Lebih 1 000 Hadir Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mejar Zahir



5 Sept ― Suasana pilu menyelubungi pekarangan Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, apabila jenazah Allahyarham Mej Mohd Zahir Armaya, tiba di masjid itu untuk penghormatan terakhir dan solat jenazah.

Lebih 1,000 hadirin termasuk anggota keluarga, kenalan rapat dan petugas media menunggu ketibaan jenazah pada 1.48 pagi itu untuk memberi penghormatan terakhir dan menyempurnakan solat jenazah Allahyarham Mohd Zahir.

Antara orang kenamaan yang hadir Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Ahmad Nawawi dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany, Setiausaha Sulit Kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, Kol (B) Nazim Mohd Alim dan ayah Allahyarham, A R Badul serta anggota keluarga yang lain.

Jenazah Allahyarham Mohd Zahir yang selesai disolatkan pada 2.43 pagi itu kemudiannya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh untuk dikebumikan selepas solat subuh.

Mohd Zahir, 36, merupakan pegawai komando daripada Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas meninggal dunia pada pukul 9.20 pagi semalam di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu selepas dipercayai tertembak ketika membuat aksi gimik dalam satu demonstrasi sempena penubuhan 5 Divisyen di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Allahyarham Mohd Zahir bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dan berasal dari Kuala Lumpur merupakan seorang bapa kepada lima anak berusia antara lima bulan hingga sembilan tahun.

Sementara itu, Nazim berkata beliau mewakili Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah untuk menyampaikan ucapan takziah Seri Paduka berdua kepada anggota keluarga Allahyarham Mohd Zahir.

“Saya juga menyampaikan sumbangan bagi pihak Seri Paduka Baginda berdua buat isteri Allahyarham, Nourshafinar Harun,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Kem Wardieburn, Jalan Genting Klang, Setapak, di sini.

Sementara itu, Nourshafinar berkata: “Saya rasa bertuah sangat hidup dengan dia (Mej Mohd Zahir Armaya) walaupun Allah pinjamkan dia sekejap sahaja”.

Ditemui pemberita di Masjid Kem Wardieburn di sini malam ini, Nourshafinar, 31, berkata beliau mengetahui suaminya meninggal dunia selepas menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai tentera dari Sabah.

“Cuma berita itu sahaja saya terima dan tidak tengok lagi apa-apa video mengenai kejadian itu.

“Kali terakhir saya jumpa Allahyarham ialah pada 26 Ogos lepas sebelum dia ke Sabah,” katanya yang kelihatan amat sedih lapor MMO

Sementara itu MyMetro melaporkan..

PENGEBUMIAN Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, 36, berlangsung dengan penuh istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Tambun di Ipoh, hari ini.

Hujan yang turun sejurus selepas ketibaan jenazah di kediaman ibu mentuanya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta, pada 5.45 pagi tadi tidak mengganggu kelancaran istiadat pengebumian.

Turut hadir menyambut ketibaan jenazah adalah Panglima 2 Briged, Brigadier Jeneral Malek Razak Sulaiman dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Solat jenazah dilaksanakan sekali lagi di rumah keluarga isteri arwah selepas solat subuh sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.

Terdahulu, jenazah Mejar Mohd Zahir dibawa dari Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur, 2.23 pagi selepas selesai solat jenazah di Masjid Al Fatih diimamkan Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan (TKPP) Brigadier Jeneral Datuk Mustafa Abdul Manap.

Jenazah tiba di tanah perkuburan ketika hujan sudah berhenti pada 7.45 pagi dan sebagai penghormatan terakhir Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melaksanakan istiadat mengiring dan mengusung jenazah oleh pegawai dan anggotanya.

Allahyarham Mohd Zahir turut diberikan tabik hormat oleh pegawai dan anggota ATM yang hadir sebelum jenazahnya diturunkan ke dalam liang lahad.

Bacaan talkin disempurnakan Pegawai Agama Markas 2 Briged, Leftenan Kolonel Titan Abdul Wahab.

Istiadat pengebumian yang berlangsung dalam suasana hiba itu dihadiri lebih 2,000 orang termasuk ahli keluarga, warga ATM dan penduduk setempat.

Selesai bacaan talkin bapa arwah yang juga pelakon AR Badul atau nama sebenarnya Armaya Aman Ramlie dan isteri arwah, Nour Shafinar Harun serta anak-anak menyiram air dan menabur bunga di pusara Allahyarham.

Nour Shafinar kemudian turut menerima Jalur Gemilang yang disampaikan Pegawai Memerintah Rejimen 11 Gerak Khas, Kolonel Zulkinine Mohd Yunus

Istiadat pengebumian selesai sepenuhnya pada 8.45 pagi.

Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, pegawai komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas (GGK) yang maut terkena tembakan ketika demonstrasi latihan di Kem Lok Kawi, Sabah.

Mejar Mohd Zahir Armaya terkena tembakan jarak dekat ketika melakukan aksi demonstrasi sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu pada 8.40 pagi, semalam.

Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi ketika rawatan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/09/lebih-1000-hadir-beri-penghormatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Show Yang Terakhir Ini Janji Mejar Zahir Kepada Ibunya Sebelum Pergi

Show Yang Terakhir Ini Janji Mejar Zahir Kepada Ibunya Sebelum Pergi

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 690 hits
MEREKA sepatutnya bertemu malam ini dan mengadakan jamuan keluarga di Kampung Indai Tuaran sebelum a rwah Mejar Mohd Zahir Armaya pulang ke Semenanjung Show yang terakhir Ini janji Mejar Zahir kepada Ibunya sebelum pergi
Punca Sebenar Kes Mejar Zahir Akhirnya Didedahkan

Punca Sebenar Kes Mejar Zahir Akhirnya Didedahkan

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 886 hits
KUALA LUMPUR Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang m aut terkena te3mbakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi Rabu lepas menjurus kepada faktor k3ecuaian Punca sebenar kes Mejar Zahir akhirnya didedahkan
Pilunya Inilah Coretan Ikhlas Sahabat Yang Tertemb4k Aruwah Mejar Zahir Buat Ramai Turut Bersedih

Pilunya Inilah Coretan Ikhlas Sahabat Yang Tertemb4k Aruwah Mejar Zahir Buat Ramai Turut Bersedih

papar berkaitan - pada 12/9/2019 - jumlah : 315 hits
Zahir ko bersedia ke buat keja giler ni dgn aku Ye tuan sy sanggup mat1 demi menaikkan nama GGK Ni la ayat last sblm aku tidur mlm td Ramai yg tk putus memberi semangat amp tk kurang juga yg mencac1 memak1 Menumpang pujian bila berjaya
Arwah Mejar Zahir Tinggalkan Pengganti 2 Hari Pemergiannya Isteri Baru Tahu Hamil

Arwah Mejar Zahir Tinggalkan Pengganti 2 Hari Pemergiannya Isteri Baru Tahu Hamil

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 939 hits
Takdir Allah mengatasi segalanya Selepas pemergian allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya pegawai komando dari Pasukan 11 Rejimen Gerak Khas yang meninggal selepas terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi Sabah ada berita gembira di ...
Lebih 17 000 Suspek Feto Dineutralkan Di Turki

Lebih 17 000 Suspek Feto Dineutralkan Di Turki

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 214 hits
Lebih 17 000 suspek Feto dineutralkan di Turki Dikemas kini 32 minit yang lalu Diterbitkan pada 30 Aug 2019 10 30PM
Insiiden Kem4tian Mejar Zahir Ada Faktor Kecuaiian Pihak Polis Buka Mulut Dan Ini Kenyataan Terkini

Insiiden Kem4tian Mejar Zahir Ada Faktor Kecuaiian Pihak Polis Buka Mulut Dan Ini Kenyataan Terkini

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 440 hits
SIASATAN terhadap insiiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang m4ut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi Rabu leInsiiden Kem4tian Mejar Zahir Ada Faktor Kecuaiian Pihak Polis Buka Mulut Dan Ini Kenyataan Terkini
Program Nak Ubah Hidup 2019 Bantu Lebih 10 000 Orang

Program Nak Ubah Hidup 2019 Bantu Lebih 10 000 Orang

papar berkaitan - pada 8/9/2019 - jumlah : 518 hits
PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 BANTU LEBIH 10 000 ORANGANJURAN RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHDSEMPENA MERDEKA 2019Baru baru ini AlongMurni berkesempatan untuk turut sama hadir dan memeriahkan Program Nak Ubah Hidup anjuran RichWorks Internatio...
Gaji Ceo Baru Sime Darby Property Berhad Lebih Dari Rm260 000 Soal Kadir Jasin

Gaji Ceo Baru Sime Darby Property Berhad Lebih Dari Rm260 000 Soal Kadir Jasin

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 545 hits
Berikut ada soalan yang dikemukakan oleh Kadir Jasin melalui FB beliau dan di bawah pula adalah komen dari Presiden Akar Ab Jalil Backer Makin parah kerajaan sekarang Hari ini Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri Datuk Abdul Kadir...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis