8 Ahli Sukan Wanita Paling Kaya 2021


Setiap tahun, majalah bisnes terkemuka, Forbes sentiasa mengemas kini senarai atlet yang menerima bayaran paling tinggi di dunia dan kebiasaannya ia sering berubah-ubah.

Kali ini, kami menyenaraikan lapan atlet wanita yang menerima bayaran tertinggi sepanjang tahun 2021 sama ada dari segi hadiah kemenangan mahupun hasil sebagai duta produk.

1. NAOMI OSAKA


Umur: 25 tahun
Negara: Jepun
Sukan: Tenis
Pendapatan dalam padang: AS$2.3 juta (RM9.64 juta)
Pendapatan luar padang: AS$55 juta (RM230.61 juta)

Hampir semua pendapatan Naomi Osaka berjumlah AS$57.3 juta (RM239.87 juta) datang daripada kerjasama yang dilakukan bersama lebih 10 jenama terkemuka dunia seperti Louis Vuitton, Sweetgreen dan Tag Heuer.

Walaupun mengharungi musim suram dalam saingan tenis pada 2021, namun dia tetap mengungguli carta atlet wanita yang menerima bayaran tertinggi sepanjang tahun lalu.

2. SERENA WILLIAMS


Umur: 41 tahun
Negara: Amerika Syarikat
Sukan: Tenis
Pendapatan dalam padang: AS$900,000 (RM3.77 juta)
Pendapatan luar padang: AS$45 juta (RM188.69 juta)

Meskipun sekadar menyertai enam kejohanan WTA pada musim lalu, namun Serena Williams boleh diibaratkan seperti pisang goreng panas kepada syarikat-syarikat gergasi untuk melantiknya sebagai duta produk.

Tahun lalu, dia juga menjadi penerbit eksekutif untuk filem King Richard selain memiliki pelaburan dalam syarikatnya, Serena Ventures.

3. SIMONE BILES


Umur: 25 tahun
Negara: Amerika Syarikat
Sukan: Gimnastik
Pendapatan dalam padang: AS$1 juta (RM4.19 juta)
Pendapatan luar padang: AS$10 juta (RM41.93 juta)

Walaupun dia dikritik hebat pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 tahun lalu kerana menarik diri dalam lima acara, namun Simone Biles sudah pun memahat namanya sebagai legenda.

Dia bekerjasama dengan Autograph untuk mengeluarkan token NFTs pada Ogos lalu selain imejnya digunakan dalam Jelajah Gimnastik di Amerika Syarikat.

4. VENUS WILLIAMS


Umur: 42 tahun
Negara: Amerika Syarikat
Sukan: Tenis
Pendapatan dalam padang: AS$300,000 (RM1.26 juta)
Pendapatan luar padang: AS$11 juta (RM46.12 juta)

Kelibat bekas pemain No. 1 dunia ini jarang-jarang dapat dilihat dalam kejohanan WTA sejak kebelakangan ini.

Pendapatan pemain biasa mungkin terjejas teruk sekiranya tidak banyak menyertai kejohanan, namun tidak bagi Venus Williams memandangkan dia memiliki jenama pakaian sendiri, EleVen yang berkolaborasi dengan K-Swiss.

Seperti adiknya Serena, dia juga merupakan penerbit eksekutif filem King Richard.

5. GARBINE MUGURUZA


Umur: 29 tahun
Negara: Sepanyol
Sukan: Tenis
Pendapatan dalam padang: AS$2.8 juta (RM11.74 juta)
Pendapatan luar padang: AS$6 juta (RM25.16 juta)

Dalam saingan antara 2018 sehingga 2020, prestasi Garbine Muguruza dianggap kurang memuaskan biarpun berjaya menjadi naib juara Terbuka Australia pada 2020.

Bagaimanapun, kebangkitan yang ditampilkan tahun lalu dengan memenangi tiga kejohanan selain berada pada ranking ketiga dunia membolehkan dia menerima bonus daripada penaja.

Selain itu, dia juga memiliki perjanjian penajaan dengan Jaguar, Nivea, Adidas dan Babolat.

6. KO JIN YOUNG


Umur: 27 tahun
Negara: Korea Selatan
Sukan: Golf
Pendapatan dalam padang: AS$3.5 juta (RM14.68 juta)
Pendapatan luar padang: AS$4 juta (RM16.77 juta)

Ko Jin Young meraih hadiah wang tunai AS$1.5 juta (RM6.28 juta) selepas memenangi Kejohanan CME Group Tour pada November lalu walaupun akur status sebagai pemain No. 1 dunia hampir dua tahun dirampas Nelly Korda.

Walaupun tidak mendapat tajaan tetap untuk kelengkapan kayu golf, namun dia masih menjana pendapatan lumayan hasil perjanjian dengan LG Electronics, Korean Air, air mineral Jeju SamDasoo serta produk penjagaan kulit Rejuran.

7. P. V. SINDHU


Umur: 27 tahun
Negara: India
Sukan: Badminton
Pendapatan dalam padang: AS$200,000 (RM838,600)
Pendapatan luar padang: AS$7 juta (RM29.35 juta)

Nama P. V. Sindhu tidaklah terlalu popular dalam arena sukan dunia, namun dia adalah jaguh di gelanggang badminton selain pernah berada dalam carta ini pada 2018.

