Lantana Villa dari luar. Boleh parkir di dalam atau di luar rumah (ada kawasan lapang di bahagian tepi rumah)
Ruang tamu rumah. Saya rakam foto zoom-out dari tingkat 2 supaya boleh nampak gambaran keseluruhan ruangan. Dari foto ini kita boleh nampak tangga untuk ke tingkat atas, lif dan bilik karaoke yang terletak berhampiran tangga
Ruang dapur yang cukup lengkap dan selesa digunakan sepanjang kami di sini. Foto ni saya rakam dari tingkap cermin kecil memanjang yang menjadi pemisah antara dapur dan laluan ruang tamu ke ruang makan & ruang menonton
Ruang makan dengan sebuah meja panjang muat untuk 10 orang terletak di sebelah kiri gambar. Kanan tu dapur tadi, ada kaunter bar sebagai pemisah ruangan. 2 buah meja bulat tu bukanlah susun atur asal rumah ni, tapi kami letak situ sesuai untuk makan-makan reunion kami. Ada sebuah lagi kami letak di tepi kolam renang. Meja dan kerusi tersebut memang ada disediakan, kita cuma perlu susun dan kemas sendiri. Alas meja dan hiasan meja tu tak disediakanlah ya
Ruang menonton tingkat bawah. Kiranya kalau kita berjalan masuk dari ruang tamu, sebelah kanan ada dapur dan ruang makan, manakala sebelah kiri ruang menonton. Pintu di belakang sofa tu menuju ke kolam renang
Inilah kolam renangnya. ‘Angsa’ dan ‘unicorn’ tu tak tersedia ya, kami bawa dan pam sendiri. Pam guna alat pam kaki, tak susah tapi kena bergilir mengepam sebab angsa tu besar sangat lenguh jugak kaki mengepam
Naik je tangga ke tingkat 2, kita akan nampak ruang menonton ni. Tenang dan cantik dekorasinya. Tapi sepanjang kami di sini, tak pernah pun ada yang sempat menonton di sini. Ruang ni kami jadikan ruang aktiviti kerohanian (solat berjemaah subuh/maghrib/isyak, bacaan al-Ma’thurat dan tazkirah/perkongsian). Dari ruang ini kita boleh menjenguk ruang tamu dan pintu masuk utama di tingkat bawah
Inilah laluan dari tangga/ruang menonton tadi untuk ke bilik-bilik tidur dan ruang solat. Sebelah kiri terdapat tingkap untuk kita melihat ke ruang tengah rumah (tempat kami berfoto dengan belon-belon dalam entri INI). Sebelah kanan laluan terdapat 3 buah bilik tidur dan ada sebuah lagi di sebelah kiri
Salah sebuah bilik tidur di sini. Inilah bilik penginapan saya, luas dan cukup selesa lengkap almari dan cermin besar. Sofa tepi katil tu boleh ubah jadi tempat tidur. Muatlah dua orang tidur di situ
Inilah ruang solat yang terletak di tengah antara 4 buah bilik. Dah siap diatur arah kiblat, tempat imam dan turut disediakan sejadah. Kalau solat sendiri atau berjemaah beberapa orang saja, kami solat di sini
Inilah bilik air ‘terbuka’ yang saya sebut dalam entri DI SINI. Walaupun bilik air ini berada di ruang tertutup sama seperti bilik air biasa, tetapi ia ‘terbuka’ kerana berdindingkan cermin. Apa yang kita buat di dalam bilik air ini tidaklah menjadi rahsia peribadi kerana orang yang lalu boleh nampak segala-galanya 😂
Menurut saya, inilah tarikan utama yang ada di tingkat 3 - sebuah perpustakaan mini. Pertama kali saya naik ke tingkat atas dengan menggunakan lif, mata bersinar gembira apabila keluar dari lif ‘disambut’ dengan pemandangan indah begini. Bahagia sungguh kalau beginilah rupa perpustakaan mini milik saya. Terbayang-bayang yang di sudut sana nak susun buku apa, yang di sudut ini nak susun buku apa pula
Inilah satu-satunya bilik tidur yang terdapat di tingkat 3. Bersambung dengan perpustakaan mini tadi. Bilik tidur ni unik rekaannya, ada ruang kita boleh melihat bilik tidur di bawahnya (iaitu bilik tidur dengan bilik air ‘terbuka’). Entah apa fungsinya
Sebuah ruang luas separa terbuka. Ada disediakan sinki dan set kerusi meja. Juga ada peralatan senaman dan di sinilah terletaknya bilik yang menempatkan pool table. Cantik pemandangan dari atas ni. Tapi kalau nak makan-makan di atas ni agak leceh juga nak bawa naik turun makanan dan peralatan. Jadinya tempat ni kami buat aktiviti permainan berkumpulan|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |