Latih Sensori Cara Fun Buatkan Dam Ular 3d Macam Ibu Ni Confirm Anak Suka
Biarpun kita sudah boleh bawa anak-anak keluar, tapi masih ada keraguan dan rasa risau kan? Kita tidak yakin yang persekitaran di luar benar-benar bersih dan selamat untuk anak-anak. Bila dah lama tak keluar ni, anak-anak mula jadi bosan.
Sebagai ibu ayah, kita berperanan untuk mengelakkan anak-anak rasa jemu duduk di rumah. Sebenarnya banyak aktiviti atau permainan yang boleh kita buatkan untuk mereka. Apa yang penting rajin dan kreatif.
Artikel Lain: [Kalau Anak Suka Cakap Kasar & Jerit-Jerit, Mungkin Itu Caranya Kita Bercakap Dengan Dia]
Yatie Emra berkongsi satu permainan yang dia buatkan untuk anaknya. Biasanya dam ular ni saiznya kecil, tapi yang ini cukup besar untuk anak-anak main. Siap boleh pijak dan lompat lagi di atasnya!
Jom tengok macam mana rupa dam ular ini.
DIY Tikar Dam Ular 3D
Sebenarnya tikar dam ular ni saya buat masa PKP 2 tempoh hari. Maklum ler, anak tak dapat nak main kat luar, rumah lak takde laman.. So ummi nyer terpakse pikir cara untuk elak anak bosan & elak main gajet jer.. Hari ni baru sempat nak upload sebab kebetulan baru siapkan sikit lagi features tambahan.
Tikar dam ular 3D
. Yang saya buat ni saiznya 6×5 kaki
Tahun lepas saya dah pernah buat tikar dam ular (berabjad) gunakan tikar lama jer. Tapi biasalah bila guna tikar evamatik, makin lama akan jadi hancur². Kesudahannya terpaksa buat yang baru gak sebab dak Fydh ni asyik tanye jer mane tikar dam ular dia
.
Since ni kali ke2 buat tikar dam ular saiz besar, saya tambahkan beberapa ciri lagi supaya board game camni menyeronokkan & ada game tambahan gak. Fydh ni ada isu sensori, jadi saya gunakan pelbagai material untuk dijadikan ular supaya dapat rangsang sensori dia. Nanti dia terpaksa pijak ular tu kalau kena “patuk”
Untuk tangga, saya buat 2 jenis — 1 tangga jenis flat tapi kecil, perlukan imbangkan badan masa pijak. 1 lagi lebar tapi dengan ketebalan berbeza. Tangga ni Fydh memang suka sangat main walaupun waktu² yang lain
Extra: Hopscotch Game (teng teng)
================================
Main hopscotch/teng² lompat mengikut arah anak panah
Ni bukan permainan teng² biasa tu tapi khas untuk aktiviti motor & sensori gak. Untuk permainan ni, anak perlu lompat dengan 2 kaki atau sebelah kaki ikut arah anak panah & imbangkan badan gak.. Kalau anak yang dah advance tu, boleh tukar² permainan hopscotch ni gunakan kaki & tangan lak..
Yeay! Dapat naik tangga lagi.. Gunakan kotak lama, susun tebal-tebal
Mula dari petak:
#5, #6, #15, #16, #25, #26
#28, #23, #18, #13, #8, #3
#1, #10, #11, #20, #21 & #30
Buat dot gunakan glue gun, jadi bila anak pijak akan ada rangsangan pada tapak kakinya
Latih imbangkan badan
Fydh tanye ni fish panjang ke? Nape rupa snake ummi mcm fish jer..?
Belut pn boleh la nak..
Gunakan kadboard, lebarnya potong saiz kaki anak tapi buatkan memanjang supaya jadik bentuk ular. Kemudian balut dengan tali nylon.
Artikel Lain: [Jangan Buang Pensel Yang Pendek. Bagi Anak 2,3 Tahun Guna. Bagus Untuk Rangsangan]
#learnandplay
#sensorymotoractivities
#damular
#diydamular
#damular3D
#yatieimra
The post Latih Sensori Cara Fun, Buatkan Dam Ular 3D Macam Ibu Ni. Confirm Anak Suka! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/latih-sensori-cara-fun-buatkan-dam-ular-3d-macam-ibu-ni-confirm-anak-suka/