Aktiviti Family Day Di Kdh Villa
Sambung story family day kat KDH Villa dalam entry sebelum ni. So apa aktiviti family day yang kitaorang buat masa menginap kat KDH Villa ni. Memandangkan kat sini segala fasiliti tambahan ada jadi kita guna apa yang ada kat situ. Apa dia? Joms check it out..Selain dari tu kitaorang ada anjurkan juga game untuk family gathering yang sesuai untuk semua main. Apa tu..Jomss..
AKTIVITI FAMILY DAY DI KDH VILLAMasa kitaorang buat family day kat sini, tak ada buat aturcara. Jadi ikut suka je buat aktiviti tapi masa nak main game yang kitaorang buat sendiri, baru lah perasan tak cukup timing untuk selitkan game-game yang kitaorang nak buat ni. Macam k.fiezz & mr hubby, nak anjurkan game. Mak mertua & adik ipar bongsu pun nak buat game juga. Jadi masa ni baru lah perasan macamana nak selit 2 game ni untuk main. Jadi masa ni cuma main game yang k.fiezz & mr hubby punya je. Mak mertua & adik ipar tak dapat nak selitkan sebab nak buat sekali, tak cukup masa & semua orang tengah busy..Lepas ni nak buat family day, kena buat proper aturcara supaya tak kelam kabut.
Game apa yang k.fiezz & mr hubby buat, sila teruskan bacaan. hehe..
Sebelum tu apa aktiviti yang kitaorang buat..
Hat lelaki main snooker..
Lawan main ping pong..
Swimming..swimming & swimming sepanjang 3 hari menginap kat sini..haha..Sis besa lah photoG sajo..
Eh ada pakcik jual aiskrim..Harus lah beli...Ni adik ipor belanja...tantiu Cham & Eika..
Makan aiskrim roti sambil mengadap kolam renang..Layann.
Sesi karaoke..Sis jadi pendengar & duk tepi sambil rekod video, tangkap gambor je.. Nak nyanyi..Suara sis mahal..haha.
Eh apa ni..Hadiah k.fiezz & mr hubby sponsor untuk game yang kitaorang anjurkan. Beli kat Giant masa keluar kejap.
GAME TIME...
So let's start the game.. Apa game yang kitaorang anjurkan..Game untuk family gathering yang sesuai untuk semua joint. Tak perlukan berlari atau penatkan badan. Cuma kena perah otak untuk cari jawapan..haha..
Apa lah agaknya game yang kitaorang buat ni
Pilih, lukis & teka..Masa yang di beri untuk teka 3 minit..Senang je..haha.
Yang ni k.fiezz buat teka - Simpulan Bahasa...Jenuh juga lah k.fiezz cari simpulan bahasa yang senang untuk dilukis dalam bentuk bergambor..
Mr hubby terangkan cara permainan pada peserta-peserta...Berpasangan dua orang satu kumpulan..Ada 5 kumpulan semuanya..
Cara main, pilih kertas dalam sampul surat (rujuk gambar pertama). Lepas tu seorang kena lukis apa simpulan bahasa yang dipilih kat whiteboard comel ni, seorang lagi teka. Setiap kumpulan di beri masa 3 minit untuk meneka..Serius kelakar sangat tengok masing-masing masa ni. Macam-macam jenis jawapan & lukisan..haha.. Masa ni k.fiezz tak rekod video sebab kena jadi penjaga masa. Aisehh..Ambil gambar sekeping dua je.
Ni pemenang-pemenangnya.
Juara - Uter & Farisya (tudung coklat & biru)N. Juara - Anak-anak akak ipar (2 orang jejaka)No.3 - Mak saudara & suami (tudung oren/kuning & yang pakai topi)
Masa kitaorang main game ni sekali dengan buat BBQ. Jadi hat mana masak, masak BBQ kat luar. Kitaorang main game kat ruang tamu. Gambor BBQ k.fiezz tak ambil sebab boleh pula gastrik menyerang..Perut masuk angin. Ingatkan kenapa lah perut buat hal. Nak kata tak makan, memang makan je masa ni. Rupanya k.fiezz terminum air nescafe. K.fiezz tak tahan rasanya sebab k.fiezz memang tak minum kopi/nescafe..Masa minum petang, katering buat air nescafe sedap. K.fiezz saja lah minum sebab ingatkan tak ada apa, rupanya tak tahan...Kena take note lepas ni elakkan nescafe..
Lepas je habis main game kitaorang ni perut duk buat hal. Jadi k.fiezz tak snap lah gambar BBQ. Makan durian pun ada juga masa ni sebab akak ipar order durian. Meriahhh weiii..Tapi perut dah buat hal, tak ada mood nak ambil gambar bagai.. Duk layan perut tak sedap je masa ni.
SAMBUT BIRTHDAY NOVEMBERSekali masa ni akak ipar buat suprise delivery untuk anak-anak & adik yang lahir bulan November. Jambangan coklat tu sekali dengan duit weiii..Seorang RM500.. Rezeki anak-anak akak ipar & adik ipar sis.
Dapat kek juga sebiji seorang..
Ni akak ipar yang sponsor bouquet & adik ipar sis..
Ni pagi sebelum check out..Bergambor dulu.
Kat luar pula..Ehhh...Masa ni tengah tak berapa ngam dengan mr hubby..Sis sentap..haha. Tapi bergambor tetap mesra....haha.
Overall family day gathering ni best. Tahun depan kitaorang repeat lagi ke sini. Akak ipar dah siap booked untuk tahun depan. hehe.
SESEKALI BUAT FAMILY GATHERING BEST JUGA...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2022/12/Aktiviti-Family-Day-Di-KDH-Villa.html