Latih Diri Untuk Tenang Setiap Kali Anak Meltdown Nori Abdullah Kongsi Pengalaman Punya Anak Autisme


Mempunyai anak istimewa seperti Autisme, ADHD dan berkeperluan khas lain sememangnya satu anugerah buat ibu bapa yang hebat. Cabaran untuk membesarkan anak-anak istimewa ini bukan calang-calang.
Namun setiap anak yang lahir ke dunia tentu ada keistimewaan yang tersendiri meskipun hidupnya tak senorma kanak-kanak diusia mereka. Menghadapi meltdown tidak mengira waktu pasti sesuatu yang biasa buat ibu bapa yang mempunyai anak dengan Severe Autisme, namun alah bisa tegal biasa. Meskipun perit untuk melalui situasi yang tegang setiap kali anak-anak Autisme ini Meltdown, namun itu semua pastinya mematangkan lagi kehidupan dalam berkeluarga.

Dalam satu temubual oleh Majalah Nona bersama Nori Abdullah isteri kepada YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia yang mempunyai anak Autisme menceritakan kehidupan mereka seharian bersama anak istimewa mereka, Timor atau mesra dengan gelaran Puma oleh YB KJ yang disahkan menghidap penyakit tersebut ketika dia baru mencecah usia tiga tahun.
Cabaran utama penerimaan ibu bapa sendiri dengan keadaan anak “Macam-macam cabaran sebenarnya tapi yang paling utama ialah penerimaan. Penerimaan untuk kita faham keadaan dia, untuk kita tetap yakin yang dia juga mempunyai potensi dan untuk lebih memahami keadaan anak-anak kita. Itu antara first step. Timor didiagnosis autism secara rasmi ketika umur tiga tahun.
“Jujurnya, ia bukan satu masalah besar kerana sebelum ini pun dalam keluarga kami dah ada anak istimewa. Jadi tak susah untuk faham dan terima bahawa Timor anak istimewa. Cuma sebagai ibu bapa kami perlu membuat sesuatu dan salah satu pendekatan yang kami ambil adalah melalui intervensi awal dan terapi.

Memang ambil masa sedikit untuk betul-betul faham dan terima hakikat bahawa inilah keadaan dia. Mungkin masalah yang dia alami ini akan berlanjutan sampai dia dewasa atau sampai bila-bila. Walau macam mana pun, kita kena ada rasa yakin yang dia mempunyai potensi diri.
Terapi dan intervensi awal penting Sebab itulah ibu bapa kena pentingkan terapi dan intervensi awal yang saya percaya mampu mengubah sikap dan pemikiran anak-anak ini ke arah lebih positif. Sebagai seorang ibu, saya mahu usahakan sebanyak mungkin untuk Timor juga anak-anak autism lain yang perlukan terapi,” ujar Nori yang merupakan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Jelas Nori lagi, keadaan akan jadi kritikal sekiranya kanak-kanak terlibat tidak diberi bantuan terapi atau rawatan selanjutnya. Sebagai contoh, mereka mungkin tidak dapat pergi ke sekolah atau tidak dapat melakukan aktiviti harian bersama adik-beradik atau ahli keluarga yang lain.
Kena sentiasa bersedia bila anak meltdown Bila Timor meltdown, saya dan suami kena pastikan kami yang bersedia dulu. Kalau dia meltdown kami tak boleh terpengaruh sama. Tapi, iyalah kadang-kadang dia meltdown, kita pun boleh terikut sama. Sebaik-baiknya dalam keadaan dia dah terlalu sedih atau mengamuk atau dah tak tahan dengan rangsangan berlebihan ke… kita yang perlu tenang untuk beri dia masa tenteramkan diri dia sendiri atau dalam kata lain, meluahkan perasaan dia dalam keadaan yang selamat.
Jadi kalau dia jenis meronta atau susah nak duduk diam… tangan kaki bergerak-gerak, susah nak kawal, kita pastikan dia ada ruang yang selamat dan kita pun tak nak ada barang pecah dan sebagainya. Kita kena berikan dia masa. Ini bukan anak yang saja mengada-ngada nak mengamuk. Dia memang tak dapat nak mengawal dan perkembangan rangsangan dia kadang-kadang berlebihan.”

