Polis Sahkan Tahan Lelaki Di Labuan Untuk Paksa Jalani Ujian



Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki yang dikatakan tidak memberi kerjasama untuk menjalani ujian saringan wabak Covid-19 di Labuan, Sabah.

Ketua Polis Daerah Labuan, Muhamad Farid Ahmad mengesahkan beberapa rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan pegawai kesihatan dan polis memakai topeng muka dan menahan seorang lelaki di sebuah flat di Labuan.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata polis dan pasukan kesihatan dari Hospital Labuan telah menahan individu berusia 68 tahun itu bagi memaksanya membuat ujian saringan.

Farid berkata "kekerasan secara minimum" digunakan bagi menahan individu itu, seperti peruntukan di bawah Seksyen 15 (2) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang membenarkan pihak berkuasa untuk menggunakan kekerasan sekiranya perlu.

Polis menjelaskan bahawa lelaki tersebut merupakan kontak pertama kepada salah seorang jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling.

“Subjek sangat diperlukan untuk hadir ke Hospital Labuan untuk tujuan ujian saringan dan seterusnya menjalani sesi kuarantin,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Farid turut berkata lelaki tersebut tidak mengendahkan sebarang arahan dan perintah untuk menghadirkan diri ke hospital pada 17 Mac.

Dua hari kemudian, pasukan pegawai perubatan Hospital Labuan telah pergi ke alamatnya untuk membawa lelaki itu ke hospital bagi menjalani ujian saringan Covid-19, tetapi dia enggan memberikan kerjasama.

"Ekoran daripada kejadian itu, Jabatan Kesihatan Labuan telah meminta bantuan polis untuk melaksanakan perintah dan tugas tersebut,” jelasnya.

Farid berkata dua orang pegawai polis dan seorang pegawai kesihatan dikerah untuk menahan lelaki tersebut.

Setakat semalam, Malaysia mencatatkan 900 kes positif Covid-19 dengan dua kematian.

Daripada jumlah itu, 513 kes dan satu kematian mempunyai kaitan dengan program perhimpunan tabligh.

Daripada jumlah itu juga, lima individu dari Labuan disahkan positif Covid-19.


MR :  Malaysia dah berlembut... jangan buat Malaysia macam China


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/03/polis-sahkan-tahan-lelaki-di-labuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Degil Sangat Polis Jemput Bapa Kepada Anggota Tabligh Yang Enggan Jalani Ujian Saringan Covid 19

Degil Sangat Polis Jemput Bapa Kepada Anggota Tabligh Yang Enggan Jalani Ujian Saringan Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 377 hits
Kedegilan seorang warga emas memaksa pihak Jabatan Kesihatan Daerah Labuan mendapatkan bantuan polis untuk membawanya menjalani ujian Covid 19 susulan lelaki berusia 68 tahun itu merupakan kontak pertama anaknya yang menghadiri perhimpunan ...
Polis Dipanggil Selepas Bapa Peserta Tabligh Enggan Buat Ujian Covid 19

Polis Dipanggil Selepas Bapa Peserta Tabligh Enggan Buat Ujian Covid 19

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 330 hits
March 20 2020 1 10 PmTangkap layar daripada rakaman video menunjukkan pegawai polis memakai sut perlindungan membawa seorang warga emas keluar dari pangsapurinya dan mengiringinya ke sebuah ambulans untuk menjalani ujian saringan Covid 19 K...
Video Polis Tahan Lelaki Kenduri Kepala Kambing

Video Polis Tahan Lelaki Kenduri Kepala Kambing

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 336 hits
Oleh Zuliaty Zulkifflibhnews bh com myALOR SETAR Polis menahan seorang lelaki yang merakam video kenduri kepala kambing dan mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan di Langgar di sini petang tadi Lelaki berusia 49 tahun yang merakam video me...
Sprm Tahan 12 Anggota Polis Di Pulau Pinang Yang Terima Rasuah Dan Salah Guna Kuasa

Sprm Tahan 12 Anggota Polis Di Pulau Pinang Yang Terima Rasuah Dan Salah Guna Kuasa

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR Seramai 12 pegawai polis dari Bahagian Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana dipercayai melindungi pemandu lori lebih muatan Sebelas daripada mereka ditahan di sek...
Berita Palsu Ahli Parlimen Labuan Lapor Polis

Berita Palsu Ahli Parlimen Labuan Lapor Polis

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 271 hits
LABUAN Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli hari ini membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita yang berpangkalan di Sabah yang didakwa beliau menyiarkan laporan berbentuk fitnah semalam yang dianggapnya telah mejejaskan reputasi...
Covid 19 Polis Tahan Lelaki Hadir Perhimpunan Tabligh

Covid 19 Polis Tahan Lelaki Hadir Perhimpunan Tabligh

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 310 hits
BALIK PULAU Seorang daripada empat individu yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Jalan Sultan Azlan Shah dekat sini mengakui pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur bulan lalu Pengakuan itu menyebabkan...
Pekerja Boleh Buat Laporan Polis Jika Majikan Paksa Datang Kerja

Pekerja Boleh Buat Laporan Polis Jika Majikan Paksa Datang Kerja

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 592 hits
Majikan yang didapati memaksa pekerja untuk hadir ke pejabat tanpa ada sebarang keperluan dianggap melanggar Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Menurut Setiausaha Agung Persatuan Hak Asasi Manusia Lim Wei Jiet berkata tiada majikan d...
Bukit Aman Sahkan 18 Anggota Polis Keluarga Negatif Covid 19

Bukit Aman Sahkan 18 Anggota Polis Keluarga Negatif Covid 19

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 335 hits
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan terus membantu KKM di setiap peringkat bagi mengekang Covid 19 daripada terus merebak KUALA LUMPUR Polis hari ini mengesa...
Biadap Maki Hamun Anggota Polis Tidak Teragak Agak Tahan Mereka Yang Degil

Biadap Maki Hamun Anggota Polis Tidak Teragak Agak Tahan Mereka Yang Degil

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 203 hits
Walaupun sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melaporkan yang sebanyak 95 rakyat Malaysia sudah mula mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan tetapi masih ada lagi segelintir individu yang berdegil dan pihak polis terpaksa me...
Dugaan Pagi Khamis

Quantum Computing In 2025 Transforming Industries And Redefining Possibilities

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Kelly Ripa And Lola Consuelos Legs And Feet In Tights

Peja Cukup Alasan Dan Sesuai Sertai Ph

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

Johari Abdul Ghani Dijangka Ganti Tengku Zafrul Disember Ini

Build A Strong Brand Identity Startup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Beza Term Deposit I Dengan Saving Pot Aeon Bank

Hukum Tajwid Surat Al Fatihah Ayat 1 7 Dan Arti Perkata

Beli Di Sini Https Vt Tiktok Com Zsrnvanvd

Pengarah Moe Lebih 1 700 Pelajar Gagal Semua Subjek Spm Ada Yang Kerja Malam

Peragut Dikejar 12km Akhirnya Tumpas Di Tangan Penghantar Makanan

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Mohon Maaf Kepada Ahli Parlimen Dap