Laung Madani Tapi Tak Ikut Nabi Hadi Bidas Kerajaan


freemalaysiatoday.com
Mohamad Fadli - 06 Mar 2024, 2:20pm

Presiden PAS berkata cadangan penghapusan pencen penjawat awam dilihat bukan pendekatan yang Madani.
Abdul Hadi Awang menggesa pemerintah berlaku adil kepada semua rakyat tidak kira di pihak pembangkang atau kerajaan.
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengingatkan kerajaan ditadbir Perdana Menteri Anwar Ibrahim jangan hanya melaungkan slogan Madani tetapi tidak mengikuti ajaran nabi.

Hadi (PN-Marang) berkata, cadangan penghapusan pencen penjawat awam dilihat bukan pendekatan yang Madani.

“Jangan kita sebut Madani tetapi tidak menepati apa diajar nabi. Sebut Madani sahaja tetapi objektif tak (ikut apa) yang nabi laksanakan,” katanya dalam perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Jemaah Menteri dilaporkan setuju menetapkan syarat pengambilan penjawat awam baharu berstatus tetap tidak lagi menerima pencen.

Bagaimanapun, pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.

Sementara itu, Hadi berkata penjawat awam adalah golongan jentera kerajaan yang perlu dihargai khidmat mereka.

“Perlu dinilai penjawat ini bukan dari segi duit sahaja tetapi jasa dan khidmat mereka. Budi mereka kepada negara dan rakyat,” katanya.

Hadi dalam perbahasannya turut setuju dengan Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang menyifatkan konsep Madani dibawa kerajaan seperti “burung tiung”, malah beliau menambah ia juga seperti “burung kakak tua”.

“Masukkan dalam ucapan saya. Memang bila bercakap, dia ikut apa tuan dia cakap. Apa makna tak tahu. Ini burung tiung. (Macam) burung kakak tua (juga) walaupun kakak tua tapi tak faham apa dia cakap,” katanya.

Terdahulu, Rasol ketika mencelah perbahasan Hadi berkata konsep Madani dibawa kerajaan berbeza dengan ajaran nabi.

Hadi turut menggesa pemerintah berlaku adil kepada semua rakyat tidak kira di pihak pembangkang atau kerajaan.

Beliau membangkitkan perkara itu selepas Ahli Parlimen pembangkang belum menerima peruntukan daripada kerajaan.

“Perlu adil dalam pemberian peruntukan. Ini kerana bila pungut cukai…pungut pada semua. Tetapi bila diagihkan beza-beza (dan) tak adil,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/laung-madani-tapi-tak-ikut-nabi-hadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haji Hadi Selalu Tiada Di Parlimen Sekali Datang Gelar Kerajaan Ibarat Burung Tiung Kakak Tua

Haji Hadi Selalu Tiada Di Parlimen Sekali Datang Gelar Kerajaan Ibarat Burung Tiung Kakak Tua

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 158 hits
HarapandailySelalu tiada di Parlimen sekali datang gelar kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim ibarat burung tiung yang hanya tahu mengikut sahaja kata kata tuannya tanpa memahami maksudnya Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang juga m...
Jangan Ketinggalan Maklumat Berkaitan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani

Jangan Ketinggalan Maklumat Berkaitan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani

papar berkaitan - pada 29/2/2024 - jumlah : 264 hits
Ramai di kalangan rakyat masih belum jelas tentang apa yang telah kerajaan sekarang lakukan Kekurangan dari segi maklumat inilah membuka peluang pihak pembangkang untuk menabur fitnah dan propaganda mereka Sehubungan itu saya suka mencadang...
Kuala Lumpur Cerminan Kerajaan Madani Zaleha Harus Peka Berani Dan Tegas

Kuala Lumpur Cerminan Kerajaan Madani Zaleha Harus Peka Berani Dan Tegas

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 271 hits
SUSUPAN PAGI Dr Zaleha MustafaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah ibu kota negara ini Ia adalah bayangan pelbagai status yang ada di negara ini sosial politik ekonomi budaya pendidikan hubungan kaum hubungan luar dan sebagainya Inspiras...
Performance Out Tapi Nak Bantuan Sentiasa Segelintir Netizen Kecam Cuepacs Mohon Kerajaan Bantuan Khas Aidilfitri

Performance Out Tapi Nak Bantuan Sentiasa Segelintir Netizen Kecam Cuepacs Mohon Kerajaan Bantuan Khas Aidilfitri

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 264 hits
Kongres Kesatuan Pekerja Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam baru baru ini ada memohon pertimbangan kerajaan di bawah pemerintahan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan bantuan khas aidilfitri kepada pejawat awam dan pesara kerajaan April n...
Apakah Usaha Dan Kejayaan Kerajaan Madani

Apakah Usaha Dan Kejayaan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 306 hits
Apakah usaha dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI Saya maklum ramai yang bertanyakan soalan ini Ini jawapannya Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara yang saya pengerusikan petang tadi secara rasmi memaklumkan bahawa Malaysia pada 2023...
Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

Hadi Awang Pernah Mensabotaj Usaha Kerajaan Merealisasikan Ruu355

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 352 hits
Kerajaan Madani akan membentangkan RUU355 di parlimen dalam persidangan akan datang sebenarnya sebelum ini memang sudah ada usaha dari kerajaan ketika itu pimpinan DS Najib sebagai PM untuk bawa usul RUU355 ini ketika itu kerajaan DS Najib ...
Kejayan Kerajaan Madani Dan Kegagalan Pn Pas

Kejayan Kerajaan Madani Dan Kegagalan Pn Pas

papar berkaitan - pada 25/2/2024 - jumlah : 327 hits
Zuwairi Md YusofSULTAN IBRAHIM dan MAJLIS RAJA2 MELAYU akan membawa PMX dan MADANI PH BN menerajui MALAYSIA ke arah lebih baik dari mimpi ngeri 33 bulan bawah MAHIADDIN dan ISMAIL SABRI KEUTAMAAN PN PAS BERSATU 1 PENGUMUMAN PDF RAKAMAN TERT...
Mana Tak Melingkup Restoran Tapi Dia Salahkan Kerajaan

Mana Tak Melingkup Restoran Tapi Dia Salahkan Kerajaan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 263 hits
Syed Ahmad SaifullahMana tak melingkup restoren Tokey busy bagi ceramah Dah melingkup lepastu salahkan barang mahal padahal die yang jual mahal
Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Ringgit Rebounds As Us Dollar Weakens Despite Progress In Trade Talks

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Untuk Menggebukan Kulit Muka

Rahsia Guna Ai Canva Untuk Buat Produk Digital Di Etsy

Pokok Sawi Ayah Dah Boleh Tuai

Tng E Wallet The Quiet Enabler Behind Malaysia S Favorite Slot Routines

Tak Kahwin Tapi Berkepit Macam Orang Dah Kahwin Reaksi Riena Diana Marah Ketika Diaju Soal Kahwin Jadi Tumpuan

Disangka Bakal Naik Pelamin Hawa Rizwana Tampil Menafikan Bukan Saya Yang Nak Kahwin