Yang pasti, autism melibatkan banyak jenis dan bukan tertumpu kepada satu masalah saja. Ada kanak-kanak yang boleh ditenangkan dengan muzik, gajet, alat mainan dan bermacam-macam lagi. Berbeza pula bagi Timor. Menurut Nori, salah satu cara untuk dia meredakan keadaan Timor adalah dengan memberikan anak kesayangannya itu segelas air.
“Kalau anak saya, saya akan berikan air. Ingatkan dia untuk minum, bagi dia slow down breathing supaya dia akan tenang. Bergantung kepada ibu bapa itu sendiri macam mana hendak menenangkan anak. Paling penting kita latih diri kita untuk tenang bila keadaan anak kita meltdown.”
Ditanya apa reaksi pertama beliau dan suami apabila anak mereka disahkan menghidap autism, Nori bagaimanapun mengakui terkejut dengan perkara tersebut. “Perasaan malu tu tak ada sebab dalam keluarga kami memang dah ada anak istimewa. Cuma terkejut sebab saya pasti mana-mana ibu bapa pun tak duga yang anak mereka akan ada kelainan.
Sentiasa dalam ‘action mode’ Alhamdulillah, dari dulu sampai sekarang kami dalam ‘action mode’. Maksudnya, kami akan segera fikir apa langkah seterusnya, cari therapist, cari sekolah yang sesuai untuk Timor dan macam-macam lagi. Itu antara first mode kami.
Ibu bapa kena ambil masa juga untuk menerima dan betul-betul faham keadaan ini serta apa impaknya kepada keluarga. Impak ni macam-macam… dari segi emosi, rutin harian, termasuk juga kewangan. Macam saya sendiri, saya terapkan kepada anak-anak lain. Jibreil kini 13 tahun manakala Raif pula 5 tahun. Kedua-duanya pun saya terangkan keadaan sebenar Timor supaya mereka faham.
Saya selalu ingatkan mereka yang walau macam mana sekalipun dia tetap abang atau adik dan ahli keluarga kita. Kami suami isteri turut saling mengingatkan bahawa Timor tetap anak kami. Itu tak akan berubah dan seperti mana kami beri sokongan dan kasih sayang kepada Jibreil dan Raif, macam itu jugalah kami beri kepada Timor. Memang perlu tunjuk kesedaran itu bermula dengan keluarga kita sendiri.
Sejak kecil lagi Jibreil sudah didedahkan dengan keadaan adiknya dan kalau apa-apa berlaku, dia antara yang pertama yang akan pertahankan adik dia. Waktu mengandungkan Raif mula-mula dulu pun kami sekeluarga sudah mula buat persediaan untuk Timor melalui social stories.Kami sediakan social stories ini untuk Timor, agar dia lebih bersedia dan memahami sesuatu perkara melalui gambar dan teks yang mudah. Jadi kami terangkan yang dia bakal ada adik dan tidak terkejut.

Bagi anak-anak autism, mereka agak susah untuk terima pengalaman baru atau perkara yang di luar daripada rutin harian mereka. Sebab itu kami cuba sampaikan perkara baru kepada Timor melalui social stories memandangkan dia boleh membaca.
Mungkin bagi kanak-kanak yang tak mampu membaca lagi, kita boleh bagi visual saja. Tidak kisahlah melalui telefon ke, iPad atau apa-apa pun. Ikut kreativiti ibu bapa itu sendiri. Ini adalah antara tip yang boleh dipraktikkan kepada anak-anak autism yang masih kurang faham tentang apa yang berlaku di sekeliling mereka,” telus Nori yang tidak pernah lelah mengasuh Timor berusia 12 tahun.
Nori dan Khairy mendirikan rumah tangga sejak tahun 2001 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif Leo Averroes.
sumber: Majalah Nona & Khairykj
The post Latih Diri Untuk Tenang Setiap Kali Anak Meltdown, Nori Abdullah Kongsi Pengalaman Punya Anak Autisme appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/latih-diri-untuk-tenang-setiap-kali-anak-meltdown-nori-abdullah-kongsi-pengalaman-punya-anak-autisme/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pekerja Offshore Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif Covid 19 Selepas Dua Kali Ujian

Pekerja Offshore Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif Covid 19 Selepas Dua Kali Ujian

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 400 hits
Perkongsian oleh seorang pekerja offshore Dentonel Misa ini di laman Facebook miliknya pasti akan membuatkan kita lebih berhati hati menghadapi penularan wabak COVID 19 ketika ini Melalui kirimannya itu dia yang kini dirawat di Hospital Tum...
Jururawat Kongsi Pengalaman Pelik Jaga Jemaah Tabligh

Jururawat Kongsi Pengalaman Pelik Jaga Jemaah Tabligh

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 257 hits
CYBERJAYA Selepas tohmahan dan cacian dilemparkan kepada kelompok tabligh yang dituduh menjadi punca penularan Covid 19 di negara itu pelbagai pihak tampil mempertahankan kumpulan berkenaan Minggu lalu tular video seorang ustaz menceritakan...
Anak Autisme Sangat Pintar Kadang Kadang Bakat Yang Dia Ada Belum Tentu Ada Pada Kanak Kanak Lain

Anak Autisme Sangat Pintar Kadang Kadang Bakat Yang Dia Ada Belum Tentu Ada Pada Kanak Kanak Lain

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 198 hits
Sebagai ibu bapa anak autisme sudah pasti akan berlaku banyak dugaan dan rintangan yang dihadapi sepanjang membesarkan mereka Namun begitu ia mungkin akan lebih menyenangkan dan menenangkan ibu bapa jika individu luar mengetahui perkara yan...
Dikuarantin Kerana Positif Covid 19 Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Hospital

Dikuarantin Kerana Positif Covid 19 Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Hospital

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 528 hits
Kes jangkitan COVID 19 semakin meningkat dan sehingga semalam sudah mencatat angka kematian sebanyak 20 kes Rakyat Malaysia kini sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 nanti Sekiranya te...
Covid19 Kali Ini 52km Kain Nak Siapkan Pakaian Perang Perwira Kisah Anak Yatim Gigih Bantu Frontliners

Covid19 Kali Ini 52km Kain Nak Siapkan Pakaian Perang Perwira Kisah Anak Yatim Gigih Bantu Frontliners

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 444 hits
ISU kekurangan kelengkapan perlindungan diri dalam kalangan petugas hospital mendapat perhatian banyak pihak di negara ini Selain pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill penghuni Rumah Pengasih Warga Prihatin di Kajang Selangor turut...
Hariz Irffan Kongsi Pengalaman Sebagai Barisan Hadapan Ketika Pkp

Hariz Irffan Kongsi Pengalaman Sebagai Barisan Hadapan Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 559 hits
Pelbagai ragam dan karenah orang awam antara cabaran yang perlu dilalui oleh anggota keselamatan yang bertugas sebagai barisan hadapan negara dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak COVID 19 ketika ini Itu antara pe...
Wanita Kongsi Cara Unik Didik Anak Ketika Pkp Bagi Gaji Jika Jalankan Kerja

Wanita Kongsi Cara Unik Didik Anak Ketika Pkp Bagi Gaji Jika Jalankan Kerja

papar berkaitan - pada 10/4/2020 - jumlah : 535 hits
Para ibu bapa pasti tidak mahu anak anak mereka ketinggalan dalam pembelajaran Pembelajaran amat penting untuk kanak kanak bagi memastikan mereka menjadi insan yang berilmu serta berjaya di masa hadapan Walaupun masih dalam tempoh Perintah ...
Antisipasi Corona Saat Belanja Pria Ini Punya Cara Unik Untuk Lindungi Diri

Antisipasi Corona Saat Belanja Pria Ini Punya Cara Unik Untuk Lindungi Diri

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 194 hits
Untuk memastikan dirinya aman dari wabah corona pria paruh baya ini mengenakan pakaian pelindung yang dibuat sendiri Pakaian pelindung tersebut ia kenakan saat harus berbelanja kebutuhan pokok di supermarket
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah

Cara Cuci Kerang