Selepas memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, perseorangan wanita India ini menerima empat tajaan baharu daripada Byju’s, Spinny, Li-Ning serta Bank of Baroda.

8. ASHLEIGH BARTY


Umur: 26 tahun
Negara: Australia
Sukan: Tenis
Pendapatan dalam padang: AS$3.9 juta (RM16.35 juta)
Pendapatan luar padang: AS$3 juta (RM12.58 juta)

Tidak ada pemain tenis wanita lain yang meraih hadiah kemenangan lebih tinggi daripada Ashleigh Barty pada musim 2021.

Malah, pemain No. 1 dunia ini baru sahaja menandatangani perjanjian penajaan dengan Marriot Bonvoy. Satu pencapaian menakjubkan apabila sebahagian besar pendapatannya musim lalu hadir menerusi hadiah wang kemenangan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kerjaya e-Sports Di Malaysia, Bagaimana Mahu Menjadi Pemain Game Profesional?5 Jutawan Yang Tidak Menamatkan Pelajaran Di Universiti
sumber: kosmo



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2022/01/ahli-sukan-wanita-terkaya-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lapangan Terbang Istanbul Paling Sibuk Di Eropah 2021

Lapangan Terbang Istanbul Paling Sibuk Di Eropah 2021

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 202 hits
Lapangan Terbang Istanbul Paling Sibuk Di Eropah 2021 LAPANGAN Terbang Antarabangsa Istanbul disenaraikan sebagai lapangan terbang paling sibuk di Eropah dengan pengendalian hampir 37 juta penumpang pada tahun lalu Meskipun dunia dilanda pa...
Denmark New Zealand Dan Finland Negara Paling Kurang Rasuah 2021

Denmark New Zealand Dan Finland Negara Paling Kurang Rasuah 2021

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 217 hits
GAMBAR menunjukkan senarai senarai negara paling kurang rasuah di dunia yang dipaparkan menerusi Indeks Persepsi Rasuah 2021 oleh Transparency International Transparency International LONDON Badan pemerhati anti rasuah antarabangsa melapork...
Juruterbang Wanita Paling Termuda Terbang Secara Solo Keliling Dunia Video

Juruterbang Wanita Paling Termuda Terbang Secara Solo Keliling Dunia Video

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 220 hits
Juruterbang Wanita Paling Termuda Terbang Secara Solo Keliling Dunia VIDEO Brussels Juruterbang remaja Zara Rutherford bakal menjadi juruterbang wanita termuda terbang secara solo mengelilingi dunia sebaik mendarat kembali di Belgium pada I...
Godzilla Vs Kong Jadi Filem Paling Banyak Dicetak Rompak Bagi Tahun 2021

Godzilla Vs Kong Jadi Filem Paling Banyak Dicetak Rompak Bagi Tahun 2021

papar berkaitan - pada 31/1/2022 - jumlah : 187 hits
Filem aksi Godzilla vs Kong menjadi filem yang paling banyak dicetak rompak bagi tahun 2021 mengalahkan filem seperti Zack Snyder s Justice League dan Black Widow Filem aksi yang menggabungkan dua raksasa lagenda itu merupakan antara filem ...
Pimpinan Mpr Sebut Ancaman Paling Serius Dari Pandemi Adalah Penurunan Kualitas Sdm

Pimpinan Mpr Sebut Ancaman Paling Serius Dari Pandemi Adalah Penurunan Kualitas Sdm

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 129 hits
Sekjen Gerindra itu melanjutkan Indonesia pada 2045 akan berusia 100 tahun Menurutnya penting untuk disiapkan generasi unggul menuju Indonesia maju
Pemimpin Negara Yang Dianggap Paling Kejam Sepanjang Sejarah Ngeri Banget

Pemimpin Negara Yang Dianggap Paling Kejam Sepanjang Sejarah Ngeri Banget

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 474 hits
Mereka nggak ragu ragu untuk korupsi sampai melumpuhkan lawan politiknya dengan kekerasan Ngeri
Pertama Kali Bulgasal Dinobat Drama Paling Trending Kini

Pertama Kali Bulgasal Dinobat Drama Paling Trending Kini

papar berkaitan - pada 25/1/2022 - jumlah : 227 hits
Masuk minggu baru Good Date Corporation telah meriliskan senarai drama dan pelakon yang paling popular kini Untuk minggu ketiga Januari Bulgasal buat pertama kali berjaya merebut tempat pertama ranking itu 1 tvN Bulgasal 2 SBS Our Beloved S...
Ditvduh Pakai Baju Gambar Sy4itan Wanita Bengang Tiba2 Dim4ki Oleh Makcik

Ditvduh Pakai Baju Gambar Sy4itan Wanita Bengang Tiba2 Dim4ki Oleh Makcik

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 165 hits
Tak menjadi masalah pun andai kita membuat teguran kepada mana mana pihak asalkan kena dengan caranya dan tidak menyingu ng hati serta perasaan orang lain
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Bagi Yang Tak Faham Matematik Pengiraan Perjalanan Pmx

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu