Lebih 40 000 Kes Hilang Kerja Setakat Ogos Lepas


azrulhakimie

Perkeso sedang pantau trend bagi memberikan perlindungan KUALA LUMPUR– Sejumlah 40,680 kes hilang pekerjaan direkodkan dalam negara setakat bulan Ogos lepas dengan purata 5,811 kes setiap bulan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan.
Beliau berkata pejabat Sistem Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang memantau trend kes hilang pekerjaan harian bagi memberikan perlindungan kepada para pekerja yang tidak lagi dapat bekerja disebabkan pelbagai alasan.
Katanya menurut Perkeso definasi hilang pekerjaan termasuk pemberhenian kerja, Skim Pemisahan Kerja Sukarela atau Persefahaman Bersama (VSS/MSS), penutupan syarikat disebabkan bencana alam, bankrap, pemberhentian kerja disebabkan oleh gangguan seksual atau ancaman di tempat kerja, serta berhenti selepas diarah melakukan tugas yang berbahaya yang tidak termasuk dalam skop kerja.
“Sebagaimana yang kita ketahui, pandemik COVID-19 bukan hanya memberi kesan kepada aspek kesihatan orang ramai, tetapi turut membawa kejutan ekonomi kepada negara-negara di seluruh dunia.
“Ia susulan langkah yang diambil bagi menghalang penularan virus yang membawa kepada penutupan syaikat, manakala orang ramai hilang pekerjaan atau pekerja terpaksa bekerja dengan perolehan gaji yang dikurangkan,” kataya semasa berucap di majlis perasmian Forum Pekerjaan Awam Antarabangsa (IPEF 2021) yang berlangsung secra maya hari ini.
Saravanan berkata sejak Mac tahun lepas kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi meringankan beban orang ramai dan memastikan sektor perniagaan terus beroperasi bagi mengelak pemberhentian kerja besar-besaran, termasuk dengan pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) Jun lepas.
Perkeso, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia ditugaskan untuk melaksanakan program-program PEMULIH seperti Program Subsidi Gaji 4.0, PenjanaKerjaya 3.0, KerjayaGig dan SIP Prihatin 2.0, yang disasar kepada majikan, pekerja, pencari kerja serta kerja sendiri.
Sementara itu portal kerja MyFutureJobs sehingga kini merekodkan sejumlah 1.29 juta kekosongan daripada 21 sektor dan sejumlah 564,830 pencari kerja aktif telah mendaftar dengan portal ini dengan 196,471 kejayaan pemadanan kerja direkodkan.
Saravanan berkata forum anjuran Perkeso hari ini perlu digunakan bagi mengukuhkan dan mewujudkan pasaran tenaga kerja yang kukuh dalam negara kerana ia merupakan salah satu komponen penting dalam ekonomi negara.
Forum dua hari IPEF 2021 yang bermula hari ini menampilkan lebih 50 penceramah ternama tempatan dan antarabangsa, dengan tiga acara berlangsung secara serentak – yakni dua simposium maya dan satu pameran mega pekerjaan – bagi membantu membina semula ekonomi dan pasaran kerja pasca COVID-19. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/lebih-40000-kes-hilang-kerja-setakat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih 300 Pemandu Teksi Limosin Ltapp Hilang Pendapatan Sejak Tahun Lepas

Lebih 300 Pemandu Teksi Limosin Ltapp Hilang Pendapatan Sejak Tahun Lepas

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 309 hits
Sekarang ini nak dapat seorang penumpang sebulan pun susah GEORGE TOWN Lebih 300 pemandu teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Bayan Lepas dekat sini hilang punca pendapatan sejak dua tahun lepas ekoran wabak COVID 19 ...
Covid 19 Sabah Johor Kekal Angka Lebih 2 000 Kes Baharu

Covid 19 Sabah Johor Kekal Angka Lebih 2 000 Kes Baharu

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 338 hits
AGENDA DAILY Data 3 September 2021 Tujuh negeri dan wilayah di seluruh negara merekodkan peningkatan jangkitan baharu Covid 19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi Negeri terbabit ialah Sabah Pulau Pinang Perak Kelantan Johor Ku...
Rakyat Australia Lebih Bimbang Hilang Kerja Dari Dijangkiti Covid 19

Rakyat Australia Lebih Bimbang Hilang Kerja Dari Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 235 hits
Kajian merumuskan rakyat Australia lebih takut berdepan masalah kesihatan mental dan impak kewangan akibat perintah berkurung berbanding penularan wabak Covid 19 CANBERRA Satu kajian terkini mendapati rakyat Australia lebih bimbang kehilang...
Selangor Tunjuk Perkembangan Positif Jangkitan Catat Penurunan Lebih 50 Kes Kronik Covid 19

Selangor Tunjuk Perkembangan Positif Jangkitan Catat Penurunan Lebih 50 Kes Kronik Covid 19

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 301 hits
Gambar hiasan SHAH ALAM Selangor mencatatkan penurunan kes covid kronik bagi tahap 3 hingga 5 sehingga melebihi 50 peratus sejak Jun lalu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata ini berdasarkan jumlah kes terkini hanya 80 k...
Pemilik Premis Cedera Barang Kemas Bernilai Lebih Rm200 000 Lesap

Pemilik Premis Cedera Barang Kemas Bernilai Lebih Rm200 000 Lesap

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 226 hits
Seorang pemilik sebuah kedai emas bukan sahaja kerugian lebih RM200 000 malah cedera di bahagian muka selepas premisnya disamun tiga lelaki di Simpang Tiga Batu 6 Gombak di sini petang semalam Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mo...
Kes Baharu Turun Bawah 19 000

Kes Baharu Turun Bawah 19 000

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 197 hits
AGENDA DAILY Data 1 September 2021 Jumlah jangkitan baharu Covid 19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun di bawah paras 19 000 namun kes di enam negeri menunjukkan peningkatan Ketua Pengarah Kesihatan Tan...
Covid 19 Berakhir Hanya Apabila Kes Harian Bawah 1 000 Kata Kit Siang

Covid 19 Berakhir Hanya Apabila Kes Harian Bawah 1 000 Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 378 hits
September 11 2021 Lim Kit Siang mengingatkan Khairy Jamaluddin bahawa vaksin sahaja tidak dapat menurunkan kadar kemasukan ke hospital dan kematian PETALING JAYA Negara hanya patut mengisytiharkan wabak Covid 19 telah berakhir apabila jumla...
Doktor Ramal Jangkitan Harian Covid 19 Sabah Cecah 6 000 Kes Pada Pertengahan September

Doktor Ramal Jangkitan Harian Covid 19 Sabah Cecah 6 000 Kes Pada Pertengahan September

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 402 hits
Seorang sukarelawan menyediakan dos vaksin Covid 19 semasa latihan vaksinasi bergerak dari rumah ke rumah Foto fail Bernama KOTA KINABALU Ketika Negeri sedang berjuang untuk mengendalikan virus Covid 19 dan beban lambakan pada sistem penjag...
Maqis Rampas Penyapu Buluh China Bernilai Lebih Rm65 000

Maqis Rampas Penyapu Buluh China Bernilai Lebih Rm65 000

papar berkaitan - pada 8/9/2021 - jumlah : 305 hits
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Pahang merampas 2 350 unit penyapu buluh dipercayai dari China KUANTAN Sejumlah 2 350 unit penyapu buluh dirampas oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia hasil pem...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity

Dia Hasut Untuk Bercerai Saya Tanggung Rugi Puluhan Ribu Pempengaruh Elcah Putus Kawan Dengan Syada Amzah

Solat Jumaat Tak Pernah Tinggal Gaji Sebulan Cecah Rm5k Pekerja Asing Akui Enggan Pulang Ke Bangladesh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sme Bank Xcess Buka Laluan Rm45 Juta Untuk Pks Malaysia

Trump Umum Kenaikan Tarif 100 Peratus Ke Atas Produk Farmaseutikal

Gun Drawn As Cops Nab Wanted Man In Tuaran

Ron95 Blanket Subsidy May Backfire

The Amazing Health Benefits Of Onions

Punca Guru Bersara Awal Yang Ramai Orang Tidak Tahu