Langsung Pertembungan Banyak Penjuru Di Banyak Kerusi


malaysiakini.com
Pasukan Malaysiakini
Diterbitkan: Nov 5, 2022 9:17 AM
LANGSUNG | Ikuti laporan langsung Malaysiakini pada hari penamaan calon hari ini.

Zahid tiba di pusat penamaan

9.30 pagi: Bagan Datoh, Perak - Calon BN parlimen Bagan Datuk Zahid Hamidi tiba di pusat penamaan calon.

Zahid merupakan penyandang kerusi itu selam enam penggal hadir lengkap berpakai baju melayu berwarna biru tiba kira-kira 9.15 pagi bagi penyerahan borang pencalonan.

9.30 pagi - Ayer Hitam, Johor - Tiga calon Ayer Hitam, penyandang empat penggal Wee Ka Siong, calon Harapan Sheikh Umar Ali dan Muhammad Syafiq Aziz dari Perikatan Nasional tiba di pusat penamaan calon bersama penyokong mereka.

Pihak berkuasa membahagikan kawasan berbeza untuk penyokong tiga parti politik itu berkumpul.

Sementara menunggu proses penamaan calon, ketiga-tiga kumpulan itu bersorak-sorak antara satu sama lain.
Penyokong Barisan Nasional menjerit "Chin Tong Lari", "Balik Paloh" - mengejek Ketua DAP Johor Liew Chin Tong yang tidak bertanding di Ayer Hitam lagi selepas kehilangan 303 undi pada 2018.

Sheikh Umar adalah Adun Paloh sepanjang 2018 hingga 2022 tetapi beliau gagal mempertahankan kerusinya pada pilihan raya negeri Mac lalu.

Sementara itu, penyokong Pakatan Harapan sedang menyanyikan lagu pasukan mereka "Ayer Hitam semua undi Sheikh Umar", yang digubah oleh Sheikh sendiri.

Khairuddin diarak penyokong BN
9.30 pagi: Kuala Nerus, Terengganu - Calon dari keempat-empat blok parti dominan memasuki Dewan Perdana Pejabat Daerah Kuala Nerus, Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus dengan diiringi pencadang dan penyokong masing-masing.

Kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Ahmad Razif Abd Rahman dan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff, mengiringi calon Parlimen Kuala Nerus, Mohd Khairuddin Aman Razali ke Pusat Penamaan Calon menamatkan spekulasi BN Kuala Nerus dilanda krisis.

Masing-masing hadir sebagai Pencadang Penyokong kepada Khairuddin Aman Razali.

Terdahulu Khairudin diarak bersama lebih 1,000 penyokong BN memasuki pusat penamaan calon.

Sementara itu, Calon PAS, Dr Alias Razak turut tiba pada waktu yang sama, bagaimana dia terlebih dahulu menyerahkan borang penamaan calon

Diikuti Calon Pakatan Harapan PH yang mewakili parti Amanah, Suhaimi Hashim dan calon GTA dari Pejuang, Azaha Wahid.

Setakat ini Kerusi Parlimen Kuala Nerus bakal menyaksikan pertandingan 4 penjuru dan proses penamaan masih berjalan.

Annuar Musa hadir sokong calon BN

9.10 pagi: Ketereh - Calon BN Marzuani Ardila Ariffin, yang mengenakan baju kurung biru, masuk ke pusat penamaan calon.

Turut dilihat di pusat penamaan calon adalah Annuar Musa, penyandang kerusi Parlimen itu yang tidak dicalonkan kali ini.

Calon PN Khilir Mohd Nor tiba lebih awal sedikit, manakala calon PH Rahimi L Muhamud masuk ke pusat penamaan calon kira-kira jam 9.15 pagi.

Turut bertanding di sini adalah Haneef Ibrahim yang mewakili Pejuang.

Laungan 'pengkhianat' di Tambun

9.10 pagi: Institut Latihan Industri, Tambun - Anwar Ibrahim dan Ahmad Faizal Azumu - yang dahulunya bersama-sama dalam PH - tiba di pusat penamaan calon hampir pada waktu sama.

Anwar dilihat bersama-sama calon DUN Manjoi, Asmuni Awi dan calon Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

"Kita akan capai kemenangan," kata Anwar ringkas.
Kira-kira 50 meter dari situ, Faizal bersama-sama kira-kira 200 penyokong membaca doa.

