Agrobazaar Online Maha 2018 Paling Best
AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST ! - Demam MAHA 2018, walau jalan sesak, jem, parking jauh. Allah bukan selalu pun ! Ni pun... lagi 2 tahun baru boleh berjumpa dengan MAHA. Jumpa pada tahun 2020 ! Toksah berkira semua tuh ! Yang penting berbaloi ke MAHA 2018. Apa yang best di MAHA 2018? Bagi mummy, AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST !
AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST !
Kenapa AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST ? Kalau korang nak tahu. AGROBAZAAR ONLINE MAHA 2018 PALING BEST sebab ada cabutan bertuah (TV 43 inci), take 5 (diskaun RM5), Wheel of fortune (hadiah menarik), Promoter on the run, hadiah misteri bagi like, share, komen di media sosial, pameran, talk dan ada persembahan juga !
Tahniah pada pemenang.
Baca: SHOPPING BARANGAN IKS DI AGROBAZAAR KLIA2GERBANG FOOD TRUCK MAHA 2018 CATAT JUALAN SEBANYAK RM435,000
MAHA 2018 juga merupakan medium usahawan di bawah kendalian Fama untuk mempromosi produk serta mengembangkan perniagaan untuk menaikkan jenama mereka sendiri. Ini telah terbukti pada MAHA 2018 baru-baru ini. Banyak usahawan yang mencatat jualan tertinggi selama MAHA 2018 berlangsung seperti FOOD TRUCK, AGRO BAZAAR ONLINE, AGROMAS dan banyak lagi
Tahniah kepada semua usahawan yang telah berjaya meningkatkan nilai jualan semasa MAHA 2018
Gerbang Food Truck yang mempunyai 49 food truck terdapat sebanyak 201 jenis makanan dan minuman dan 3 usahawan OKU telah mencatat jualan sebanyak RM435,000.
Agrobazaar Online masing-masing mencatat nilai jualan sebanyak RM435,306 sepanjang MAHA 2018.
Butik Agromas yang menjual produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merekodkan penjualan lebih RM60,000.
BARANGAN PROMOSI KAW2 DARI AGRO BAZAAR ONLINE
Di AgroBazaar Online terdapat pelbagai promosi Kaw2 semasa MAHA 2018. Memang untung habislah siapa dapat grab !
Berpusu-pusu orang ramai nak dapatkan produk FAMA di AgroBazaar MAHA 2018
Antara produk yang paling laris semasa di MAHA 2018 ialah :
1) Madu Acacia
2) Sambal Samza
3) Sakura Pelangi
TAHNIAH Agrobazaar.com.my ! AgroBazaar merupakan satu program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan diuruskan oleh FAMA.
Nak tahu tentang PROMOSI terkini dan maklumat lanjut mengenai Agrobazaar Online boleh layari :-
Facebook: https://www.facebook.com/agrobazaar.online
Website : https://www.agrobazaar.com.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.azlindaalin.com/2018/12/agrobazaar-online-maha-2018-paling-best.html