Kuala Lumpur Cerminan Kerajaan Madani Zaleha Harus Peka Berani Dan Tegas


SUSUPAN PAGI 

Dr Zaleha MustafaWilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah ibu kota negara ini. Ia adalah bayangan pelbagai status yang ada di negara ini; sosial, politik, ekonomi, budaya, pendidikan, hubungan kaum, hubungan luar dan sebagainya.

Inspirasi pembentukan dan melestarinya berasaskan dua budaya, tradisional dan barat (moden).

Sebagai ibu negara, ia perlu dijagai sebaik mungkin, diindahkan sebaik mungkin. Dipesatkan sebaik mungkin, dan integritinya juga perlu dijagai seampuhnya demi menyakinkan publik dalam dan luar. Apabila cemar dan kotanya Kuala Lumpur, maka cemar dan kotorlah wilayah di seluruh negeri lain. Ia akan menjadi bualan di seluruh dunia, laksana seperti mana indah kota London menjadi pertuturan seluruh dunia saban masa. 
Apabila berantakan sistem pentadbiran dan pengurusannya, maka berantakanlah kota metropolitan ini. Keperibadiannya musnah dan lebur.

Nilai pentadbiran negara ini akan diukur apa yang ada di Kuala Lumpur. Maka itu Kuala Lumpur sangat penting dan perlu dijagai sebaik mungkin.

Sebelum ini pusat pentadbiran dan pengurusan negara ditempatkan di sini, sebelum dipindahkan ke kota pentadbiran baru di Putrajaya.

Namun begitu nilai peradaban dan ketamadunan bangsa masih kekal disini sehingga ke hari ini. Sebab itu Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi perhatian dan tumpuan serius di sini.

Semasa beliau membentuk kabinet pertamanya, beliau meletakkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibawah Jabatan Perdana Menteri. Kementerian Wilayah yang dijaga oleh seorang Menteri sebelum ini dimansuhkan. Tindakan ini bersifat serampang dua mata, beliau ingin bangunkan Kuala Lumpur sebagai bandar Madani, kedua mengecilkan sais kabinetnya bagi menjimat perbelanjaan negara. Tafsiran lain dari perubahan itu, kerana beliau tidak mengharap kepada orang lain mengawasi Kuala Lumpur.
Bagaimana pun hasrat itu tidak mudah dicapai. Kuala Lumpur memerlukan seorang menteri khusus yang menanganinya. Kesibukan tugas dan tanggungjawab sebagai perdana menteri tidak memungkinkan beliau lakukan semua. Ia tidak padan dibantu oleh seorang pegawai bertaraf setiausaha politik. Sejajar dengan rombakan kecil kabinet baru-baru ini, Anwar mewujudkan semula Kementerian Wilayah Persekutuan dan meletakkan seorang menteri sebagai penanggungjawabnya.

Seperti tindakannya sebelum ini, memansuhkan kementerian wilayah mempunyai serampang dua mata, demikian juga dengan perwujudan semula kementerian itu, juga dilihat ada dua mata serampang. Pertama, untuk meyediakan ruang kepada Menteri Kesihatan Zaleha Mustafa dikorbankan untuk melantik rakannya Dr Dzulkifli Ahmad di kementerian disandangkan Zaleha itu. Tiada alasan dan justifikasi lain kenapa kementerian itu diwujudkan semula selepas setahun ditiadakan melainkan hal itu.

Kuala Lumpur ditadbirkan oleh sebuah Dewan dikenali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dimana ketuanya adalah Datuk Bandar. DBKL bertanggungjawab dalam melaksanakan kuasa eksekutif manakala menteri bertanggungjawab memantau dan memastikan dasar, polisi semasa dilaksanakan.

Apabila diwujudkan semula kementerian wilayah, ertinya langkah awal Anwar itu tidak menjadi. Tidak mengapa, kerana beliau mahu menjadikan Kuala Lumpur bandaraya moden, bersih dan menjadi lambang dan cerminan bandar raya kerajaan Madani. Bandaraya yang tentunya bebas dari segala maksiat, kebobrokan dan juga pemanipulasi oleh kartel. Mencuba tidak salah, selagi ia diperbetulkan selepas realtif gagal.

Maka beliau membuat penegasan untuk membersihkan Kuala Lumpur dari segala najis yang bermaharaja lela sebelum ini. Antaranya perwujudan gerai atau bazar berselarakan yang mencemarkan mata memandang, sistem perparitan yang "menengitkan" hidung. Begitu juga dengan kesesakan jalan raya kerana sistem jalan raya yang tunggang langgang. Anwar mengimpikan KL bandaraya bukan saja harmoni tetapi indah. 

Dalam merealisasikan agenda ini maka para aparat pun berkokoklah akan bertindak tegas mengikut aspirasi perdana menteri. Mereka menyanyi nada yang digemar perdana menteri. Akan bertindak merampas mana-mana gerai yang disewakan kepada pendatang asing. Gerai-gerai robek akan dirombak dan dibina secara tersusun. Keras bunyinya, tetapi tindakan seperti nyaring kuasa kodok tetapi kulit tubuhnya lembek.

Rasanya tidak sampai 10 peratus arahan dan peraturan itu dikuatkuasakan. Gerai-gerai cabut yang diurus tanpa sistem, perdagangan ala Alibaba masih kekal tanpa diusik. Kalau pun ada hanya dikawasan-kawasan tertentu sahaja tidak meliputi semua Wilayah Persekutuan. Contohnya kawasan ikan singgang di Jalan Sulaiman dirobohkan dialih ke penempatan baru, sedangkan masih banyak keadaan seperti itu belum terusik. Lambat. Manakala lokasi atau pun tempat peleseran dan perdagangan para pendatang haram masih utuh dan penguasaan pendatang haram di pasar-pasar juga belum terusik.

Kita terima keberkesanan arahan PM itu "anjur" kerana tiada aknum bertanggungjawab, ia diserahkan kepada salah seorang Setiuasaha Politiknya untuk menegok hal ehwal Kuala Lumpur. Setiausaha politik tidak ada apa-apa kuasa. Dia hanya jurubicara atau khadam bendul perdana menteri saja ada kalanya sesuatu yang berisiko tidak berani disampaikan. 
Terlalu awal.
Mungkin terlalu awal untuk dinilai kerja buat Menteri Wilayah Persdekutuan, Zaleh Mustafa kerana beliau baru memegang jawatan itu. Penampilannya semasa menjadi Menteri Kesihatan sebelum ini kelihatan bergaya dan ada umphhh, namun belum nampak di kementerian Wilayah. Apakah ia memerlukan masa atau beliau sedang menyemak dan memperlajari untuk mengenali lebih dekat permasalahan, atau tatakelola digunakan pakai sebelum ini. Mengenal pasti punca kuasa yang ada kepadanya untuk bertindak. Atau masih berselibuh dengan para kartel yang menguasai Kuala Lumpur sebelum ini. Atas alasan itu kelemahan Zaleha atau kelambatannya bertindak kita maafkan.

Namun tempoh tidak boleh dijadikan alasan kerana masa berjalan usia kerajaan kian merangkak. Beliau tidak perlu terlalu lama berbulan madu dengan jawatan itu. Kuala Lumpur harus bergerak pantas kerana ia menjadi lambang kepada sebuah kerajaan bernama Madani. Jika Kuala Lumpur gagal, maka gagalkan keseluruhan kerajaan Madani itu.

Apakah Zaleha sudah bersiap sedia dengan tugas dan tanggungjawabnya, atau masih membuat homework untuk mengenali hati budi dan citra Kuala Lumpur secara lebih dekat. Usah rungsing, rakyat yang sayang kerajaan dan mengenali sudah lama kerenah di Kuala Lumpur sedia membantu. Usah bimbang Zaleha tidak bersendirian dalam menegakkan keadilan kecualilah beliau bersekongkol dengan kebatilan.
Dan untuk pengetahuan Zaleha berada di Kuala Lumpur sangat berbeza dengan berada di klinik ataupun hospital. Di sana beliau berjumpa dengan orang sakit, di sini beliau kadang-kadang harus merasa sakit untuk berlawan dengan masyarakat Kuala Lumpur yang pelbagai itu. Zaleha perlukan keberanian, ketegasan luar biasa, dan kepakarannya dalam bidang kedoktoran sangat perlu untuk mendiagnosis  Kuala Lumpur. [wm.kl. 7:02 pm 22/02/2024]

glossori anjur = perlahan, lambat, lembab.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2024/02/kuala-lumpur-cerminan-kerajaan-madani.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Pas Pahang Kecewa Urus Tadbir Desak Kerajaan Madani Atasi Segera Isu Beras

Pemuda Pas Pahang Kecewa Urus Tadbir Desak Kerajaan Madani Atasi Segera Isu Beras

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 262 hits
KUANTAN Pemuda PAS Pahang kecewa dengan tadbir urus Kerajaan Madani dalam menangani krisis bekalan dan penetapan harga beras dalam negara Ketua Pemuda negeri Mohd Zarimi Abu Zih berkata kegagalan komunikasi antara kementerian agensi yang be...
Apakah Usaha Dan Kejayaan Kerajaan Madani

Apakah Usaha Dan Kejayaan Kerajaan Madani

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 236 hits
Apakah usaha dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI Saya maklum ramai yang bertanyakan soalan ini Ini jawapannya Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara yang saya pengerusikan petang tadi secara rasmi memaklumkan bahawa Malaysia pada 2023...
Buffet Dinner 2024 Grand Millennium Kuala Lumpur

Buffet Dinner 2024 Grand Millennium Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 295 hits
Berbuka puasa di hotel 5 bintang Mesti meriah meja buffet kan Pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan menarik untuk berbuka puasa nanti lagi lagi mereka yang berada di sekitar Bukit Bintang Kuala Lumpur Untuk berbuka puasa kali ini ...
Kpu Pertimbangkan Lakukan Pemungutan Suara Ulang Di Kuala Lumpur

Kpu Pertimbangkan Lakukan Pemungutan Suara Ulang Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 186 hits
Pihaknya masih fokus untuk mempersiapkan data pemilih tetap serta logistik untuk kembali melakukan pemungutan suara
Lindungi Data Peribadi Kerajaan Perlu Lebih Tegas

Lindungi Data Peribadi Kerajaan Perlu Lebih Tegas

papar berkaitan - pada 10/2/2024 - jumlah : 214 hits
Undang undang perlindungan data peribadi sedia ada belum cukup tegas melindungi data peribadi rakyat Malaysia Menurut Senator Abun Sui Anyit rakyat yang menggunakan peranti telofon pintar untuk akses kepada pelbagai aplikasi dan sistem kera...
Bufet Ramadan 2024 Perdana Kuala Lumpur City Centre

Bufet Ramadan 2024 Perdana Kuala Lumpur City Centre

papar berkaitan - pada 16/2/2024 - jumlah : 304 hits
Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi Pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan menarik untuk berbuka puasa nanti lagi lagi mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur Untuk berbuka puasa kali ini jom ke Perdana Kuala Lumpur City Cent...
Bufet Ramadan 2024 Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Bufet Ramadan 2024 Sheraton Imperial Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 298 hits
Hari hari Bufet Ramadan kan Bufet mana pula hari ini Pastinya ramai yang sedang mencari tempat makan menarik untuk berbuka puasa nanti lagi lagi mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur Untuk berbuka puasa kali ini jom ke Sheraton Imperia...
Dap Semakin Berani Disebabkan Umno Hanya Penumpang Dalam Kerajaan

Dap Semakin Berani Disebabkan Umno Hanya Penumpang Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 205 hits
agendaily com13 02 2024DAP kini dilihat lebi dominan daripada UMNO dalam kerajaan campuran Kebelakangan ini semakin jelas timbul rasa tidak puas hati dalam beberapa isu melibatkan dua parti antaranya DAP dan UMNO walaupun sudah berkahwin se...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi