Layan Drishyam 2 Di Tgv Jaya


 Sabtu lepas layan Drishyam 2 kat panggung weiii..1st time tengok cerita hindustan kat panggung wayang. Sanggup tau. Dari haritu k.fiezz nampak Drishyam 2 versi hindi ni dah ada kat wayang tapi pukul 8mlm saja. Alamakkk..Malam-malam ni failed sikit sebab balik rumah, nak parking penuh. Kebetulan minggu lepas, kitaorang ke KWC. Balik dari KWC, adik ipar k.fiezz cakap bosan balik rumah sebab dia duk rumah seorang. Mr hubby tanya nak ke mana?Try tengok wayang ada tak cerita best. Adik ipar k.fiezz check ada cerita Drishyam 2 ni. Pukul 6ptg & 8mlm. Mr hubby tanya k.fiezz, okey ke?K.fiezz onzz je. Parking tak ada masalah sebab kereta adik ipar ada parking kat rumah kitaorang. So balik rumah, adik ipar keluar dari parking, kitaorang take over parking tu pula..Jadi parking setel. 
Ambil adik k.fiezz & lepas tu terus laju-laju ke Jaya Mall di PJ. Plan nak masuk wayang yang pukul 6ptg, masa lepas ambil adik k.fiezz dah pukul 5.45 lebih kurang. Jarak dari rumah kitaorang nak situ tak jauh sangat. Lagi satu pilih kat situ tak ramai orang.  Sampai je, adik ipar k.fiezz terus laju menuju ke TGV tingkat 5. K.fiezz & mr hubby naik lif..haha. Dasar pemalas memang gitu..
BERJAYA BELI TIKET DRISHYAM 2Adik ipar dapat beli tiket Drishyam 2 ngam-ngam pukul 6tg. Lepas beli tiket, tanya kat staff  TGV, dah start ke cerita ni. Biasa tayang iklan dekat 10-15minit sebelum start cerita. Staff  TGV cakap belum start lagi tapi hall dah boleh masuk. So sempat kitaorang beli makanan/minuman kat kaunter makanan sebelum masuk. Masuk tandas siap-siap sekali. haha. Setel beli makanan/minuman, terus masuk ke hall 6.    
Masa kitaorang masuk, memang cerita tak start lagi. Legaaa..So boleh duduk dalam keadaan selesa & rileks. Tak kelam kabut sebab cerita belum mula pun lagi. 
10 minit lebih kurang, baru cerita start. Jeng Jeng Jeng..
Cerita ni nak faham kena tengok yang dari Drishyam 1 tau. 
SINOPSIS DRISHYAM 2Keluarga Vijay Salgaonkar kembali. Sambungan dari Drishyam 2, Vijay & keluarganya muncul kembali tapi kali ni pihak polis membuka semula kes sebab penemuan mayat yang disembunyikan dan kali ni ada saksi yang ternampak Vijay ketika dia cuba menyembunyikan mayat tersebut beberapa tahun lepas. 
Vijay dah boleh agak, kes ni akan dibuka semula & mayat yang disembunyikan selama ni akan dijumpai juga. Jadi apa tindakan Vijay kali ni?Tambahan pula ada pegawai polis senior yang ambil alih kes ni dan unsur kejutan yang tak disangka..
Sumber Gambar - Mr Google

REVIEW DRISHYAM 2Serius lagi best Drishyam 2 ni dari Wakanda Forever yang k.fiezz & family tengok beberapa minggu lepas. Berbalik pada cerita Drishyam 2 ni, jalan cerita yang simple & tak ada aksi-aksi lawan pun. Kes dia menyiasat saja dah cukup menarik. Setiap scene nak tahu apa tindakan Vijay untuk tutup kes pembunuhan yang dilakukan secara tak sengaja oleh anak pertama dan isteri dia (Vijay cover part ni) dan macamana pihak polis sanggup buat apa saja demi mencari bukti untuk mengheret Vijay ke muka pengadilan. Setiap tindakan Vijay buat, dia tak pernah kongsi dengan ahli keluarga dia walaupun isteri dia sendiri. Memang elok pun sebab geram tengok bini dengan anak-anak Vijay ni, bila pihak polis macam dah start menyiasat, memang obvious giler muka takut. Tak pandai cover langsung. Tapi dengan jiran dia, bukan main laju bini dia bercerita. Sabor je lah.. Nasib Vijay ni rileks je sampai lah diaorang sekeluarga ditangkap sekali lagi selepas penemuan mayat yang disembunyikan oleh Vijay selama ni dijumpai oleh pihak polis. Masa ni, isteri & anak-anak dia dipukul oleh pihak polis untuk mengaku. Geram je tengok part ni. Nampak benor polis guna kuasa veto.

