Jururawat Kongsi Pengalaman Pelik Jaga Jemaah Tabligh
CYBERJAYA – Selepas tohmahan dan cacian dilemparkan kepada kelompok tabligh yang dituduh menjadi punca penularan Covid-19 di negara itu, pelbagai pihak tampil mempertahankan kumpulan berkenaan.
Minggu lalu tular video seorang ustaz menceritakan hikmah di sebalik kumpulan tersebut menjadi kluster terbesar penyebaran Covid-19 sebagai ‘wake up call’ kepada seluruh rakyat Malaysia tentang wabak berbahaya itu.
“Allah telah merencanakan semuanya dengan baik. Bayangkan jika penularan itu berlaku pada kumpulan manusia yang sukar dikesan. Kaki parti atau sebagainya,” katanya.
Menurut Kementerian Kesihatan semalam, peratusan peserta ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling yang sudah menjalani saringan Covid-19 ketika ini sudah mencapai 95 peratus.
Terbaharu, seorang jururawat berkongsikan pengalaman mengendalikan pesakit tabligh positif Covid-19 disifatkan sesuatu yang di luar jangkaannya.
Dalam pengkongsian ‘story’ yang tular melalui aplikasi WhatsApp itu, jururawat berkenaan menceritakan bagaimana senang menguruskan kumpulan tabligh berkenaan.
“Wad kami semalam dah penuh, bila masuk dalam wad tu macam masuk dalam masjid… Kebanyakan semua berjubah.
“Ada yang berkopiah, berserban, semua tersenyum jer, tak ada muka yang berkerut atau marah-marah. Semua bercakap lembut-lembut,” katanya yang mengaku hati tersentuh melihat sikap kumpulan tabligh itu.
Selain mengisi masa dengan membaca Al-Quran, pada tangan setiap seorang tidak lekang dari tasbih untuk berzikir memuji Allah dan bersolat sunat.
“Sedih, sayu sampai menitik air mata. Dalam wad Covid-19 itu semuanya orang yang ilmu agamanya tinggi,” katanya.
Tambahnya, walaupun keadaan wad itu baru sahaja dibuka dan beroperasi dalam serba kekurangan, tiada keluh dan rungutan daripada pesakit itu.
“Mereka siap tanya lagi ada apa yang mereka boleh tolong. Kadang-kadang hati ini terfikir kenapa tuhan tak gantikan manusia yang jahat-jahat kat muka bumi ini dengan mereka,” katanya.
Dalam luahan pengalaman itu, jururawat berkenaan turut mendoakan supaya Allah menyembuhkan semua pesakit itu.
“Letih memang letih, tapi rasa simpati dan kesian itu lebih tinggi. Memang terkesan di hati, janganlah diambil nyawa mereka semua sebab mereka sangat-sangat baik,” katanya.- MT
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/jururawat-kongsi-pengalaman-pelik-jaga.html