Aktiviti Mudah Murah Latih Anak Bersedia Menulis Seawal 2 3 Tahun Confirm Anak Suka
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak di usia 2 hingga 3 tahun tidak boleh mengharapkan sesuatu yang lebih daripada mereka. Waktu ini anda sepatutnya memberi pendedahan anak-anak melakukan aktiviti menyeronokkan dulu. Bukannya memaksa anak belajar hingga anak pula rasa tertekan.
Tempoh ini elok ibu bapa perkenalkan asas untuk bersosial, bermain dan melakukan aktiviti yang boleh memberi manfaat untuk anak apabila mereka mula memasuki prasekolah atau tadika. Ingat jangan memaksa tapi berikan momen indah untuk mereka rasa seronok di usia kanak-kanak.
Bagi ibu bapa anda harus lebih kreatif. Apa saja aktiviti di rumah sebenarnya sangat membantu anak-anak berdikari dan dalam masa melatih kesediaan anak memegang pensel untuk menulis. Ini tip yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli
10 AKTIVITI MUDAH, MURAH UNTUK LATIH KESEDIAAN MENULIS ANAK 2 – 3 TAHUN
– Zip beg, zip seluar, zip sweater,
– Masukkan syiling dalam tabung,
– Cabut helaian daun kari dari batangnya,
– Buka tutup botol, dan tutup semula,
– Picit ubat gigi atas berus gigi (sampai anak berjaya kawal kuantiti ubat gigi yang dia picit)
– Kutip batu, susun buat bentuk-bentuk pelbagai,
– Buka butang baju saiz besar,
– Buka tutup ziplock bag,
– Gelek plasticin / doh buat bentuk panjang-panjang,
– Sudu makanan dan suap ke dalam mulut sendiri.
Eh, kejap!!! Mana menulis nya??? Haaa…. Anak umur 2 – 3 tahun tak payah suruh menulis macam budak-budak sekolah.
10 Aktiviti kat atas tu sebenarnya akan bantu kuatkan otot-otot penting untuk anak bersedia menulis.
Sebab usia ni, anak dalam stage PERSEDIAAN.
Macam mana pula kalau nak bagi aktiviti menulis kat anak 2-3 tahun ni?
Anak 2-3 tahun baru pandai tulis garisan lurus, melintang dan bulatan (rujuk gambar)* Bagi alatan menulis yang pendek : krayon pendek, pensel kontot, kapur pendek supaya anak akan gunakan hujung jari masa menulis tu.
* Menulis untuk anak 2 – 3 tahun maksudnya CONTENG BEBAS
* ELAKKAN paksa anak 2-3 tahun tulis ikut dot dot dot, mesti warna dalam garisan, tulis ikut bentuk dalam buku. Sebab diorang dalam stage untuk DIBERI PENDEDAHAN & TINGKATKAN MINAT.
* Banyakkan main dan aktiviti PRA-MENULIS atau kesediaan menulis macam 10 contoh aktiviti kat atas tadi.
SELAMAT MENCUBA.
Sumber: OT Siti ‘Aisyah Rozalli
The post Aktiviti Mudah, Murah Latih Anak Bersedia Menulis Seawal 2-3 Tahun. Confirm Anak Suka! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/aktiviti-mudah-murah-latih-anak-bersedia-menulis-seawal-2-3-tahun-confirm-anak-suka/