengutip sampah sebelum ada yang mendarat di atas kepala mereka. Mereka menceritakan satu insiden di mana seorang pekerja pembersihan terpaksa dibawa ke hospital selepas dihempap sebungkus kulit durian.
Terdapat juga seorang pekerja pembersihan yang lengannya membengkak sejam selepas mengutip sampah, disyaki akibat jangkitan bakteria.
Anparasan berkata, dia sendiri pernah membawa beberapa pekerja pembersihan ke klinik beberapa kali.
“Kami cuba hampir semuanya, tetapi tiada yang berhasil,” katanya.
“Malah kami meletakkan tong sampah besar untuk penghuni dan meminta semua orang meninggalkan sampah mereka di lobi lif, bukannya mencampak ke bawah. Namun, tiada siapa pun mendengar (permintaan kami).”
Semua enam lif di flat itu tidak berfungsi.Anparasan menjalankan kelas tuisyen, tetapi tugasnya di bangunan itu termasuk mengaktifkan secara manual pam yang membekalkan air ke tingkat lebih tinggi.
Dia bercerita tentang menjadi tukang paip walaupun pada hari bapanya meninggal dunia, kira-kira dua minggu lalu. Seseorang mencuri alat yang menghentikan air daripada melimpah dari tangki pusat, lalu air mencurah-curah seperti air terjun ke lantai yang dipenuhi sampah di bawah.
Katanya, lif tidak diperiksa dan diperbaiki secara berkala kerana jawatankuasa tidak mampu membayar yuran penyelenggaraan dalam tempoh enam bulan berturut-turut.
Kekurangan dana berpunca daripada keengganan pemilik flat untuk membayar RM30 sebagai bayaran penyelenggaraan bulanan, katanya.
Hanya 30% daripada 1,008 unit berpenghuni dan separuh daripadanya disewakan kepada warga asing.
Anparasan berkata, banyak sesi pembersihan gotong-royong diadakan tetapi keadaan akan kembali kepada asal tidak lama selepas itu.
Katanya, jawatankuasa itu sekarang mempunyai RM271 dalam akaun dan menyimpannya untuk gaji pekerja pembersihan. Selalunya, kata Anparasan, dia akan membayar gaji pekerja tersebut menggunakan wangnya sendiri.
Motosikal yang diletakkan di luar Flat Teluk Indah, Perai, Pulau Pinang.Dia mengakui jawatankuasa tersebut sudah bertahun-tahun menerima dana daripada kerajaan Pulau Pinang, tetapi ia hanya cukup untuk membaiki kerosakan kecil.
Hanya penyelesaian jangka panjang yang dapat menyediakan persekitaran yang bersih untuk penghuni flat itu, katanya.
Katanya, bil air terkumpul untuk flat itu mencecah RM1.5 juta manakala bil elektrik tertunggak sebanyak RM500,000, dan dia meminta penyelesaian daripada pihak berkuasa.
Datuk Bandar Seberang Perai Rozali Mohamud berkata, majlis bandaraya berulang kali menghantar kru pembersihan “bersenjatakan” hos pemadam api untuk membersihkan kawasan itu – kali terakhir pada 22 Jan. Dalam masa tiga hari, kawasan itu kembali kotor, menurut Rozali.
“Sejak 2014, kami telah menghantar kru untuk membersihkannya setiap tiga bulan sekali,” kata beliau.
“Malah kerajaan negeri menjelaskan hutang bil elektrik sebanyak RM1 juta beberapa tahun lalu.”
Sementara itu, seorang pegawai kerajaan negeri berkata, kerajaan Pulau Pinang sudah beberapa tahun membantu penduduk flat berkenaan dengan membiayai pembaikan lif, menghulurkan bantuan dan kini cuba menyelesaikan tunggakan bil elektrik.
Ahli Parlimen Batu Kawan Kasthuri Patto pula berkata, pejabatnya akan cuba mendapatkan dana daripada kerajaan negeri dan persekutuan untuk menambah baik kemudahan serta infrastruktur di situ.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/lebih-5-tahun-dalam-neraka-tolong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Sakiit Abah Ya Allah Tolong Tolong Selamatkan Baem

Video Sakiit Abah Ya Allah Tolong Tolong Selamatkan Baem

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 295 hits
Usahawan kosmetik popular Datuk Aliff Syukri membawa anak lelakinya Ibraheem Adham menjalani proses berkh4tan
777 Usahawan Jana Jualan Lebih Rm2 Bilion Tahun 2020 Bersama Richworks

777 Usahawan Jana Jualan Lebih Rm2 Bilion Tahun 2020 Bersama Richworks

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 262 hits
Zero Kos Marketing Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi sekalian Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya Baiklah untuk entri kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua menge...
Suami Kena Tolong Isteri Promote Bisnes Baru Hasilnya Boom Dari Rm30 Dalam Bank Kini Cecah Lebih Rm10ribu

Suami Kena Tolong Isteri Promote Bisnes Baru Hasilnya Boom Dari Rm30 Dalam Bank Kini Cecah Lebih Rm10ribu

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 409 hits
Setelah mendirikan rumahtangga pastinya banyak tanggungan yang perlu difikirkan lebih lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu Pasangan suami isteri perlu lebih kreatif dalam menjana pendapatan keluarga Baca Namun tak semua memp...
Ketagih Nak Cantik Gadis 16 Tahun Buat Pembedahan Lebih 100 Kali

Ketagih Nak Cantik Gadis 16 Tahun Buat Pembedahan Lebih 100 Kali

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 342 hits
83 total views 83 views today Di Beijing China seorang gadis yang baru berusia 16 tahun dipercayai gemar melakukan pembedahan plastik terhadap wajahnya Menerusi laporan Odditty Central gadis yang dikenali sebagai Zhou Chuna itu merupakan in...
Makan Besar Tahun Baharu Cina Dibenarkan Tidak Lebih 15 Orang

Makan Besar Tahun Baharu Cina Dibenarkan Tidak Lebih 15 Orang

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 339 hits
Putrajaya Masyarakat Cina yang bakal merayakan Tahun Baharu Cina pada 12 dan 13 Februari ini kini boleh meneruskan tradisi makan besar keluarga apabila Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara hari ini meluluskan penambahbaikan prosedur...
Pak Hakim Yang Terhormat Tolong Vonis Pinangki 20 Tahun Penjara Alasannya Ada 5

Pak Hakim Yang Terhormat Tolong Vonis Pinangki 20 Tahun Penjara Alasannya Ada 5

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 179 hits
Mejelis Hakim Pengadilan Negeri Tindak Pidana Korupsi Jakarta diminta menjatuhkan putusan maksimal kepada terdakwa Pinangki Sirna Malasari hari ini Senin Demikian disampaikan peneliti Indonesia Corruption Watch dalam keteranganya Minggu mal...
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Pulau Pinang Batal

Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Pulau Pinang Batal

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 289 hits
Kerajaan Negeri Pulau Pinang membatalkan cadangan untuk mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri yang dijadualkan berlangsung pada 13 Februari depan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Teh Lai Heng berkata keputusan...
Hiburan Mahu Rm88 888 Tahun 2021 Akan Lebih Bahagia Dengan Peraduan Beli Menang Nivea

Hiburan Mahu Rm88 888 Tahun 2021 Akan Lebih Bahagia Dengan Peraduan Beli Menang Nivea

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 290 hits
Disebabkan oleh tahun 2020 yang agak kelam kerana kita diserang wabak bahaya pastinya semua berdoa dan berharap agar tahun 2021 akan lebih cerah dan bermakna Bagi mengubah mood kita supaya menjadi ekstra bersemangat kita seharusnya merebut ...
Lebih Banyak Rumah Untuk B40 M40 Dibina Dalam Tahun Ini Zuraida

Lebih Banyak Rumah Untuk B40 M40 Dibina Dalam Tahun Ini Zuraida

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 284 hits
BernamaPada 2020 Zuraida berkata sebanyak 14 547 unit rumah untuk golongan B40 dan M40 disiapkan yang melibatkan 3 120 unit PPR 5 043 unit PPAM 5 931 unit rumah PRIMA dan 453 unit RMR Bernama PUTRAJAYA Lebih RM1 bilion diperuntuk bagi pembi...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023