Langsung Pemimpin Umno Pas Bermesyuarat Di Pwtc


WARTAWAN MALASIAKINI
LANGSUNG | Dengan pelbagai perkembangan semasa yang berlaku pantas dalam negara sejak semalam, Malaysiakini membawakan laporan langsung mengenainya di sini

Ikuti laporan wartawan kami mengenai gerakan penjajaran baru politik Malaysia di sini

LANGSUNG

9.40 malam: Setiausaha politik Azmin Ali, Hilman Idham dilihat masuk ke bangunan yang menempatkan ibu pejabat Bersatu

Hilman, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, kelihatan cuba mengelak bercakap dengan media ketika berjalan masuk.

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang kehadirannya di situ, dia hanya berkata dia hadir "untuk mesyuarat".


9.30 malam: Antara pemimpin Umno yang dilihat hadir ialah presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi, naib presiden Ismail Sabri, bekas perdana menteri Najib Razak, bekas menteri Mahdzir Khalid, Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Baling Abdul Azeez Abdul Rahim.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, timbalan presiden Tuan Ibrahim Tuan Man dan setiausaha agung Takiyuddin Hassan juga turut kelihatan.

Tajuddin menolak untuk menjawab soalan pemberita apabila ditanya berhubung pertemuan malam ini.

Media tidak dibenarkan masuk ke dalam restoran yang menjadi tempat pertemuan itu diadakan. Pengawal peribadi dan anggota keselamatan dilihat menjaga pintu masuk.

9.10 malam: Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menafikan beliau keluar Bersatu.

Ketika diajukan pemberita berhubung spekulasi itu, Maszlee berkata: "Saya mahu masuk pejabat Bersatu sekarang, kenapa saya mahu keluar? Bila saya keluar?" katanya sambil tersenyum.


8.30 malam - Sekumpulan kira-kira 30 belia di luar ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya menjeritkan slogan "Hidup Tun" merujuk kepada Dr Mahathir Mohamad, ketika satu-satu pemimpin Bersatu tiba untuk menghadiri mesyuarat majlis tertinggi parti itu.

Bagaimanapun, Mahathir yang meletakkan jawatan sebagai pengerusi Bersatu hari ini tidak kelihatan.
Kumpulan itu turut bersorak apabila Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba.

Pemimpin Bersatu yang kelihatan ialah Muhyiddin Yassin, Redzuan Yusof, Syed Saddiq Abdul Rahman, Rina Harun, Marzuki Yahya, Maszlee Malik, Rais Yatim, Wan Saiful Wan Jan, Rafiq Naizamohideen, Mukhriz Mahathir

Sementara itu, The Malaysian Insight melaporkan bahawa pemimpin parti Pakatan Harapan - Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden Amanah Mohamad Sabu - sedang bermesyuarat di lokasi yang tidak didedahkan.

Terdahulu, mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan yang dijadualkan pada petang ini telah ditangguhkan sehingga esok. Masa dan tempat baru untuk mesyuarat itu belum diumumkan.

Turut difahamkan bahawa penyokong bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkumpul di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


7:30 petang: Jurucakap Gerakan memaklumkan media bahawa Presiden Gerakan Dominic Lau akan keluar dalam masa 10 minit, tetapi tidak ingin mengemukakan sebarang kenyataan

Jurucakap tersebut turut berkata bahawa, Lau mempunyai hal kecemasan yang menyebabkan mesyuarat tersebut terpaksa ditangguh buat seketika.

Bagaimanapun, sehingga pukul 8:00 malam, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Gerakan.


7.25 petang: Pulau Pinang komited kepada Pakatan Harapan dan akan terus mentadbir kerajaan negeri secara bertanggungjawab seperti yang diputuskan oleh rakyat, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Dalam satu kenyataan ringkas petang ini, Chow berkata, mandat rakyat adalah "suci dan mesti dihormati" oleh semua.

"Kerajaan Pulau Pinang terus menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri di bawah Pakatan Harapan," kata Chow.


7.15 petang: Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali mengesahkan mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.

Menerusi satu kenyataan, beliau memaklumkan bahawa Seri Paduka juga berkenan menerima perletakan perdana menteri tetapi memutuskan bahawa Dr Mahathir harus terus menerajui negara sehingga kerajaan baru dibentuk.

Terdahulu, Mahathir mengadap Seri Paduka di Istana Negara di Kuala Lumpur.

Sambungan berita klik di sini. 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/02/langsung-pemimpin-umno-pas-bermesyuarat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Demi Perpaduan Ummah Penyokong Pas Umno Putihkan Pwtc Hpu914 Haze Malaysia

Demi Perpaduan Ummah Penyokong Pas Umno Putihkan Pwtc Hpu914 Haze Malaysia

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 332 hits
Ribuan penyokong PAS dan Umno mula memenuhi pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra bagi menyaksikan detik bersejarah menandatangani piagam kerjasama politik rasmi 2 parti politik itu Tinjauan mendapati ruang legar di seluruh bahagian dalam P...
Langsung Gabungan Baru Bersatu Umno Kem Azmin Gps Pas Warisan Di Istana Negara

Langsung Gabungan Baru Bersatu Umno Kem Azmin Gps Pas Warisan Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 365 hits
Diterbitkan Hari ini 6 20 petangBERITALANGSUNG Malaysiakini membawakan liputan langsung berkenaan perkembangan susulan pertemuan kumpulan kumpulan politik yang bermula pagi ini Sumber Bersatu Umno kem Azmin GPS PAS Warisan di Istana Negara7...
Rupa Rupanya Pemimpin Umno Dan Pas Tarak Baca Punya Orang

Rupa Rupanya Pemimpin Umno Dan Pas Tarak Baca Punya Orang

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 202 hits
SEMUA sedia maklum bahawa selepas pembentukan Kerajaan tempoh matang Parlimen adalah 3 tahun Tidak boleh diadakan pilihanraya atau pembubaran Parlimen dalam tempoh kurang dari 3 tahun Jika berlaku sesuatu dalam pentadbiran kerajaan kurang d...
Tuan Ibrahim All Pas Umno Mps Signed Sd For Muhyiddin To Be Pm

Tuan Ibrahim All Pas Umno Mps Signed Sd For Muhyiddin To Be Pm

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 348 hits
All PAS and Umno MPs have signed a statutory declaration in support of Tan Sri Muhyiddin Yassin as the candidate for prime minister says Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man According to the PAS deputy president the party together with Umno initiall...
Bantahan Bubarkan Pas Umno

Bantahan Bubarkan Pas Umno

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 153 hits
Mohd Shah RimBantahan rakyat terhadap PAS UMNO agar Parlimen dibubarkan
Kamu Ajak Runding Kamu Tukar Syarat Umno Dan Pas Pula Difitnah

Kamu Ajak Runding Kamu Tukar Syarat Umno Dan Pas Pula Difitnah

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 219 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini membidas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan bahawa Umno dan PAS tidak pernah meletakkan syarat tanpa DAP dalam pembentukan kerajaan perpaduan Najib dalam satu tulisan ringkas di Facebook hari ini b...
Pas Umno Patut Malu Dengan Ambiga Kerajaan Perpaduan Mahathir

Pas Umno Patut Malu Dengan Ambiga Kerajaan Perpaduan Mahathir

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 298 hits
Menolak kerajaan perpaduan demi kelangsungan parti politik menerima kerajaan perpaduan demi kesejahteraan rakyat dan negara Menjadikan sebuah negara dimana pentadbiran bebas daripada kawalan parti politik yang menang majoriti Daripada penje...
Veteran Umno Pas Desak Tun M Pecat Guan Eng

Veteran Umno Pas Desak Tun M Pecat Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 264 hits
Othman dan Ahmad Subky bersama ahli veteran UMNO dan Pas pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Veteran UMNO dan Pas mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memecat Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana m...
Agong Putuskan Kemudian Pm Bukannya Umno Dan Pas

Agong Putuskan Kemudian Pm Bukannya Umno Dan Pas

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 160 hits
Semalam Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menjelaskan bahawa blok pembangkang yang terdiri daripada BN PAS serta Parti Bersatu Rakyat Sabah mahu parlimen dibubarkan Mereka juga menarik semula akuan bersumpah yang menyokong Dr Mahathir jika ...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Dap Leader Unsurprised By Mca S Decision To Not Campaign For Its Candidate

Banjir Besar Dubai 2024 Ustaz Azhar Idrus



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sempena Mother S Day Enfagrow A Mindpro Menjemput Semua Ibu Ibu Untuk Hasilkan Lagu

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Power Of Storytelling In Marketing

Lirik Lagu Berharap Kau Kembali Fabio Asher

Bisikan Setan

Buah Berangan Snek Sihat Keluarga Manfaat Pada Kesihatan