Apabila Faizal dan penyokongnya berjalan melalui penyokong PH, mereka dihujani laungan "pengkhianat".

Bagaimanapun Faizal berkata itu perkara biasa dan dia tiada masalah dengannya.
Kira-kira 100 penyokong BN hadir untuk Habibah

9.00 pagi: Tg Karang, Selangor - Hampir 100 penyokong BN yang kebanyakannya daripada Wanita Umno berkumpul di pusat arahan BN berhampiran pusat penamaan calon di Dewan Dato Hormat.

Mereka sedang menunggu calon Habibah Mohd Yusof tiba.

Malaysiakini mendapat tahu Siti Rahayu Baharin dari Muda dan Azlan Zawawi dari Pejuang, atau lebih dikenali sebagai Lando, juga dalam perjalanan ke pusat penamaan calon.

Diva AA tak jadi lawan abang, mimpi ibu
9.10 pagi: Gombak, Selangor - Selebriti Azwan Ali memutuskan untuk tidak bertanding menentang abangnya Azmin Ali.

“Pertama kerana bisikan arwah Mak Tom. Dia selalu datang dalam mimpi saya, menasihatkan saya jangan bertanding.

“Kedua, saya mendapat panggilan yang cukup mesra daripada isteri Azmin,” katanya sambil teresak-esak.

Terdahulu, dia tiba di pusat pencalonan dengan menaiki motosikal Ducati.

Azmin, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari (Harapan) dan Megat Zulkarnain Omardin (BN) turut hadir di pusat penamaan calon bersama penyokong masing-masing.

8.50 pagi: Langkawi, Kedah - Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tiba di pusat penamaan calon, diiringi isterinya Dr Siti Hasmah Ali dan para penyokong.

Mahathir dijangka berdepan cabaran empat calon - Armishah Siraj (BN), Mohd Suhaimi Abdullah (PN), Zabidi Yahya (PH) dan Abd Kadir Sainudin (Bebas).

9 pagi: Pekan, Pahang - Proses penamaan calon bagi kerusi Parlimen Pekan diadakan di Dewan Konvensyen Pekan bermula jam sembilan pagi, menurut pegawai pengurus pilihan raya Zaliza Zulkipli.

Kerusi Parlimen ini antara yang menjadi tumpuan selepas penyandangnya yang juga bekas perdana menteri, Najib Razak kini menjalani hukuman penjara di Kompleks Penjara Kajang.

Sh Mohamed Puzi Sh Ali menggantikan Najib untuk mempertahankan kerusi ini. Dia dijangka disaingi sekurang-kurangnya tiga calon lain, termasuk seorang calon bebas iaitu Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin.

Minggu lalu, PN mengumumkan Mohd Fadhil Noor Abdul Karim akan bertanding di situ, manakala PH pula bakal diwakili Mohd Naim Zainal Abidin.

Tian Chua jadi calon bebas

8.45 pagi: Batu, Kuala Lumpur - Bekas ahli Parlimen Batu Tian Chua akhirnya bertanding sebagai calon bebas. Dia tiba di pusat penamaan calon dengan sekumpulan penyokong.

Bekas naib presiden PKR itu akan berdepan P Prabakaran dari partinya sendiri, selain beberapa lagi calon lain.

Walaupun tidak menjadi pilihan PKR, Chua berkata semangatnya masih bersama parti itu dan dia ingin memastikan Parlimen Batu tidak jatuh ke tangan "kleptokrat".
Tee Keat disambut laungan 'Hidup Warisan'

8.40 pagi: Pandan, Selangor - Bekas presiden MCA Ong Tee Keat tiba di pusat penamaan calon di Dewan Perbandaran MPAJ diiringi para penyokong. Dia mewakili Warisan yang berpangkalan di Sabah. Ini kali pertama Warisan bertanding di kerusi Parlimen di semenanjung.

Dia kemudian menerima panggilan daripada presiden parti, Shafie Apdal sementara penyokongnya melaungkan "Hidup Warisan".
Calon GTA muncul paling awal di 'kubu' Azmin

8.20 pagi: Gombak, Selangor - Jamaludin Mhd Tahir dari GTA menjadi calon pertama yang tiba, iaitu pada jam 7.45 pagi. Dia memberitahu pemberitahu bahawa dia tidak gentar untuk berdepan penyandang, Azmin Ali (PN) dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang mewakili PH.

