Lantik Guru Tanpa Kemahiran Umpama Ajar Di Pusat Tuisyen Kata Bekas Pengarah


 
Willie Jude -June 22, 2021 Antara mata pelajaran dikesan mengalami kekurangan guru di sekolah rendah adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.KOTA KINABALU: Bekas pengarah pendidikan Sabah, Jame Alip berkata, pelantikan guru tanpa kemahiran dan ilmu pedagogi umpama guru mengajar di pusat tuisyen, bukannya di sekolah.
Katanya, pelantikan guru tanpa kemahiran itu juga boleh menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP), termasuk pengurusan bilik darjah serta murid.
“Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada menteri dan Kementerian Pendidikan (KPM) atas keprihatinan serta ambil peduli terhadap masalah kekurangan guru opsyen yang dihadapi sekolah sejak dulu dan ada kalanya bilangan guru lebih di sekolah tertentu, tetapi tidak memenuhi opsyen diperlukan.
“Kita belum pasti prosedur dan perancangan jangka panjang untuk bakal guru yang dilantik secara ‘one-off’ seperti diumumkan. Adakah kaedah sama dibuat seperti sebelum ini, iaitu KPM pernah melantik guru sandaran tidak terlatih dan guru interim, kemudian mereka wajib menghadiri kursus setiap cuti semester di IPG (Institut Pendidikan Guru) tertentu dalam masa ditetapkan untuk melengkapkan mereka sebagai guru terlatih.
Bekas pengarah pendidikan Sabah, Jame Alip”Adalah kurang profesional dalam bidang perguruan, jika seseorang yang dilantik menjadi guru tanpa mempunyai kemahiran dan ilmu pedagogi, ibarat kata seorang ilmuan, guru yang tiada ilmu pedagogi umpama guru mengajar di pusat tuisyen…ia boleh menjejaskan PdP, termasuklah pengurusan bilik darjah dan murid,” katanya kepada FMT.
Ahad lalu, Menteri Pendidikan Radzi Jidin berkata, KPM akan membuat pengambilan khas guru secara “one-off” bagi mengisi kekosongan guru di seluruh negara, khasnya di Sabah, Sarawak, Johor dan Selangor yang akan membabitkan pengambilan 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan gred DG41.
Katanya, langkah itu adalah perancangan KPM di bawah Pelan Pemulihan Negara susulan kekurangan calon guru dari IPG, selain ketidaksepadanan opsyen untuk mata pelajaran tertentu.
Beliau berkata, antara mata pelajaran dikesan mengalami kekurangan guru adalah Bahasa Inggeris, Sejarah, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sekolah rendah, manakala Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Khas, Pendidikan Agama Islam serta Reka Bentuk dan Teknologi di sekolah menengah.
Jame berkata, lebih baik KPM melantik siswazah tamat pengajian dalam aliran pendidikan, sebelum melaksanakan dasar pelantikan guru secara “one-off” kerana ia sekurang-kurangnya boleh mengurangkan pengangguran dalam kalangan mereka.
“Saya difahamkan masih ramai guru siswazah, mungkin ratusan atau ribuan yang terlatih dan memiliki ijazah sarjana muda pendidikan dari IPG dan universiti awam atau swasta yang menamatkan pengajian mereka, tetapi belum dilantik Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), walaupun telah memohon.
”Semoleknya sebelum dasar KPM melantik guru secara ‘one-off’ dilaksanakan, lebih baik mereka melantik siswazah telah tamat pengajiannya dalam aliran pendidikan itu,” katanya.
Jame yang pernah berkhidmat 38 tahun dalam bidang perguruan dan pendidikan turut mencadangkan KPM tidak menutup mana-mana cawangan IPG di seluruh negara yang mampu menangani kekurangan guru opsyen di sekolah, jika isu itu dianggap kritikal.
“Lebih baik meneruskan dasar IPG dulu agar peranan institut berkenaan dan rohnya berterusan, dengan mengekalkan fungsi cawangan IPG untuk melatih bakal warga guru terlatih.
“Semua pensyarah yang ada di IPG berpengalaman, bukan saja menguasai isi kandungan subjek, tetapi juga dari aspek ilmu pedagogi dan pengalaman mengajar sebagai guru terlatih, sama ada pernah berkhidmat di bandar, luar bandar atau pedalaman.”
Bagi menangani isu kekurangan guru opsyen, katanya, pihak berkepentingan seperti Bahagian Pendidikan Guru (BPG), IPG, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta persatuan guru perlu berbincang kerana mereka lebih memahami masalah di peringkat akar umbi.
“Kita tidak mahu strategi pengambilan guru secara ‘one-off’ ini dipandang seolah-olah bertujuan mengatasi lambakan siswazah yang sedang menganggur.”


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/lantik-guru-tanpa-kemahiran-umpama-ajar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 184 hits
Gopal Sri Ram berkata sama ada darurat ditamatkan atau Parlimen bersidang semula Perlembagaan jelas menetapkan kerajaan boleh buat keputusan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata peruntukan kuasa Agong jelas termaktub dalam...
Amanat Haji Hadi Jakim Perlu Beri Penjelasan Kata Bekas Ahli Pas

Amanat Haji Hadi Jakim Perlu Beri Penjelasan Kata Bekas Ahli Pas

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 1343 hits
Malaysiakini Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Umar Bahgarib Ali mendesak pihak berkuasa menjelaskan sama ada fatwa Amanat Haji Hadi yang diharamkan sebelum ini telah dikeluarkan dari senarai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sheikh Umar berkat...
Vaksin Bagai Kubu Pelindung Dalam Tubuh Kata Bekas Pesakit Covid 19

Vaksin Bagai Kubu Pelindung Dalam Tubuh Kata Bekas Pesakit Covid 19

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 281 hits
Pengakuan tersebut dilontarkan dua bekas pesakit wabak itu setelah mereka terselamat daripada mengalami sebarang simptom berikutan menerima suntikan vaksin Warga emas Rinumbizal Masadai 63 membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menerima sunt...
Parlimen Wajar Bersidang Sebelum Tamat Darurat Kata Bekas Speaker

Parlimen Wajar Bersidang Sebelum Tamat Darurat Kata Bekas Speaker

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 190 hits
MalaysiakiniBekas speakar Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof parlimen bersidang dengan kadar segera tanpa perlu menunggu darurat tamat pada 1 Ogos Mohamad Ariff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan rasmi Istana Negara dan kenyataan ...
Malaysia Perlu Kerajaan Telus Dipercayai Rakyat Untuk Atasi Krisis Covid 19 Kata Johari

Malaysia Perlu Kerajaan Telus Dipercayai Rakyat Untuk Atasi Krisis Covid 19 Kata Johari

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 268 hits
June 15 2021 Bekas menteri kewangan kedua Johari Ghani mencadangkan satu cara keluar daripada kemelut sekarang adalah Yang di Pertuan Agong melantik sebuah kerajaan interim yang mampu meraih kepercayaan rakyat dan majoriti parti politik KUA...
Jangan Kata Dan Berfikiran Ilmu Duaniawi Semua Sia Sia

Jangan Kata Dan Berfikiran Ilmu Duaniawi Semua Sia Sia

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 267 hits
Assalammualaikum wbtJANGAN KATA DAN BERFIKIRAN ILMU DUNIAWI SEMUA SIA SIA Banyak keputusan yang perlu kita ambil dan boleh kita ambil Keputusan untuk diri sendiri dan keputusan untuk orang lain juga Keputusan untuk orang lain tu contohnya i...
Hiburan Disangka Hamil Ernie Zakri Kata Perut Besar Kandung Makanan Bukan Bayi

Hiburan Disangka Hamil Ernie Zakri Kata Perut Besar Kandung Makanan Bukan Bayi

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 370 hits
Penyanyi yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan Ernie Zakri tampil menafikan dakwaan mengenai berita yang mengatakan dirinya kini hamil Isteri kepada penyanyi Syamel ini berkata berat badannya kini meningkat selepas mendirikan rumah tan...
Darurat Gagal Selamatkan Nyawa Dan Ekonomi Kata Najib Razak

Darurat Gagal Selamatkan Nyawa Dan Ekonomi Kata Najib Razak

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 210 hits
Bringing down the government so that Pakatan Harapan can take over with the help of Umno is NOT going to bring the Covid 19 statistics down The truth is the Covid 19 cases and deaths can be reduced if Malaysians can be more disciplined The ...
1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Pilot In Kapar Crash Was Under Influence Of Alcohol Says Report

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


9 Himpunan Doa Para Nabi Disebut Dalam Al Quran

Ladang Jualan Orkid Rawang

Ways To Monetize Your Domains

Rezeki Yang Tidak Disangka

Ibu Rindu Yaya

Bauan Teddys Dream Lovely Lace Wangi Ya Amat