Laungan Pas Nak Satukan Ummah Cuma Halwa Telinga Kata Khaled


malaysiakini.com
Diterbitkan: Nov 9, 2021 6:18 PM

Umno berlapang dada dengan pendirian PAS meminta ahlinya mengundi calon Perikatan Nasional (PN) sekali gus bermakna mereka mahu BN dikalahkan

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin juga berkata apa yang berlaku di antara partinya dan PAS juga membuktikan Muafakat Nasional itu tidak mudah untuk diuruskan.

"Keputusan PAS bermakna Muafakat Nasional itu hanya wujud pada nama, tidak pada semangatnya," kata bekas menteri besar Johor itu dalam tulisannya di media sosial petang ini.

PAS merupakan rakan Umno dalam Muafakat Nasional namun parti itu bertindak secara sepihak dengan bersama-sama membentuk Perikatan Nasional (PN) dengan Bersatu selepas mereka menjadi kerajaan.

Di sebalik penegasan beberapa pemimpin PAS bahawa mereka bukan bermusuh dengan Umno, PRN Melaka menyaksikan kedua-dua parti itu bertembung sesama sendiri - selain calon lain di tujuh kerusi.

Portal berita rasmi PAS, harakahdaily, pula menyiarkan laporan bagaimana Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat Nuridah Mohd Salleh meminta agar pengundi tidak ragu-ragu memenangkan calon mereka pada 20 Nov ini.

Khaled berkata sudah jelas bahawa PAS memilih PN berbanding mengutamakan Muafakat Nasional dan laungan mereka mahu menyatukan ummah dianggap hanya sekadar "halwa telinga".

Wajar kekal dengan PN

Menjelaskan ketegasan Umno enggan bekerjasama dengan Bersatu, Khaled berkata ia bukan disebabkan kerana mereka membelakangkan kepentingan bangsa.

Sebaliknya, kata Khaled, ia dibuat kerana Umno melihat Bersatu dibidankan untuk menggantikan Umno, justeru jelas menunjukkan parti itu adalah musuh.
"PAS wajar mengerti kedudukan ini. Kerana itu Umno tidak memerlukan PAS untuk mendamaikan ia dengan Bersatu.

"Seperti Umno juga tidak pernah mengusahakan perdamaian di antara PAS dan Amanah demi kepentingan ummah kerana Umno tahu sejarah kedua-dua parti itu," katanya.

Tambah bekas pengerusi Boustead Holdings Bhd itu lagi PAS tidak boleh mengikat Umno dengan Muafakat Nasional dan pada masa menginginkan PN.

"PAS wajar terus dengan PN kerana ia tidak boleh terus keliru dengan apa yang ia kehendaki," katanya.

Tambah Khaled keputusan PAS itu juga sebenarnya memberi ruang dan peluang untuk BN kembali kepada sebuah parti yang sederhana, pelbagai budaya serta progresif.

Tanpa PAS, katanya, Umno tidak lagi terbelenggu oleh sesiapa dan ia dapat mencorakkan jalan ke hadapannya.

"Umno sedar, jalan kemenangan ialah (dengan) sokongan semua kaum dan bukan hanya Melayu. Kerjasama parti Melayu bukan satu-satunya jalan untuk menguasai kerajaan," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/11/laungan-pas-nak-satukan-ummah-cuma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Sebenarnya Yang Ekstrem Kata Naib Presiden Umno

Pas Sebenarnya Yang Ekstrem Kata Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 339 hits
FAZLI RADZIWalaupun sekarang Pas berkicau seolah olah ia lebih sederhana dari yang sederhana tetapi rekod dan prestasi Pas jelas menunjukkan bahawa ia bukan parti sederhana tegas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Menurutny...
Terpulanglah Kepada Pas Untuk Putuskan Persefahaman Dengan Umno Kata Muhyiddin

Terpulanglah Kepada Pas Untuk Putuskan Persefahaman Dengan Umno Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 375 hits
freemalaysiatoday com October 30 2021 10 00 PMPerikatan Nasional menyerahkan kepada kebijaksanaan pimpinan PAS berhubung keputusan Majlis Tertinggi Umno meneruskan persefahaman dengan parti itu bagi Pilihan Raya Negeri Melaka kata Muhyiddin...
Hiburan Bukan Nak Mengeluh Atau Apa Apa Tapi Cuma Nak Luahkan Zahirah Macwilson

Hiburan Bukan Nak Mengeluh Atau Apa Apa Tapi Cuma Nak Luahkan Zahirah Macwilson

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 327 hits
Pelakon jelita Zahirah MacWilson mengakui setelah bergelar isteri dan ibu dia mempunyai pelbagai tanggungjawab yang harus digalas Luahan perasaan tertekan kerana terlalu letih mengurus rumahtangga dan kerja itu dikongsikan Zahirah melalui I...
Patutlah Muhyiddin Kata Pas Parti Ajaran Sesat

Patutlah Muhyiddin Kata Pas Parti Ajaran Sesat

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 326 hits
Wayang sembab aka pengkhianat sudah bermula dulu dia kata pas parti ajaran sesat kini kencing hadi pun dia kata mcm madu
Main Dua Kolam Lebih Untung Buat Pas Kalah Menang Untung Juga Macamana Nak Memerintah Keadaan Pun Berkecamuk

Main Dua Kolam Lebih Untung Buat Pas Kalah Menang Untung Juga Macamana Nak Memerintah Keadaan Pun Berkecamuk

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 304 hits
Apa pun keputusan Pas itu hak mereka Muhyiddin By Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media Majlis Minum Petang sambil Sembang Santai bersama Profesional Negeri Melaka di Hotel Mudzaffar Ayer Kero...
Pn Akan Tewas Jika Pas Guna Logo Sendiri Kata Penganalisis

Pn Akan Tewas Jika Pas Guna Logo Sendiri Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 350 hits
freemalaysiatoday com October 31 2021 8 30 AMPN memerlukan PAS untuk bertanding menggunakan logonya sendiri bagi memberikannya kredibiliti menurut penganalisis PETALING JAYA Parti parti dalam Perikatan Nasional khususnya Bersatu dan Gerakan...
Keputusan Pas Buka Jalan Bn Kembali Progresif Khaled

Keputusan Pas Buka Jalan Bn Kembali Progresif Khaled

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 181 hits
Keputusan PAS buka jalan BN kembali progresif Khaled Keputusan PAS untuk bertanding bawah lambang Perikatan Nasional pada pilihan raya negeri Melaka membuka jalan kepada Barisan Nasional kembali ke laluan sederhana pelbagai budaya dan progr...
Pemimpin Umno Dedah Kenapa Bersatu Beriya Iya Nak Pas Guna Logo Pn

Pemimpin Umno Dedah Kenapa Bersatu Beriya Iya Nak Pas Guna Logo Pn

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 461 hits
October 31 2021 Pada PRU 14 PAS telah mendapat lebih kurang 15 peratus undi Melayu di Melaka Oleh kerana faktor Dr Mahathir PH pula telah mendapat 20 peratus undi Melayu bertambah 10 peratus daripada undi Melayu yang diperoleh oleh PH berba...
Saya Jumpa Anak Dalam Tandas Ibu Buat Laporan Polis Anak Dibuli Diikat Tangan

Sasha Abdul Aziz Pilih Pantang Tradisional Demi Pulih Sempurna Badan Nak Pakai Lama

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Pengumuman Terkini Pmx Hadiah Anwar Ibrahim Untuk Rakyat

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang

Auditor General Flags Shady Deals In Felcra Ukm And Army Armoured Vehicle Procurements

How Smart Fabrics Are Redefining The Future Of Wearable Technology

Hiburan Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Penyondol Anak Ahli Politik Isteri Dia Baru Lepas Bersalin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Atasi Period Pain Anak Remaja

Honda New Hr V Is Giving Hybrid Cool With A Stylish Upgrade

Galaxy Z Fold 7 Flip 7 Take Over Kl Here S What You Missed

Sustainable Data Centre Framework Set For October Launch

Video Of Playful Elephant Calf Mounting Its Caretaker Steals Netizens Hearts

Cancel Culture Is Just Public Shaming With Wi Fi