Calon bebas Zulkifli Ahmad, 64, menyusuli Jamaludin. Dia merupakan ahli Parti Bahtera Sejahtera Malaysia yang belum didaftarkan.

Seorang lagi calon di sini adalah Megat Zulkarnain Omardin (BN).
Gerai di sepanjang laluan Anwar

8.15 pagi: Institut Latihan Industri, Tambun - Dapat dilihat gerai-gerai menjual cenderamata PH, makanan dan minuman di sepanjang jalan Anwar ke pusat penamaan calon.

Penyokong, yang rata-ratanya berpakaian merah, menunggu ketibaan Anwar dan rombongannya sambil melaungkan "Kita Boleh" - slogan PH untuk PRU kali ini.
Muhyiddin dijangka tiba diiringi ratusan motosikal

8 pagi: Pagoh, Johor - Suasana sama di Pagoh, dengan hujan dan awan mendung melatari Hab Pendidikan Tinggi Pagoh yang menjadi pusat penamaan calon.

Keadaan tenang dengan polis, pegawai SPR dan kira-kira 20 pengamal media sedang menunggu ketibaan calon.

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dijangka tiba diiringi konvoi ratusan motosikal, kata seorang pegawainya.

Dia akan berdepan Razali Ibrahim dari BN, yang juga bekas ahli parlimen Muar, serta calon PH Iskandar Shah Abdul Rahman.

8.00 pagi: Pulai, Johor - Para penyokong yang menggunakan payung merah dan jingga dan pegawai polis yang berbaju hujang berwarna kuning, berlatarkan awan kelabu di saat hujan terus turun di Wisma Persekutuan, Johor Bahru.

Para penyokong itu sedang menunggu ketibaan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pulai.

7.30 pagi: Pandan, Selangor - Hujan renyai-renyai menyambut penamaan calon bagi kerusi Parlimen Pandan di Dewan Perbandaran MPAJ.

Suara seorang penjawat awam kedengaran sedang menguji mikrofon di saat polis, pegawai SPR, wartawan dan orang lain berlegar di kawasan sekitar.

Pandan dijangka menyaksikan sekurang-kurangnya persaingan empat calon, iaitu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, bekas presiden MCA Ong Tee Keat yang bertanding di bawah Warisan, calon BN Leong Kok Wee dan Nadia Hanafiah dari GTA.

7 pagi: Lebih 1,000 calon dijangka menyerahkan borang pencalonan mereka hari ini, bagi bertanding di 222 kerusi Parlimen dan 116 kerusi DUN di Perak, Pahang dan Perlis, dan satu PRK di Bugaya di Sabah.

PRU kali ini hanya menyaksikan tiga negeri, iaitu Perlis, Perak dan Pahang - ketiga-tiganya ditadbir BN - yang turut membubarkan DUN serentak dengan Parlimen.

Negeri ditadbir PAS (Kelantan, Terengganu dan Kedah) dan PH (Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan) tidak membubarkn DUN masing-masing. Sementara Sabah, Sarawak, Johor dan Melaka baru mengadakan pilihan raya negeri pada tahun lepas dan tahun ini.

PRU15 boleh dikatakan pilihan raya yang cukup berbeza berbanding sebelum ini.
Kebanyakan kerusi dijangka menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru antara gabungan politik utama, iaitu BN, Perikatan Nasional (PN), PH dan gabungan baru yang dinamakan sebagai Gerakan Tanah Air. Di Sabah dan Sarawak, gabungan utama adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) and Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Tempoh penamaan calon bermula jam sembilan pagi dan tamat pada jam 10 pagi. Selepas itu, pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di setiap kerusi akan mengambil tempoh sejam untuk mempertimbang sebarang bantahan yang dibangkitkan dan membuat pengisytiharan rasmi berhubung calon di kerusi masing-masing.

Pada PRU14, beberapa calon perlu digantikan ekoran masalah dengan alamat tempat tinggal dan dokumen mereka, sementara seorang calon hampir hilang peluang bertanding di kerusi Parlimen Wangsa Maju selepas lupa membawa kad pengenalan ke pusat penamaan.

Calon bagi kerusi Parlimen perlu menyerahkan deposit RM10,000 manakala calon DUN sebanyak RM5,000. Tambahan RM5,000 dan RM3,000 perlu dibayar untuk bahan kempen. Calon akan hilang wang deposit mereka jika gagal meraih 12.5 peratus atau satu perlapan undi daripada keseluruhan undi.

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi akan pertama kali mengetuai BN dalam PRU. Pada PRU ini juga, calon-calon PH akan menggunakan logo gabungan itu setelah menggunakan logo PKR pada PRU lalu.

Selepas tamat penamaan calon, semua calon akan sibuk berkempen selama 14 hari sehinggalah tepat 12 tengah malam, 18 November.

Keesokannya, rakyat Malaysia akan membuat pilihan mereka.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/11/langsung-pertembungan-banyak-penjuru-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Ismail Sabri Berdepan Pertembungan Tiga Penjuru Di Kerusi Parlimen Bera

Pm Ismail Sabri Berdepan Pertembungan Tiga Penjuru Di Kerusi Parlimen Bera

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 173 hits
BERA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhadapan dua pencabar masing masing daripada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum ke 15 Mewakili Barisan ...
Bagaimana Ph Bakal Menang Banyak Kerusi Pru15

Bagaimana Ph Bakal Menang Banyak Kerusi Pru15

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 369 hits
1 Sebelum ini selepas kejatuhan kerajaan PH aku pernah tulis yang BN mungkin akan menang besar dalam PRU15 akibat kekecewaan rakyat terhadap PH semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan 2 Ini dikuatkan lagi dengan keputusan PRK PRK yang diada...
Awani Ringkas Pru15 Pekan Dijangka Pertembungan Lima Penjuru

Awani Ringkas Pru15 Pekan Dijangka Pertembungan Lima Penjuru

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 209 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIV...
Dr Ramalan Yunus Jangka Bn Akan Menang Besar Pkr Antara Paling Banyak Hilang Kerusi

Dr Ramalan Yunus Jangka Bn Akan Menang Besar Pkr Antara Paling Banyak Hilang Kerusi

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 261 hits
Oleh Adam Malik BN akan menang besar dan menguasai majoriti kerusi di Semenanjung Malaysia Barat menubuhkan kerajaan bersama GPS dari Sarawak dan parti dari Sabah Datuk Dr Ramalan Yunus Mungkin antara kejayaan besar Tun Mahathir ada lah men...
Pertembungan 10 Penjuru Pru15 Kenali Influencer Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu Siapa Cleopatra

Pertembungan 10 Penjuru Pru15 Kenali Influencer Calon Bebas Bertanding Di Parlimen Batu Siapa Cleopatra

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 215 hits
Dalam beberapa minggu Pilihan Raya Umum ke 15 akan diadakan dan Parlimen Batu menyaksikan pertembungan 10 penjuru yang menjadikannya perhatian ramai pihak Parlimen tersebut dianggarkan memiliki 112 000 pengundi dan pecahan undi mengikut kaw...
Langsung Agenda Awani Kerusi Panas Pru15 Pertempuran Gombak 8 Nov 2022

Langsung Agenda Awani Kerusi Panas Pru15 Pertempuran Gombak 8 Nov 2022

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 169 hits
Tumpuan kerusi panas P 098 Gombak bukan hanya semata mata perebutan oleh calon yang bertanding tetapi isu berkaitan peluang ekonomi dan perniagaan perbandaran dan pengurusan banjir Temu bual khas bersama calon BN PN dan PH dari Taman Greenw...
Bn Perlis Tampil 5 Muka Baharu Di Kerusi Dun

Bn Perlis Tampil 5 Muka Baharu Di Kerusi Dun

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 154 hits
BARISAN Nasional Perlis menampilkan lima muka baharu untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Umum ke 15 Mereka ialah Setiausaha Akhbar Menteri Besar Perlis Saiful Daniel Mohd Yusof bagi kerusi DUN Sena Ket
Setelah Digugurkan Bn Noh Omar Membayangkan Ingin Bertanding Mempertahankan Kerusi Tanjong Karang

Setelah Digugurkan Bn Noh Omar Membayangkan Ingin Bertanding Mempertahankan Kerusi Tanjong Karang

papar berkaitan - pada 5/11/2022 - jumlah : 150 hits
Noh beri bayangan kisah Tanjong Karang belum tamatFMT ReportersPETALING JAYA Pengerusi Umno Selangor Noh Omar seolah olah memberi bayangan bahawa kisah sekitar pencalonannya di Tanjong Karang masih belum tamat selepas Barisan Nasional mengu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord