Terkini Premis Makanan Dilarang Sedia Ruang Khas Merokok Dalam Kawasan Operasi Perniagaan


BATU GAJAH, 5 Jan (Bernama) — Premis makanan tidak dibenarkan menyediakan ruang khas untuk merokok buat pelanggan di dalam kawasan operasi perniagaan mereka.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata peraturan itu termasuk dalam arahan yang menetapkan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka sebagai jarak kawasan larangan merokok.
“Sekiranya kedai makan menyediakan ruang khas merokok di luar kawasan (lingkungan tiga meter), ia bukan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan tetapi pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Kami telah mengadakan perbincangan dengan PBT. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mungkin akan mempertimbangkan premis makanan untuk menyediakan tempat pembuangan puntung rokok (dan bukannya ruang khas untuk merokok),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Kempen Kesihatan dan Derma Darah di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Batu Gajah di sini hari ini.
Dr Lee berkata setiap premis makanan perlu mengikut lesen beroperasi restoran yang dikeluarkan pihak PBT dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya peraturan tidak dipatuhi.
Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka, namun perokok masih dibenarkan merokok pada jarak tiga meter dari luar restoran terbabit.
Pada 1 Jan tahun ini, Kementerian Kesihatan melaksanakan penguatkuasaan penuh larangan merokok di tempat makan dengan kompaun maksimum sehingga RM350.
Sementara itu, Dr Lee berkata kurang kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan melakukan saringan awal untuk mengesan kanser antara punca peningkatan bilangan kes baharu kanser.
Katanya, berdasarkan rekod, 95 peratus penyakit kanser boleh dirawat dan disembuhkan pada peringkat awal bagaimanapun, kanser agak sukar dirawat sekiranya sudah memasuki tahap keempat.
“Saringan awal untuk mengesan kanser boleh dilakukan di klinik kesihatan melalui ujian mamogram dan pap smear selain pemeriksaan najis berdarah bagi mengesan kanser kolorektal,” katanya.
Jumaat lepas, Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata terdapat peningkatan bilangan kes baharu kanser yang dikesan sepanjang lima tahun bermula 2012 hingga 2016 iaitu 115,238 kes berbanding 103,507 kes bagi tempoh sama pada 2007 hingga 2011.
Menurut laporan sama, 10 jenis kanser tertinggi yang dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia mengikut keutamaan bagi tempoh 2012-2016 ialah kanser payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharynx, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim dan ovari.
Baca: Dengan Kamera 108MP Xiaomi Note 10, Ini Hasil Mengagumkan Yang Kami Dapat
Sumber: BERNAMA
The post TERKINI: Premis Makanan Dilarang Sedia Ruang Khas Merokok Dalam Kawasan Operasi Perniagaan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/05/terkini-premis-makanan-dilarang-sedia-ruang-khas-merokok-dalam-kawasan-operasi-perniagaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Viral Gambar Gambar Dipercayai Operasi Saman Langgar Peraturan Larangan Merokok Di Premis Jual Makanan

Viral Gambar Gambar Dipercayai Operasi Saman Langgar Peraturan Larangan Merokok Di Premis Jual Makanan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 918 hits
Umum sudah sedia maklum bahawa bermula 1 Januari 2020 penguatkuasaan saman terhadap kesalahan merokok di premis menjual makanan bermula Mana mana individu yang ingkar dengan peraturan tersebut boleh disaman dan dikenakan denda Terkini di me...
Pbt Sedia Tempat Khas Merokok

Pbt Sedia Tempat Khas Merokok

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 251 hits
Penguatkuasaan larangan merokok di premis menjual makanan bukan sahaja menghilangkan hak asasi perokok malah menimbulkan persoalan mengenai diskriminasi kepada penggunaan barangan yang dibenarkan dijual beli Bagaimanapun kerajaan Malaysia m...
Masih Ramai Tidak Peduli Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan Seluruh Negara

Masih Ramai Tidak Peduli Larangan Merokok Di Restoran Dan Premis Makanan Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 431 hits
MASIH ramai individu yang enggan patuh dengan larangan merokok di restoran pada hari pertama penguatkuasaan penuh dijalankan seluruh negara semalam lapor The Malaysian Insight Malah ramai mendakwa mereka tidak tahu tentang larangan itu mesk...
Pbt Boleh Pohon Peruntukan Bina Kawasan Khas Merokok

Pbt Boleh Pohon Peruntukan Bina Kawasan Khas Merokok

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 302 hits
PUTRAJAYA 7 Jan Pihak berkuasa tempatan yang ingin membina kawasan khas merokok di tempat tempat awam dalam kawasan masing masing boleh membuat permohonan peruntukan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Menterinya Zuraida Kama...
Kkm Benarkan Ruang Khas Merokok Asalkan Ikut Peraturan 3 Meter

Kkm Benarkan Ruang Khas Merokok Asalkan Ikut Peraturan 3 Meter

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 268 hits
B NANTHA KUMAR Kementerian Kesihatan Malaysia membenarkan pelaksanaan kawasan merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera selagi mengikut peraturan ditetapkan Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata KKM sebelum ini mene...
9 Makanan Khas Kepulauan Riau Yang Patut Dicicipi Ada Kisah Unik Di Baliknya

9 Makanan Khas Kepulauan Riau Yang Patut Dicicipi Ada Kisah Unik Di Baliknya

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 187 hits
Kepulauan Riau dengan keindahan dan keelokannya mampu menghipnotis para wisatawan mancanegara hingga lokal untuk menikmati alamnya
5 Jenis Makanan Ini Dilarang Untuk Dikonsumsi Para Idol Kpop

5 Jenis Makanan Ini Dilarang Untuk Dikonsumsi Para Idol Kpop

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 192 hits
Industri hiburan Korea Selatan bisa dibilang sangatlah pesat dan menjanjikan Tetapi menjadi seorang idol KPop yang dipuja puja oleh semua orang tidak seindah yang terlihat Para idol dituntut untuk tampil selalu sempurna Salah satunya adalah...
Bagaimana Cara Buat Aduan Terhadap Perokok Di Premis Makanan

Bagaimana Cara Buat Aduan Terhadap Perokok Di Premis Makanan

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 352 hits
FMT Reporters Kepada si perokok berhati hatilah kerana ramai yang akan memerhati anda di sekeliling tahun ini Bukan kerana anda tampak bergaya dengan sebatang rokok tetapi jika anda menghisapnya di premis makanan saman menanti anda berikuta...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam