Tip Ajar Anak Membaca Dari Rumah


Assalamualaikum... Happy holiday korang.... Untuk ibu-ibu yang suri rumah tu, tak de holiday kan... it ok. 6 tahun mommylin jadi suri rumah. Dah biasa dah tak de holiday. Sebab hari-hari kita adalah holiday untuk kita. Jangan stress! Bak kata ustazah Asma Harun, cari bahagia cara kita. Kalau mengemas rumah tu buat kita bahagia, terus kan. Kalau makan itu buat kita bahagia, makan lah. Jangan di layan masalah, dugaan yang datang. Amik masalah tu, letak tepi.. dan teruskan kehidupan kita. Allah dah atur. Selagi mana kita berusaha, tetapi terjadi juga anggap Allah nak bagi pahala sabar, nak bagi ganjaran. Bila nak dapat sesuatu, mesti lah kena korbankan sesuatu betul?




Panjang pula mukadimah mommy pagi ni... uhuhu. Anyway pagi ni, mommylin nak share, antara tip untuk anak-anak belajar membaca dari rumah. Yelah, sekarang kan PKP. Sekolah kejap tutup semula. Anak pun tak dapat nak fokus belajar. Baru semangat sikit dah kena tutup sekolah. 
Jadi, takkan kita nak biarkan je? Mesti lah kena ada effort untuk bantu anak-anak supaya mereka tak ketinggalan. Cara dia senang je. Yang susahnya adalah istiqomah. Betul tauuu... Korang tak caya, try lah. Kalau hantar anak g tuisyen, tapi tak istiqomah. Ada bulan skip, ada bulan hantar, agak2 anak tu leh pandai ke? Kat rumah pula tak boleh berlajar sebab ada adik-adik mengacau. Sebab tu mommy kata, istiqomah itu susah. 
Ni antara tip dan ilmu yang mommylin dapat dalam team MOMMY HAPPY. Korang boleh lah cuba ye... 


NIAT
Benda pertama yang kita kena buat adalah NIAT. Niat kerana Allah. Nak ajar anak membaca, agar dia boleh menajadi insan yang berguna, dapat belajar dengan baik. Jangan lah niat nak anak pandai membaca supaya dia jadi murid paling pandai atau bijak berbanding rakan kelasnya... Itu salah. Letakkan niat yang baik-baik. 

RUANG
Benda ni, ramai amik remeh. Sebab apa, orang mesti ingat, belajar kat mana-mana pun boleh. Iye betul tu. Tapi, kita kena faham... anak umur seawal 4 tahun ni, kita bermain dengan MOOD mereka. Kalau kita ajar dia membaca sambil tengok TV, agak-agak dia ikut membaca tau tengok TV? 
Sekurang-kurangnya kalau tak ada bilik khas untuk anak-anak belajar, kita boleh sediakan ruang khas. Kalau rumah kecil, kita boleh set up ruang dalam rumah sebelum ajar membaca tu, boleh lah kosongkan meja, sediakan kerusi selesa dan bahan-bahan membaca keliling dia. TV off dan tak ada gangguan. 
MASA 
Masa yang diambil untuk belajar membaca tak boleh lama. Lagi-lagi pada anak yang baru nak belajar membaca. Kalau lama, mereka akan bosan rasa di paksa dan akan benci nak belajar.  Amik masa 15 minit sehari dan tingkatkan masa belajar mengikut progres. 
Semakin lancar anak membaca, boleh lah kita tingkatkan masa lebih dia belajar membaca. Bila anak lancar membaca mereka akan lebih seronok. Bila mereka dah seronok membaca, belajar lama pun tak jadi masalah. 
BAHAN BACAAN YANG MENARIK 
Mungkin ada yang tak amik berat tentang bahan apa yang digunakan  untuk mengajar anak. Asal buku, asal ada ABC,  sama sahaja. Yelah tu, betul... asasnya untuk kita belajar ABC dan membaca. Tapi, kalau bahan yang kita guna tu menarik, lain dari yang lain, anak lebih seronok. Bila anak seronok, mood mereka pun elok. Lebih fokus, lebih semangat. Itu lebih mudah nak mengajar. 
Antara bahan yang mudah dan menarik untuk mengajar anak membaca FLIP KAD WOW
Flip kad ni, bersize besar, boleh pakai untuk masa yang lama. Sebab ianya tahan lasak dan tidak mudah koyak seperti buku biasa. 

Bentuk yang menarik seperti kelenda meja. Boleh di pamerkan di bilik dan setiap kali anak tengok, pasti mereka akan ingat. Menarik kan

Selain itu, flip kad wow juga boleh di jadikan aktiviti bersama anak, boleh tulis atas kertas kad itu atau gunakan tanah liat untuk membentuk huruf, sambil membunyikan huruf itu. Itu lebih berkesan dari kita tegas kan mereka dengan buku. Betul






Selain dari FLIP KAD WOW ni, ada juga FLIP FLAP yang rupanya seakan sama, cuma bersaiz kecil sedikit.  Lebih simple, dan boleh di tulis berulang kali di atas kad tersebut. Tulis dan padam. Selain itu, FLIP FLAP juga ada sticker untuk anak-anak beraktiviti dengan kad ni. 



POSTER BACALAH ANAKKU ni pun tak kurang  hebat menariknya. Poster yang bersaiz A3 yang boleh dilekatkan di dinding tempat belajar anak tau sebelah katil mereka. 
Dan kita boleh mengajar terus ke dinding, tunjukan mereka huruf dan bunyikan bersama. Ada jenis anak yang suka bilik mereka penuh dengan pelbagai info. Sebab tu, mereka lebih tertarik untuk menconteng dinding berbanding menconteng buku


Untuk bahan belajar yang lebih santai, ibu-ibu boleh juga mencuba SMART WHEEL. Berbentuk bulat. dan boleh berputar macam roda. Menarik kan?Itu yang buat anak-anak lebih teruja. Selain itu, saiz yang kecil memboleh kan anak-anak membawa smart wheel ini kemana sahaja. Dalam kereta, rumah pengasuh atau taska. 




REWARD
Tip yang akhir adalah reward atau anugerah untuk anak atas pencapaian mereka. Kita sebagai ibu bapa kan suka belikan anak dengan pelbagai hadiah, baju, mainan... Dari kita beli dan beri tanpa alasan, lebih baik gunakan alasan reward untuk mereka lebih semangat belajar. Tapi ingat ye, jangan umpan awal-awal. Tak nak lah mereka belajar semata-mata untuk dapatkan hadiah yang di hajati. 
Simplekan sebenarnya nak ajar anak-anak membaca kat rumah. Tip asas ni, kalau kita gunakan insyasallah dapat membantu lagi ibu-ibu mengajar anak diri. Selamat mencuba ye... 

LotOfLove,Mommylin

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mommylin.com/2021/05/tip-ajar-anak-membaca-dari-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Balik Rumah Pun Tak Boleh Kami Juga Ada Anak Keluarga Doktor Merayu Supaya Masyarakat Buat Self Lockdown

Nak Balik Rumah Pun Tak Boleh Kami Juga Ada Anak Keluarga Doktor Merayu Supaya Masyarakat Buat Self Lockdown

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 276 hits
Disaat angka mangsa Covid 19 meningkat 7 ribu lebih hari ini adanya golongan yang tidak berputus asa memberikan tenaga untuk membantu mangsa mangsa ini Mereka adalah barisan hadapan negara yang banyak bekorban demi kesejahteraan rakyat Buka...
Buat Kejutan Pesan Stok Aiskrim Ke Rumah Ini Cara Nak Order Melompat Anak Bila Abang Lori Sampai

Buat Kejutan Pesan Stok Aiskrim Ke Rumah Ini Cara Nak Order Melompat Anak Bila Abang Lori Sampai

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 499 hits
Kalau sebut sahaja aiskrim anak anak pastinya orang yang paling gembira Melompat lompat kerana terlalu teruja Cuba anda bayangkan kalau lori aiskrim singgah ke rumah sambil menghantar aiskrim yang dipesan Jawabnya menjeritlah anak anak depa...
Situasi Kerja Dari Rumah Bapa Dignggu Anak Masa Meeting Online Ini Bikin Terhibur

Situasi Kerja Dari Rumah Bapa Dignggu Anak Masa Meeting Online Ini Bikin Terhibur

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 262 hits
Bermula Isnin rakyat Malaysia sekali lagi perlu menjalani lockdown selepas angka positif Covid 19 harian meningkat secara mendadak Bagi mengelakkan dari virus ini terus menular keputusan ini perlu diambil untuk menjaga kesihatan dan keselam...
Azmin Anak Beranak Duduk Disebuah Rumah

Azmin Anak Beranak Duduk Disebuah Rumah

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 329 hits
MOHD IZWANAZMIN ALI tinggal sebumbung dengan anak menantu cucu dalam kediaman rasmi Menteri di Presint 10 Putrajaya Kompem syok weh satu rumah aircond kot Nyaman banget Err kediaman rasmi nie bil elektrik siapa bayar ye Menteri bayar atau b...
Mengajarkan Anak Menjaga Jarak Saat Di Luar Rumah

Mengajarkan Anak Menjaga Jarak Saat Di Luar Rumah

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 236 hits
Karena kasihan anak sudah boleh bertemu tetapi tidak boleh dekat untuk anak pra sekolah itu susah sekali ujarnya Hal semacam ini malah dikhawatirkan membuat anak menjadi stres
Surirumah Hidupnya Hanya Ada Suami Anak Dan Rumah Usah Pertikaikan Kerjaya Hebatnya

Surirumah Hidupnya Hanya Ada Suami Anak Dan Rumah Usah Pertikaikan Kerjaya Hebatnya

papar berkaitan - pada 22/5/2021 - jumlah : 257 hits
Orang fikir kerjaya surirumah adalah paling senang dan tak perlu nak fikir apa apa masalah yang melibatkan dunia luar Dia hanya ada suami anak dan rumah yang menjadi keutamaannya sampai bila bila Namun berapa ramai yang tahu kerjaya surirum...
Hampir 12 Tengah Malam Bapa Tertidur Tak Sedar Anak 3 Tahun Setahun Keluar Rumah

Hampir 12 Tengah Malam Bapa Tertidur Tak Sedar Anak 3 Tahun Setahun Keluar Rumah

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 380 hits
Seorang bapa mengakui disebabkan kecuaiannya tidur terlalu lena menjadi punca dua anak perempuannya berusia satu dan tiga tahun berkeliaran tanpa pengawasan di sekitar Kampung Melayu Kulai di Kulai Johor pada Jumaat Ketua Polis Daerah Kulai...
Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

Untuk Elak Fitnah Lebih Baik Jangan Lantik Anak Sendiri Jadi Pengerusi

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 511 hits
HAMZAH RIE NADS Anwar pernah meminta bapanya memulangkan kembali pemberian tanah beribu ekar di Sabah kerana tidak mahu pemberian tanah tersebut kerana beliau ketika itu berjawatan Timbalan Perdana Menteri Anwar tidak mahu amalan kronisme m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba