Layanan Isteri Orang Di Pejabat Memang Tip Top Tak Sama Macam Isteri Di Rumah



Zaman sekarang macam sudah jadi satu trend terbaru apabila suami dan isteri orang mempunyai hubungan sulit yang dapat kita dilihat di dada akhbar dan media sosial. Perkara ini menjadi lebih panas apabila hubungan terlarang itu dibina di bawah naungan syarikat yang sama dan sering bersama ke sana ke mari atas urusan kerja kononnya

Seperti tiada rasa perasaan bersalah terhadap keluarga terutama pada suami atau isteri, mereka semakin ligat mempertahankan skandal mereka itu dengan mengisi masa lapang mereka untuk bersama-sama di samping melempiaskan nafsu serakah apabila sering berjauhan

Hal ini sungguh memalukan satu keturunan apabila hubungan sulit mereka ini diketahui ahli keluarga. Walau bagaimanapun, benarlah kata orang kerana nafsu badan binasa

Hubungan sulit dengan rakan sekerja bukan perkara baru.Di sini kami ingin kongsikan satu Kisah Rumah Tangga yang mungkin dapat memberikan pengajaran kepada semua orang di luar sana. Kisah benar ini diceritakan oleh seorang lelaki yang telah mengaku tewas dengan godaan syaitan sehingga menyebabkan dia telah terlanjur banyak kali bersama pasangannya itu iaitu isteri orang
 Saya gunakan akaun Facebook sementara semata-mata ingin meminta pendapat daripada semua selain untuk berikan pengajaran dan meluahkan perasaan yang terbuku di hati

Saya tidak tahu mengapa saya sering diduga dengan seorang perempuan dan selalunya perempuan itu adalah isteri orang. Apalah nasib saya, memang sesuatu yang gila

Kisah ini bermula ketika saya yang masih bujang ini berkerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Saya mula kenal dengan seorang rakan sepejabat dan mulanya saya memanggil beliau sebagai seorang kakak kerana dia agak lebih berusia daripada saya. Lama kelamaan apabila semakin rapat panggilan kakak semakin hilang

Kerana kami berkerja satu pejabat, kami menjadi semakin rapat dan sering keluar lunch bersama, malahan gurauan kami sehingga menjadi tiada had. Dari situlah kami mula bermesej secara rahsia hampir setiap malam dan dia sangat pandai menyorok perkara ini dari pengetahuan suaminya

Apabila terlalu rapat, hubungan itu akan terus berlarutan.Sehinggalah sampai ke satu tahap kami sanggup berjumpa di tangga pejabat demi untuk melepaskan kerinduan walaupun tidak bersetubuh. Agak lama kami mempunyai hubungan seperti itu dan akhirnya terputus disebabkan saya dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke cawangan lain. Terlalu jauh untuk kami berjumpa dan Alhamdulillah, saya juga sudah lupakan dia

Setelah bertahun lamanya berlalu, kini saya sudah menjadi seorang suami dan turut mempunyai dua anak. Isteri saya seorang yang sangat baik dan tidak pernah buat hal malah saya sangat menyayangi dia dan dia sayang saya seadanya saya. Ya, saya pun sayangkan dia dan anak-anak. Kami sangat bahagia walaupun tidak sekaya mana

Tetapi, dugaan demi dugaan datang yang terus menguji saya dan media sosial adalah pencetus segala-galanya. Semuanya bermula dengan Whatsapp group, Facebook, WeChat dan bermacam group lagi yang ada dicampur dengan rakan sekolah dan kawan-kawan lama sehingga mereka semua dapat ditemui semula

Sememangnya betul dari group Whatsapp sekolah saya, saya kini merindui dia dan dia yang saya maksudkan itu adalah A. A adalah isteri orang, mempunyai dua anak dan berkerja sebagai seorang penjawat awam. Dulu ketika masih bersekolah kami adalah sebagai kawan sahaja bukan pernah bercinta, tetapi nak dijadikan cerita selepas bertukar mesej kami boleh jadi jatuh hati antara satu sama lain

Cinta itu tak kenal siapa? Semuanya bermula apabila si A mempunyai urusan dan kursus di luar kawasan. Kami mula berhubung sampai lewat malam yang kononnya nak temankan dia sebab dia keseorangan di sana. Dan saya pulak ketika itu tiada sesiapa di rumah dan isteri serta anak-anak balik kampung atas urusan keluarga

Jadi, waktu ini sangat membosankan dan kami bersembang, berkongsi cerita apa saja sehingga membabitkan masalah suaminya. Al-maklumlah sudah lama tak berjumpa, jadi bermacam cerita yang kami kongsikan sehinggalah termasuk bab romantik dan berakhir dengan bab atas katil

Walau bagaimanapun, pada mulanya agak takut untuk berlebih-lebih memandangkan dia isteri orang tapi lama-kelamaan kami menjadi rindu dan hilang perasaan takut. kebetulan pada bulan akan datang nanti dia akan menjalani kursus di kawasan saya. Jadi, kami plan untuk berjumpa sehinggalah tibanya hari yang dinantikan itu kami menginap di hotel

Inilah peluang yang kami nantikan dan selama dua hari kami tidur di hotel. Layanan yang diberikan memang sangat terbaik dan mungkin kerana haram, maka ianya menjadi sangat seronok dan terbaik. Apakan daya, kerana nafsu syaitan saya akhirnya tewas. Kepada isteriku yang disayangi, maafkan aku

Sehingga kini hampir dua bulan saya dan A tidak lagi berhubungan selepas ada pergaduhan kecil antara kami. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kami yang haram ini

Saya jalani kehidupan saya seperti biasa sebagai seorang suami dan bapa. Setiap pagi pergi kerja dan pada petangnya balik bermain dengan anak-anak. Tapi, kadang-kadang sampai satu masa itu saya sangat rindu pada dia, rindu sangat-sangat, kenapa sampai terjadi seperti ini

Sebenarnya masih lagi banyak cerita bercinta dengan isteri orang ini, bukannya saya ingin menipu atau memuji diri saya hebat tetapi perempuan sangat lemah. Jadi, saya ambil cerita yang ‘extreme’ saja sebagai panduan untuk bercerita pada anda semua. Memang betul, zaman sekarang sangat mudah untuk dapatkan isteri orang, baik di media sosial atau di mana-mana lebih-lebih lagi rakan sepejabat, mudah

Saya mohon kakak-kakak, adik-adik atau makcik-makcik bawang, jangan komen pedas-pedas sangat. Tak kena pada batang hidung korang lagi, saya tak minta semua ini berlaku

Ya, sekarang saya sedang cuba untuk buang tabiat buruk ini tapi bila buka saja Facebook, ramai awek-awek dan isteri-isteri orang yang cantik-cantik. Saya seorang lelaki yang lemah, macamana nak buat ye? Tolonglah, saya tak sanggup lagi

Suami Jahil
Semoga perkongsian kisah suami orang ini menjadi teladan dan pengajaran kepada mereka yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Mungkin dengan cerita ini, anda boleh terus berhati-hati agar situasi yang sama tidak akan berlaku kepada diri anda dan pasangan

 
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://u-ohgosip.blogspot.com/2021/06/layanan-isteri-orang-di-pejabat-memang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Awak Malang Dapat Suami Macam Saya Isteri Menangis Suami Dihina Lembut

Video Awak Malang Dapat Suami Macam Saya Isteri Menangis Suami Dihina Lembut

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 320 hits
Ada segelintir masyarakat masih mempunyai pandangan sini terhadap lelaki yang berperwatakan lembut Malah ada yang melabel golongan ini dengan perkataan tidak elok seperti pondan atau mak nyah Tidak semua lelaki lembut mempunyai naluri suka ...
Tumpu Pada Rumah Tangga Sendiri 22 Tahun Usia Perkahwinan Wanita Ini Kongsi Tip Berguna

Tumpu Pada Rumah Tangga Sendiri 22 Tahun Usia Perkahwinan Wanita Ini Kongsi Tip Berguna

papar berkaitan - pada 21/5/2021 - jumlah : 322 hits
Bertanggungjawab bertolak ansur saling mempercayai jujur dan amanah antara kunci kebahagiaan sesebuah organisasi kekeluargaan terutama bagi pasangan suami isteri Apabila terlafaznya akad nikah disaat itu jugalah tanggungjawab dan amanah per...
Insiden Kereta Meletup Isteri Mangsa Dakwa Mereka Bakal Berpindah Ke Rumah Baharu

Insiden Kereta Meletup Isteri Mangsa Dakwa Mereka Bakal Berpindah Ke Rumah Baharu

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 390 hits
KOTA BAHRU Sebaik tahu kejadian ini tular anak kedua saya datang ke lokasi kejadian melihat sendiri keadaan berlaku kerana kami dikhabarkan kereta Proton Iswara Aeroback yang terbabit dan risau ia milik suami kata Faridah Hussin 49 Dia adal...
Suami Isteri Ditahan Kerana Eksploitasi Anak Yatim Untuk Buat Kerja Rumah

Suami Isteri Ditahan Kerana Eksploitasi Anak Yatim Untuk Buat Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 239 hits
Padah mengekspolitasi anak anak yatim sepasang suami isteri ditahan dalam serbuan di Taman Bukit Seputeh Kuala Lumpur semalam Polis juga turut menyelamatkan kanak kanak dan remaja yang menjadi mangsa eksploitasi tenaga buruh pasangan terseb...
Tip Ajar Anak Membaca Dari Rumah

Tip Ajar Anak Membaca Dari Rumah

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 319 hits
Assalamualaikum Happy holiday korang Untuk ibu ibu yang suri rumah tu tak de holiday kan it ok 6 tahun mommylin jadi suri rumah Dah biasa dah tak de holiday Sebab hari hari kita adalah holiday untuk kita Jangan stress Bak kata ustazah Asma ...
Maling Ditangkap Setelah Tiga Kali Beraksi Di Rumah Yang Sama

Maling Ditangkap Setelah Tiga Kali Beraksi Di Rumah Yang Sama

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 300 hits
Merasa aksinya selama ini aman aman saja BI kembali beraksi mencuri di rumah yang sama pada Rabu sekitar pukul 04 30 Wita
Korupsi Bantuan Rehabilitasi Rumah 2 Eks Pejabat Aceh Singkil Dihukum 2 Tahun Bui

Korupsi Bantuan Rehabilitasi Rumah 2 Eks Pejabat Aceh Singkil Dihukum 2 Tahun Bui

papar berkaitan - pada 7/6/2021 - jumlah : 200 hits
Majelis hakim Pengadilan Tipikor Banda Aceh menyatakan 3 mantan pejabat Dinas Sosial Tenaga Kerja dan Transmigrasi Aceh Singkil bersalah melakukan tindak pidana korupsi dana bantuan rehabilitasi rumah tidak layak huni Dua di antaranya dihuk...
Jangan Lupa Sibuk Macam Mana Pun Jom Sama Sama Kita Berdoa Jauhkan Dengan Covid19

Jangan Lupa Sibuk Macam Mana Pun Jom Sama Sama Kita Berdoa Jauhkan Dengan Covid19

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 270 hits
Wabak penyakit yang melanda negara telah memberi seribu satu hikmah buat seluruh Umat Islam di Malaysia
Titik Dua Memang Trademark Dia Ibu Neelofa Nafi H1na Agong Warganet Siasat Cara Menaip Mesej Sama

Titik Dua Memang Trademark Dia Ibu Neelofa Nafi H1na Agong Warganet Siasat Cara Menaip Mesej Sama

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 260 hits
Yup memang aku pon tergolong dalam sp3sis dua titik selepas ayat memang ni akan jadi habit out of control kalau taip posting wasap mesej hahahaha Kemudahan dan kemahiran ICT telah membolehkan anggota masyarakat berkomunikasi tanpa sempadan ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar

Belum Ambil Spm Pelajar Melayu Cemerlang Di Sjkc Sudah Dirisik Universiti