Larangan Membaca Doa Di Sekolah



1. Pihak polis dilaporkan menyiasat tindakan sebuah sekolah di Pulau Pinang yang didakwa melarang bacaan doa sedangkan bacaan doa bentuk Kristian diadakan. Ketua Pengarah Pelajaran turut memberikan amaran kepada sekolah tersebut. Beliau menegaskan bahawa semua pentadbir sekolah perlu mematuhi Akta Pendidikan dan surat-surat siaran kementerian, Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997.
2. Dalam Islam, doa mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Allah sendiri yang memberikan saranan agar berdoa kepadanya. Firman Allah:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
“Dan Tuhanmu berkata: Berdoalah kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan (doa kamu).” (Ghafir: 60)
3. Bahkan di dalam al-Quran, para Nabi digambarkan sebagai golongan yang sering memanjatkan doa mereka kepada Allah. Malah keseluruhan Nabi Ulul Azmi mempunyai doa mereka yang tersendiri di dalam al-Quran.
4. Rasulullah sendiri melihat doa sebagai sesuatu yang mulia di sisi Allah. Sabda Rasulullah:
لَيْسَ شَيْءٌ أَكْرَمَ عَلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنْ الدُّعَاءِ
“Tiada ada yang lebih mulia di sisi Allah seperti doa” (HR al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani)
5. Dalam negara yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, seharusnya setiap kita menghormati hak Muslim yang ingin berdoa di dalam majlis. Rasulullah dilihat meletakkan sempadan yang jelas apabila sesuatu perkara itu melibatkan perkara aqidah, kehormatan dan syiar Islam.
6. Perkara ini dijelaskan oleh Dr. Yusuf al-Qardawi bahawa selain daripada pembayaran jizyah dan pematuhan undang-undang, salah satu tanggungjawab non-Muslim (ahl zimmah) yang perlu dipegang adalah menjaga perasaan (sensitiviti) umat Islam.
Al-Qardawi menjelaskan bahawa dengan itu tidak boleh bagi non-Muslim untuk mencerca Islam, Rasulullah dan al-Quran secara zahir. Bahkan, bagi menjaga sensitiviti Muslim, beliau turut menegaskan makan secara terbuka di dalam bulan Ramadan juga seharusnya dikawal bagi menjaga sensitiviti umat Islam. (Al-Qardawi, Ghayr Al-Muslimin Fi Al-Mujtama’ Al-Islami, (Kaherah: Maktabah Wahbah, 1992), 45-46.)
7. Ini juga adalah sebahagian dari prinsip rahmatan lil alamin yang mesti diperjelaskan. Jangan pula kita terkeliru dengan konsep rahmatan sehingga terlalu berlembut dan mendiamkan perkara yang seharusnya dipertahankan untuk umat Islam.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
The post Larangan Membaca Doa di Sekolah appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/larangan-membaca-doa-di-sekolah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Sekolah Larang Bacaan Doa

Polis Siasat Sekolah Larang Bacaan Doa

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 340 hits
Polis menyiasat tindakan sebuah sekolah di Pulau Pinang yang didakwa melarang bacaan doa Ketua Penolong Pengarah Pendakwaan Undang Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mior Faridalathrash Wahid berkata kes itu disiasat bawah Seksyen 5...
Larangan Doa Semua Pihak Perlu Hormat Islam Agama Rasmi

Larangan Doa Semua Pihak Perlu Hormat Islam Agama Rasmi

papar berkaitan - pada 2/10/2019 - jumlah : 251 hits
Ust Hj Zamri Hashim Pihak berkuasa perlu siasat bertindak tegas terhadap pihak larang doa1 MUIS berpendirian bahawa tindakan menghalang bacaan doa dalam majlis Sekolah Perempuan Methodis di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan di beberapa a...
Larang Bacaan Doa Dan Gunakan Bahasa Cina Sepenuhnya 2 Sekolah Diberi Amaran

Larang Bacaan Doa Dan Gunakan Bahasa Cina Sepenuhnya 2 Sekolah Diberi Amaran

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 502 hits
Bacaan doa dilarang di sekolah Macam mana pihak pengurusan sekolah boleh buat keputusan macam ni Ohmedia pagi ni dah terbaca satu lagi isu sensitif di mana dua buah sekolah telah dikatakan melarang bacaan doa dan telah menggunakan bahasa Ci...
Bacaan Doa Kristian Di Sekolah Salahi Perlembagaan

Bacaan Doa Kristian Di Sekolah Salahi Perlembagaan

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 618 hits
USTAZ ABDUL RAZIB ABDUL RAHIM 29 SEPTEMBER 2019TINDAKAN SK Methodist tidak membenarkan bacaan doa orang Islam dan membiarkan bacaan doa secara agama Kristian secara terbuka dalam satu majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah sangat berten...
Tips Soalan Temuduga Pengawas Sekolah

Tips Soalan Temuduga Pengawas Sekolah

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 659 hits
Original Content Menjadi pengawas sekolah merupakan satu pencapaian bagi seorang murid atau pelajar sekolah Ini kerana pengawas selalunya terdiri dari mereka yang cemerlang sama ada dari segi akademik sahsiah kepimpinan dan kokurikulum Namu...
Operasi Bas Van Sekolah Haram Terus Berleluasa

Operasi Bas Van Sekolah Haram Terus Berleluasa

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 489 hits
Kuala Lumpur Perkhidmatan van sekolah haram bukan perkara baharu dan walaupun isu itu sudah berulang kali didedahkan bilangan pengusahanya dilaporkan semakin bertambah Pelbagai operasi serta gerakan pemutihan yang dilaksanakan pihak berkuas...
Kongres Maruah Melayu Gesa Kerajaan Mansuh Sekolah Vernakular

Kongres Maruah Melayu Gesa Kerajaan Mansuh Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 538 hits
Pelajar Universiti Perguruan Sultan Idris Nurul Fatin Aqilah Rahim membentangkan resolusi kluster pendidikan dalam Kongres Maruah Melayu hari ini SHAH ALAM Kongres Maruah Melayu hari ini menggesa kerajaan memansuhkan sistem sekolah vernakul...
Usul Mansuh Sekolah Vernakular Kenapa Kit Siang Guan Eng Diam Soal Mca

Usul Mansuh Sekolah Vernakular Kenapa Kit Siang Guan Eng Diam Soal Mca

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 380 hits
October 7 2019 5 15 PMPresiden MCA Wee Ka Siong berkata pendirian MCA berhubung sekolah vernakular adalah jelas KUALA LUMPUR MCA hari ini mengkritik DAP yang menurutnya berdiam diri apabila terdapat gesaan menghapuskan sekolah vernakular se...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Pakej Percutian Turki

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage

How To Build A Shelter In The Wilderness Essential Tips For Survival

Tahun Melawat Malaysia 2026 Syarikat Telco Diarah Perbaiki Kualiti Perkhidmatan

10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umdap Paling Sesuai

Kkv Alamanda

Sabun Pencuci Pinggan Pun Boleh Buat Sendiri Guna Limau Kasturi

Yassin Berjaya Ketepikan Hukuman Penjara Seumur Hidup Serta 16 Sebatan

Wall Street Melonjak Nasdaq Naik 2 74 Didorong Oleh Saham Teknologi Yang Mengangkat Pasaran Lebih Tinggi

Pbu Akademik Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik