Lazada Wallet Malaysia Cara Daftar Aktifkan Semakan Baucar
LAZADA WALLET MALAYSIA:CARA DAFTAR,AKTIFKAN & SEMAKAN BAUCAR
Anda pernah menggunakan Lazada Wallet Malaysia?Bagaimanakah cara nak aktifkan Laza Wallet Malaysia?
APA ITU LAZADA WALLET?
Ia merupakan dompet elektronik bagi menyimpan wang secara dalam talian. Wang ini boleh digunakan bagi pembelian anda di aplikasi Lazada.
CARA DAFTAR AKAUN LAZADA
Berikut adalah langkah-langkah untuk daftar akaun Lazada:
Sila muat turun dan dapatkan aplikasi Lazada di telefon pintar anda.
Pilih pada pautan iOS atau Android & buka aplikasi Lazada
Sila klik kotak berlogo dompet yang terletak di sebelah kotak pencarian utama.
Anda perlu lengkapkan maklumat peribadi untuk tujuan pendaftaran dan pengesahan akaun.
Di paparan skrin anda terlihat butang Activate My Wallet.
Klik pada butang tersebut dan anda akan dibawa ke halaman seterusnya.
Masukkan nombor telefon bimbit anda di ruangan yang disediakan.
Setelah itu, klik pada butang Get Code bagi mendapatkan kod pengesahan melalui SMS.
Isikan kod yang diterima di ruangan tersedia dan tekan pada butang Verify Mobile Number untuk melengkapkan proses pengaktifan.
Kami sarankan ada untuk menyemak terma dan syarat sebelum anda meneruskan pengaktifan Lazada Wallet.
Setelah selesai proses di atas, anda akan dibawa ke halaman Balance Details di mana akaun anda siap untuk menggunakan servis Lazada Wallet.
Anda hanya perlu topup Lazada Wallet dan pilih kaedah pembayaran melalui Lazada Wallet sewaktu proses check out.
Makluman tambahan, baki Lazada Wallet anda tidak boleh dipindahkan ke mana-mana akaun kecuali terdapat isu pembatalan pesanan dari pihak penjual di Lazada.
Selepas aktifkan Lazada Wallet, dapatkan baucar diskaun
Kalau anda selalu beli barang di Lazada, jangan lupa untuk mengaktifkan Lazada Wallet. Ini kerana, bagi pembayaran melalui kaedah Lazada Wallet, anda mungkin layak untuk menerima baucar diskaun pembelian.
SEMAKAN BAUCAR PEMBELIAN LAZADA WALLET
Berikut ialah cara buat semakan baucar pembelian setelah cara aktifkan lazada wallet telah anda lakukan:
Di halaman utama, klik pada butang Account yang tertera di kanan paparan skrin di bahagian bawah.
Seterusnya, scroll ke bahagian Lazada Wallet dan tekan butang Vouchers yang terletak di sebelah kanan paparan skrin.
Baucar pembelian yang layak anda gunakan akan tertera di halaman ini.
Klik pada butang Use Now untuk menebus baucar yang diterima.
Nak daftar TOUCH ‘n GO EWALLET?
MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN
Jika ada masalah semasa proses pengaktifan anda gagal, pihak Lazada akan sedia membantu. Sila hubungi pihak Lazada di sini dan bercakap dengan khidmat pelanggan Lazada menerusi live chat pada:
09:00 AM – 09:00 PM (Isnin hingga Ahad)
09:00 AM – 06:00 PM (Cuti Umum)
The post LAZADA WALLET MALAYSIA:CARA DAFTAR,AKTIFKAN & SEMAKAN BAUCAR appeared first on KekandaMemey.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kekandamemey.com/lazada-wallet-malaysia.html