Untuk menyelamatkan keluarga dia dari diseksa lagi sekali oleh polis, Vijay terpaksa mengaku, dia yang buat pembunuhan tersebut dan cara dia menyembunyikan mayat. Vijay diheret ke mahkamah berdasarkan pengakuan yang telah dibuat

Tapi takkan Vijay nak mengalah macamtu je kan. K.fiezz suspens tengok part ni. Eh sekali dia twist. Vijay memang ready nak kena tangkap tapi dia dah sediakan langkah persediaan lagi awal dari pihak polis. Sebelum polis jumpa mayat tersebut, dia dah tahu lambat laun mesti akan terbongkar juga. Jadi dia dah bersedia lagi awal dari pihak polis. Bagus giler si Vijay ni. Dia berjaya dibebaskan bila peguam membuktikan pengakuan yang dibuat oleh Vijay berdasarkan novel. haha. Novel ni pun Vijay punya rancangan tapi dah diterbitkan awal dalam tahun 2016. Kes pembunuhan berlaku tahun 2014 & Vijay ditangkap tahun 2022. Jadi pihak polis dipersalahkan sebab buat kes berdasarkan jalan cerita dari novel. Walaupun jalan ceritanya betul tapi nama penulis pada novel tu orang lain, bukan Vijay jadi tak boleh kaitkan dengan dia. Dia laburkan duit je. haha. Bijak tak bijak..Vijay juga telah memohon pada mahkamah, kes tu digugurkan selamanya. haha. Tambahan pula rangka yang dijumpai bukan milik anak polis tersebut. Polis kalah lagi sekali...tapi kali ni Vijay bagi semula abu & sisa tulang anak polis yang dibunuh tu pada mak ayah dia semula. Eh tadi kata rangka yang jumpa bukan milik anak polis tu?haha..Kena tengok lah baru tahu macamana cara si Vijay ni buat..

Pada asalnya anak polis ni yang salah pun sebab kacau anak perempuan Vijay. Itu yang Vijay mempertahankan anak dia. Lagipun padan lah muka pun dengan mak dia yang polis tu, manjakan anak sangat sampai anak tu liar & buat benda tak senonoh..Mak dia pun berlagak giler & guna kuasa masa nak cari mayat anak dia dalam Drishyam 1..Yang 2 ni pun sama, tetap diva guna kuasa walaupun dah kena gantung tugas. Menyampah tengok..

Overall jalan cerita Drishyam 2 ni menarik untuk k.fiezz yea. Tak tahu lah kat orang lain. Sat gi sis cakap best giler, orang pi tengok, kang orang tu komen kat sini 'eleh besa je..tak lah best sangat..jalan cerita lemah, tak logik & bla bla bla'.. Hah..na mo yea. Ni pada sudut pandangan sis je. Orang lain tak pasti. Macam mr hubby, dia cakap jalan cerita Drishyam 2 ni best tapi lagi best yang no.1. See lain orang lain pendapat dia. Jadi pi lah tengok sendiri yea..Kalau rasa tak menarik ke apa, pi tulis kat blog atau sosial media sendiri. Jangan komen kat sini..hehe..Sis nak komen yang positif & sependapat je..haha.

Rating - K.fiezz bagi 5/5..

SELAMAT MENONTON...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/11/Layan-Drishyam-2-Di-TGV-Jaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelana Jaya Lrt Service Disrupted After Emergency System Got Activated

Kelana Jaya Lrt Service Disrupted After Emergency System Got Activated

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 141 hits
The Kelana Jaya Light Rail Transit line was disrupted this afternoon after the Passenger Intruder Emergency System was suddenly activated due to a suspected lightning strike at the Kerinchi station In a statement today Rapid Rail Sdn Bhd th...
Dr Mahathir Ucap Tahniah Dan Selamat Maju Jaya Pada Anwar

Dr Mahathir Ucap Tahniah Dan Selamat Maju Jaya Pada Anwar

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 277 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada pelantikan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ke 10 Dalam ciapannya di Twitter bekas bekas pengerusi Pakatan Harapan itu menyatakan selamat m...
Street Smoothie Subang Jaya Minuman Smoothie Sedap Dan Segar Kedai Pun Menarik

Street Smoothie Subang Jaya Minuman Smoothie Sedap Dan Segar Kedai Pun Menarik

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 202 hits
hai assalammualaikumStreet Smoothie Subang Jaya Minuman Smoothie Sedap dan Segar Kedai Pun Menarik Siapa sini suka minum air smoothie ice blended dan milkshake Mestila ramai suka kan Macam nad kurang minum air kopi tapi suka sangat minum ai...
Perkhidmatan Lrt Kelana Jaya Kembali Pulih

Perkhidmatan Lrt Kelana Jaya Kembali Pulih

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 137 hits
Perkhidmatan LRT Kelana Jaya kembali pulih Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 30 Nov 2022 12 03AM
Tedboy Menyambut Sedekad Ulang Tahun Dengan Meriah Di The School Jaya One

Tedboy Menyambut Sedekad Ulang Tahun Dengan Meriah Di The School Jaya One

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 198 hits
TEDBOY kedai roti dan kafe yang terkenal di Malaysia sedang meraikan Ulang Tahunnya yang ke 10 A Decade of Brand Promise tahun ini Ditubuhkan pada 2012 TEDBOY telah berkembang menjadi salah satu kedai roti paling popular di Malaysia TEDBOY ...
Rasanya Dia Sokong Brazil Awek Balik Kampung Pemuda Bawa Arnab Lepak Mamak Layan Piala Dunia Sopan Sebab Diupah Jambu

Rasanya Dia Sokong Brazil Awek Balik Kampung Pemuda Bawa Arnab Lepak Mamak Layan Piala Dunia Sopan Sebab Diupah Jambu

papar berkaitan - pada 1/12/2022 - jumlah : 270 hits
Teman wanita tak ada arnab kesayangan diajak teman tengok Piala Dunia 2022 Dalam video tular yang dikongsi di akaun TikTok zackzarif73 kelihatan haiwan itu sedang mengunyah dan mengusap muka di atas meja makan Restoran Hakim Jalan Kristal S...
Cara Mudah Tak Perlu Berlapar Berjaga Layan Bola Ada Peluang Menang Rm1 000

Cara Mudah Tak Perlu Berlapar Berjaga Layan Bola Ada Peluang Menang Rm1 000

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 137 hits
Musim bola kini kembali Makan bola tidur bola kerja pun bola Tahu tak korang pun boleh main bola dan berpeluang menang kredit Touch n Go sebanyak RM1 000 Caranya pun mudah je cuma daftar dan klik untuk jaringkan sebanyak mungkin gol dalam m...
Penginapan 2 Hari 1 Malam Di E City Hotel One City Subang Jaya

Penginapan 2 Hari 1 Malam Di E City Hotel One City Subang Jaya

papar berkaitan - pada 7/12/2022 - jumlah : 207 hits
Penginapan 2 Hari 1 Malam di E City Hotel One City Subang Jaya Cerita hujung minggu lepas Kami menghadiri jemputan majlis perkahwinan anak boss The post appeared first on
Layan Makan Di Restoran Dapoq 5 Beradek Bandar Putra Bertam Kepala Batas

Layan Makan Di Restoran Dapoq 5 Beradek Bandar Putra Bertam Kepala Batas

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 349 hits
Restoran Dapoq 5 BeradekRestoran Dapoq 5 BeradekRestoran Dapoq 5 Beradek ni terletak di alamat Persiaran Seksyen 4 7 Bandar Putra Bertam 13200 Kepala Batas Pulau Pinang Dapoq 5 Beradek ni buka dari pagi hingga petang Menu menu kat sini maca...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport