Lebam Kena Jilat Setan Eh Biar Betul
LEBAM KENA JILAT SETAN EH BIAR BETUL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Tubuh badan kita ni istimewa setiap satu dan setiap incinya. Belek satu persatu. Alhamdulillah. Diri kita ini pun salah satu bukti kekuasaan Allah swt tau. Menciptakan kita manusia yang sempurna. Izinkan kita lahir ke dunia ini. Menikmati banyak nikmat dari langit dan bumi. Daripada daratan dan lautan. MasyaAllah. Jadi kenapa kita mesti selalu terlupa nak bersyukurkan. Janganlah.
Jaga diri. Jaga semua. Tapi kadang dah jaga nak terjadi tetap terjadi. Begitulah hidup. Akan ada ujian. Syurga itu mahal. Sabar itu pahit tapi hujungnya nikmat yang manisnya luar biasa juga. Salah satunya, cedera. Pada tubuh badan kita. Jatuh la. Luka la. kalau dihitung-hitunglahkan darpada kita kecil sampailah usia sekarang, rasnya tak terhitung entah dah berapa kali kita cedera. Terluka dan sebagainya. Itu belum lagi yang lebam-lebam.
PC suka main dengan kawan-kawan. Gurau halus yang kadang terlajak kasar. Main lari-lari tu biasa. Lagi kalau cuti sekolah. Meriah laman rumah. Kawan-kawan datang. Fuh nikmat. Memang mantaplah. Dengan congkaknya. Batu serembannya. Main galah panjang. macam-macam lagi. Lagi ramai yang datang lagi macam-macam mainan ada. kalau atas bumbung rumah tu entah dan berapa banayk bulu tangkis tersangkut je. Lantak situ. Nanti kalau hujan, ada angin ribut pandailah bulu tnagkis tu terjun sendiri.
Bila main-main, hal yang tak dapat dielakkan lebamlah. Sana sini. Bukan PC je, kawan-kawan puan sama. jatuh la. Terpeleot la. Tersepak itu la. Ini la. Bila semua dah balik, waktu malam la baru rasa sakitnya kalau lebam. Tengah syok bermain-main mana nak rasa. Cakap dengan mama senang je jawapan mama, ''lebam kena jilat setan la tu, haaaa esok main-main lagi lari-lari, lompat-lompat''. Bisa je dengar. Tapi sambil bebel dituam juga dengan ais la, air suam la. Sapu minyak gamat la. Itulah kasih ibu.
Jujur, entah kenapa dan dimana kebenarannya, sehingga sekarang pun, sebahagian besar orang tua-tua mesti akan mengatakan jika tubuh ada lebam-lebam itu petanda kena jilat setan. Tak pun darah kita kena hisap dengan pelesit *serangga lebih kecil daripada belalang tapi rupa dan bentuknya seakan-akan belalang*. Pelesit ni PC tak tau la kalau ada nama lain tapi bunyinya dia memang nyaring.
Apa yang orang tua-tua cakap tu PC tak tolak terus pun sebab tentu mereka ada alasannya yang tersendiri. Kita dengar dan hormati. Tapi kalau dari segi kesihatan atau daripada sudut pandang dan pendapat perubatan, kesan lebam ni disebabkan salur darah yang halus dan kecil pecah sehinggalah timbul kesan lebam pada permukaan kulit. Biasanya kecederaan traumatik. Jatuh atau dipukul, kesan kena cubit, lebam selepas ambil ubat cairkan darah dan ada faktor-faktor lain juga.
Perlu ke jumpa doktor. Jawapannya perlu jika ianya berlarutan dan kesan yang dihadapi semakin teruk. Persoalannya adalah bila timbul lebam tanpa ada apa-apa hentakkan atau bebas daripada kecederaan traumatik. Nah, ini yang jadi tanda tanya. Jeng jeng jeng sangat.
Sebenarnya ada banayak sebab kesan lebam boleh terjadi dengan tiba-tiba, PC senaraikan sedikit dan ringkas di sini daripada bacaan dan rujukan PC di HelloDoktor, antaranya disebabkan gangguan pendarahan, kulit yang semakin menipis seiring usia disamping tisu yang menyokong saluran darah menjadi lebih rapuh, kekurangan asid askorbik atau scurvy, kekurangan zat besi dan beberapa sebab lainnya juga.
Kesimpulannya, lebam kena jilat setan tu betul atau tidak ya. Sekarang ada fakta daripada sudut pandang perubatan. Dalam masa yang sama kita tidak boleh juga tolak wujudnya hal-hal ghaib dan mistik. Terserah dengan pendapat masing-masing. Setiap orang ada hak untuk berpendapat dan berfikir juga.
SekianTinta Perdu Cinta ❤LEBAM KENA JILAT SETAN EH BIAR BETUL
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/01/lebam-kena-jilat-setan-eh-biar-betul.html