605 Kompaun Larangan Merokok Dikeluarkan Pada Hari Kedua Perlaksanaan


Sejak 1 Januari 2020, larangan merokok di premis makanan telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia. Sejak semalam juga, banyak serbuan telah dilakukan di premis makanan untuk meninjau larangan tersebut.
Menerusi kenyataan akhbar dikeluarkan KP Kesihatan, direkodkan sebanyak 605 kompaun telah dikeluarkan.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018 bermula 1 Januari 2020 iaitu larangan merokok di semua tempat makan termasuk tempat makan terbuka. Selain daripada itu, penguatkuasaan juga dijalankan di bawah Peraturan 12 (1) (a) dan 12(1) (b) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 iaitu semua Tuan Punya Premis hendaklah memastikan tempat makan mereka bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok dengan mempamerkan larangan merokok secara jelas dan tidak menyediakan kemudahan merokok seperti bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok.
Penguatkuasaan serentak yang telah berjalan pada 1 Januari 2020 bermula jam 8 pagi sehingga tengah malam di seluruh Malaysia melibatkan seramai 2087 orang Pegawai Penguatkuasa daripada KKM telah memeriksa 6119 premis tempat makan. Sepanjang penguatkuasaan dijalankan sejumlah 605 notis kesalahan dengan jumlah kompaun sebanyak RM 144,450.00 telah dikeluarkan di mana 34 notis kesalahan adalah dikeluarkan kepada  golongan orang belum dewasa.
Seterusnya sebanyak 103 notis kesalahan dengan jumlah kompaun bernilai RM 25,750.00 telah dikeluarkan kepada Tuan Punya Premis dengan 79 notis kesalahan kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan 24 notis kesalahan kerana menyediakan kemudahan merokok.
Bagi mereka yang telah menerima notis kesalahan kerana merokok di tempat makan dikenakan kompaun sebanyak RM 250. Mereka yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM 150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh SATU bulan daripada tarikh izin kompaun diterima. Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan dan bayaran penuh kompaun sebanyak RM 250 akan dikenakan. Kompaun lebih tinggi iaitu sebanyak RM 350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya.
Di bawah Peraturan 12 (1) (a) dan 12 (1) (b), Tuan Punya Premis yang telah menerima notis kesalahan dikenakan kompaun sebanyak RM 250 bagi kesalahan pertama dan kedua manakala bagi kesalahan kali ketiga dan seterusnya, kompaun yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM 350.
Secara rumusan melalui tinjauan di lapangan, rata-rata tuan punya premis telah memberikan kerjasama dan menjalankan tanggungjawab mereka di dalam melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan.  Peratusan kesalahan yang dilakukan oleh Tuan Punya Premis jika dibandingkan dengan bilangan premis yang dilawati  telah menurun daripada 47% pada hari pertama Januari 2019 kepada 1.7 % pada hari pertama Januari 2020. Namun begitu, bilangan perokok yang merokok di tempat makan masih tinggi dengan 10% perokok didapati merokok di premis yang dilawati.  Pihak KKM memohon kerjasama semua pihak agar mematuhi larangan merokok ini  bagi memastikan kesihatan masyarakat terjamin.
Bagi golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok, mereka dialu-alukan untuk mendapatkan khidmat nasihat di semua perkhidmatan berhenti merokok mQuit yang telah disediakan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara atau di mana-mana fasiliti perkhidmatan berhenti merokok mQuit swasta yang telah diberikan akreditasi. Mereka juga  boleh mendapatkan maklumat serta berdaftar  melalui laman sesawang http://jomquit.moh.gov.my atau menghubungi talian 03-8883 4400 untuk maklumat lanjut.
“KE ARAH GENERASI BEBAS DARIPADA SEBARANG BENTUK
AMALAN MEROKOK”
Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 2 Januari 2020 Sumber: KP Kesihatan
The post 605 Kompaun Larangan Merokok Dikeluarkan Pada Hari Kedua Perlaksanaan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/02/605-kompaun-larangan-merokok-dikeluarkan-pada-hari-kedua-perlaksanaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larangan Merokok Vape Di Semua Tempat Makan Mulai Tahun 2020

Larangan Merokok Vape Di Semua Tempat Makan Mulai Tahun 2020

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 305 hits
Dr Lee Boon Chye berkata denda RM250 jika melakukan kesalahan itu Boleh dikurangkan ke RM150 jika dibayar dalam tempoh sebulan Foto AFPGEORGE TOWN 20 Dis Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape ...
82 Notis Kesalahan Merokok Dikeluarkan Di Kelantan

82 Notis Kesalahan Merokok Dikeluarkan Di Kelantan

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 210 hits
KOTA BHARU Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengeluarkan 82 notis kesalahan merokok di tempat makan dengan nilai kompaun berjumlah RM18 309 dari 1 hingga 3 Januari Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata notis itu dikeluarkan kepada indi...
Semua Tempat Makan Jadi Kawasan Larangan Merokok Mulai 2020

Semua Tempat Makan Jadi Kawasan Larangan Merokok Mulai 2020

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 403 hits
Bernama Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan larangan menghisap rokok dan vape di semua tempat makan di seluruh Malaysia dikuatkuasakan bermula tahun 2020 GEORGE TOWN Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan larangan menghisap rokok...
1037 Hari Penuh Perjuangan Tsania Marwa Akhirnya Dapatkan Hak Asuh Kedua Anaknya

1037 Hari Penuh Perjuangan Tsania Marwa Akhirnya Dapatkan Hak Asuh Kedua Anaknya

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 335 hits
Yang namanya ibu pasti bakal berjuang untuk anak anaknya Bahkan sampai titik darah terakhir Itu pula yang dilakukan mantan istri Atalarik Syah ini
Viral Gambar Gambar Dipercayai Operasi Saman Langgar Peraturan Larangan Merokok Di Premis Jual Makanan

Viral Gambar Gambar Dipercayai Operasi Saman Langgar Peraturan Larangan Merokok Di Premis Jual Makanan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 838 hits
Umum sudah sedia maklum bahawa bermula 1 Januari 2020 penguatkuasaan saman terhadap kesalahan merokok di premis menjual makanan bermula Mana mana individu yang ingkar dengan peraturan tersebut boleh disaman dan dikenakan denda Terkini di me...
Masih Ramai Tidak Peduli Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan Seluruh Negara

Masih Ramai Tidak Peduli Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 359 hits
MASIH ramai individu yang enggan patuh dengan larangan merokok di restoran pada hari pertama penguatkuasaan penuh dijalankan seluruh negara semalam lapor The Malaysian Insight Malah ramai mendakwa mereka tidak tahu tentang larangan itu mesk...
Kompaun Rm250 Merokok Di Tempat Makan Berkuat Kuasa Rabu Ini

Kompaun Rm250 Merokok Di Tempat Makan Berkuat Kuasa Rabu Ini

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR 30 Dis Bermula Rabu ini individu yang merokok di kawasan larangan termasuk semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun bagi mereka yang me...
Warga Emas Tabur Wang Atas Jalan Lepas Rompak Bank Sambil Ucap Selamat Hari Krismas

Warga Emas Tabur Wang Atas Jalan Lepas Rompak Bank Sambil Ucap Selamat Hari Krismas

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 331 hits
SEORANG lelaki berjanggut putih dilaporkan cuba menggembirakan orang ramai sempena hari Krismas dengan cara merompak sebuah bank di Colorado sebelum menabur wang hasil rompakannya di atas jalan sambil mengucapkan Merry Christmas Pihak polis...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Overcoming Funding Challenges

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Nostalgia Bedak Sejuk

Lima Gandingan Makanan Hebat Untuk Pemakanan Sihat Dari Susan Bowerman

Nasi Briyani Kukus Padu Sedap Uii Percuma Ayam Briyani Untuk Ibu Mengandung Patutla Ramai Beratur Beli

Experience The Bee Heat Ac Difference Experience Superior Comfort

Dua Lelaki Warga Asing Empat Lari 70 Meter Sahaja

Bekas Pemain Import Liga M Antara Ditahan Dalam Op Kutip