Lapangan Terbang Istanbul Paling Sibuk Di Eropah 2021
Lapangan Terbang Istanbul Paling Sibuk Di Eropah 2021
LAPANGAN Terbang Antarabangsa Istanbul disenaraikan sebagai lapangan terbang paling sibuk di Eropah, dengan pengendalian hampir 37 juta penumpang pada tahun lalu.
Meskipun dunia dilanda pandemik, trafik penumpang di lapangan terbang itu terus merekodkan peningkatan sehingga mencapai 36,988,563 pada 2021.
Angka ini bagaimanapun masih rendah berbanding pada 2019, sebelum tercetusnya pandemik COVID-19
Pada 2020, ia mengalami penurunan bilangan penumpang sebanyak 59 peratus akibat penularan koronavirus yang menyaksikan sempadan antarabangsa kebanyakan negara ditutup.
Menurut laporan itu lagi, lapangan terbang di Turki dan Rusia merekodkan jumlah penumpang terbesar pada 2021.
Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul menduduki tempat pertama, diikuti Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di Moscow (30,943,456 penumpang) dan Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris (26,201,698).
Dapatan ini terkandung dalam laporan tahunan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) Eropah dan turut dimaklumkan menerusi Instagram milik stesen penyiaran berita Turki, TRT World.
Baru-baru ini media melaporkan, kemudahan penerbangan tersibuk Eropah itu ditutup berikutan salah satu bumbung terminal kargo runtuh akibat salji tebal, namun tiada kecederaan dilaporkan.
Susulan itu, penerbangan dari Timur Tengah dan Afrika ke Eropah dan Asia digantung sementara.
Sementara itu, menurut laporan sama, Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol di Belanda merupakan lapangan terbang keempat sibuk di dunia, diikuti Lapangan Terbang Domodedovo Moscow.
Selain Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, dua lagi lapangan terbang di Turki tersenarai sebagai antara yang paling sibuk di Eropah pada 2021, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Istanbul dan Lapangan Terbang Antalya.
Sabiha Gokcen menduduki tempat keenam dengan lebih 24 juta penumpang sementara Antalya menduduki tempat kesembilan dengan pengendalian lebih 21 juta penumpang.-AA
View this post on Instagram
A post shared by TRT World (@trtworld)
Lapangan Terbang Istanbul Paling Sibuk Di Eropah 2021
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Bekas calon PRK Port Dickson didakwa bunuh suami
Hadi ugut UMNO?
Teong Kim balas TMJ – Apa kaitan gaji saya dengan prestasi Harimau Malaya?
Hutang RM1 trilion: ‘Tahniah Guan Eng, abah kau, atuk’
Mazlan bidas Muhyiddin, cermin diri dulu
JAIS jawab isu lelaki mimpi peristiwa akhir zaman
Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
Pengguna cemas duit dalam bank ‘lesap’
Biadap! Warga asing tunjuk kemaluan semasa beli barang diburu
Meloyakan! Tikus bermain di atas pemotong ayam restoren [VIDEO]
‘Tangan ghaib’ cerita dongeng – Tunku Ismail
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]
The post Lapangan Terbang Istanbul Paling Sibuk Di Eropah 2021 appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/01/30/lapangan-terbang-istanbul-paling-sibuk-di-eropah-2021/