Lapan Ketua Bahagian Bersatu Perak Desak Ahmad Faizal Letak Jawatan



(Utusan) – Lapan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini enggan menerima notis pembuburan bahagian masing-masing sambil mendesak Pengerusi Bersatu negeri, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletak jawatan.
Ketua Bahagian Gerik, Ibrahim Hanafiah berkata, Ahmad Faizal yang juga Menteri Besar perlu meletak jawatan kerana gagal dan tidak mampu mentadbir urus parti berkenaan dengan baik sehingga menimbulkan pelbagai masalah di peringkat akar umbi.
Menurutnya, perkara paling ketara ialah pembubaran beberapa bahagian parti itu di negeri ini yang dikatakan tidak mengikut perlembagaan parti selain alasan pembubaran yang tidak benar.
“Setakat ini lapan ketua bahagian telah menerima notis pembubaran iaitu Beruas, Bagan Serai, Lenggong, Gerik, Teluk Intan, Tapah, Batu Gajah dan Larut.
“Lain-lain bahagian yang dijangka menerima notis pembubaran ialah Taiping, Bukit Gantang, Parit Buntar, Lumut, Kampung Gajah dan Tanjung Malim. Kami tidak menerima pembubaran ini,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Ketua Bahagian Bagan Serai, Abu Hasan Yusof; Ketua Bahagian Bukit Gantang, Datuk Shaharuddin Rashid dan Ketua Penerangan PPBM Kuala Kangsar, Amir Hashim Yot.
Menurut Ibrahim, alasan pembubaran bahagian-bahagian berkenaan antaranya jawatankuasa bahagian tidak lagi berfungsi, tidak aktif dan ahli-ahlinya tidak dapat dikesan adalah tidak benar.
Beliau berkata, keputusan pembubaran yang dibuat berdasarkan kesimpulan peribadi yang dibuat tanpa siasatan dan ia keputusan yang berat sebelah.
“Sebenarnya pihak yang tidak aktif ialah badan pimpinan negeri yang dipengerusikan oleh Ahmad Faizal kerana tidak mengadakan mesyuarat tahunan sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Bahagian kekurangan dana, nak sewa pejabat pun tak cukup. Kalau tak ada dana macam mana bahagian nak aktif. Kami rasa dipinggirkan di peringkat negeri,” katanya.
Menurutnya, semua ketua bahagian yang terlibat mahu berjumpa dengan pimpinan tertinggi parti dan membawa kes itu ke Lembaga Displin parti untuk tindakan selanjutnya.
“Pembubaran ini tidak sah kerana melanggar perlembagaan parti dan kami tidak diberi peluang untuk membela diri,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2019/02/17/lapan-ketua-bahagian-bersatu-perak-desak-ahmad-faizal-letak-jawatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mb Perak Sedih Kawan Dalam Satu Parti Desak Letak Jawatan

Mb Perak Sedih Kawan Dalam Satu Parti Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 576 hits
IPOH Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak tertekan dengan desakan 8 Ketua Bahagian PPBM di negeri ini yang mahukan beliau meletak jawatan Pengerusi PPBM Perak itu ketika ini lebih memfokuskan untuk memberi perkhidmatan ya...
Hamzah Zainuddin Dicadang Ganti Ahmad Faizal Ketuai Bersatu Perak

Hamzah Zainuddin Dicadang Ganti Ahmad Faizal Ketuai Bersatu Perak

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 396 hits
Seorang Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri ini mencadangkan supaya Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainuddin menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Pengerusi Bersatu Perak Ketua Bahagian Bersatu Bukit ...
Ahmad Razif Letak Jawatan Ketua Pembangkang Dun T Ganu

Ahmad Razif Letak Jawatan Ketua Pembangkang Dun T Ganu

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 304 hits
Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman meletak jawatan selaku ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri Terengganu Tindakan itu difahamkan sebagai memberi laluan kepada wakil rakyat Kijal Datuk Seri Ahmad Said yang dilantik menerajui Umno neger...
Informasi Siapa Dibalik Desak Tun M Letak Jawatan Ini Analisis Dr Kamarul Zaman

Informasi Siapa Dibalik Desak Tun M Letak Jawatan Ini Analisis Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 24/2/2019 - jumlah : 410 hits
Anwar di sebalik desakan Tun M letak jawatan DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF MENARIK juga membaca kenyataan Ketua Pemuda PAS Malaysia Muhammad Khalil Abdul Hadi bahawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berada Di belakang tabir usaha untuk menja...
Lebih Baik Dap Keluar Ph Daripada Desak Tun M Letak Jawatan

Lebih Baik Dap Keluar Ph Daripada Desak Tun M Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 392 hits
20 Februari 2019 12 44 PMRAHMAD ISAHAK PULAU PINANG 20 Feb Adalah lebih baik untuk DAP mengisytiharkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan berbanding mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pandangan...
Kukuhkan Legasi Ketua Bahagian Ppbm Tan Sri Rashid Jutawan Tanah Semenyih Beri Wang Kepada Calon Ph

Kukuhkan Legasi Ketua Bahagian Ppbm Tan Sri Rashid Jutawan Tanah Semenyih Beri Wang Kepada Calon Ph

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 472 hits
Seperti dijangka Pakatan Harapan mengemukakan menantu arwah wakil rakyat Dewan Undangan Negeri Semenyih Bakhtiar Mohd Nor sebagai calon pilihan raya kecil Muhammad Aiman Zainali 30 bukan sahaja anak menantu tetapi juga Bendahari Bahagian Pa...
Lantikan Spr Azmi Sharom Akan Letak Jawatan Pensyarah Um

Lantikan Spr Azmi Sharom Akan Letak Jawatan Pensyarah Um

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 532 hits
MALAYSIAKINI Profesor Madya Dr Azmi Sharom yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya akan meletakkan jawatannya sebagai pensyarah Fakulti Undang undang Universiti Malaya Azmi berkata pada masa ini beliau dalam proses...
Hamid Letak Jawatan Timbalan Presiden Safa I

Hamid Letak Jawatan Timbalan Presiden Safa I

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 665 hits
Hamid letak jawatan Timbalan Presiden SAFA I Ahli perniagaan tempatan Haji Hamid Apdal secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis Adik...
Give An Inch Take A Mile Pas Cries Foul With Serving Of Alcohol At Ipoh S St Michael S Alumni Gathering

Pelancaran Global Siri Oppo Find X9 Pada 28 Oktober Ini

Isu Dokumentasi Setiausaha Agung Fam Digantung Tugas Serta Merta

Permainan Interaktif Dan Warga Emas Hiburan Latihan Minda Dan Masa Depan Malaysia

Pempengaruh Media Sosial Rambo Castello Meninggal Dunia

Tak Boleh Diterima Singapura Dakwa Pas Cuba Pengaruh Pengundi

Alternatif Iphone Air Dah Tiba Nubia Air Hanya Rm899

Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Melayan Pets Shahila

07417048 Ialah Kod Penetapan Semula Kata Laluan Anda

Selamat Maju Jaya Syera

Easy Ground Beef Curry Recipe Indian

Obelisk Simbol Purba Tiang Syaitan

Tasteful Tonti A 1981 Moto Guzzi 850 Le Mans Iii By Foundry