Langkah Yang Diberkati Atau Langkah Yang Dilaknati
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
LANGKAH YANG DIBERKATI ATAU LANGKAH YANG DILAKNATI.Langkah demi langkah dan setiap hari kita melangkah.Melangkah tidak semestinya hanya dengan sepasang kaki.Mata kita.Teling kita.Hati kita.Niat kita.Semuanya melangkah.Ya,semunya sentiasa mahu dan mencari sesuatu yang baru untuk dilihat,didengari dan dituju.Kalau sebut langkah pasti tertumpunya pada sepasang kaki ke mana ianya melangkah pergi,entah mengapa bagi PC asalkan ianya beralih baik mundur atau maju itu juga melangkah.Banyak perbuatan kita boleh dikaitkan dengan melangkah.Kalau cuma kaki yang dianggap dan disebut melangkah,sedari dahulu sudah ada istilah langkah bendul.Adik bernikah dahulu sebelum abang atau kakak.Hehe.
Tidak menjadi masalah jika tidak atau belum tahu.Apa yang menjadi masalah adalah yang sudah tahu dan sangat tahu.Pilihan apa yang kita buat bila sudah tahu atau setelah tahu.Buatlah perkara yang berdosa dan haram tapi kalau memang betul-betul tidak tahu.sungguh-sungguh jahil itu tidak mengapa dengan syarat selepas tahu segera taubat,berubah dan tidak mengulanginya lagi.Bagi yang tahu hal itu berdosa kalau dilakukan dan haram hukumnya dengan alasan apa sekalipun maka tergalas hukuman berat untuknya tanggung.Lain situasi.Lain hukum.
Justeru itu langkah mana yang dipilih setelah tahu dan yang sedia tahu.Langkah yang diberkati Allah SWT atau langkah yang dilaknati Allah SWT dan sekalian alam isi langit dan bumi.Kalau mahu menjadi diri sendiri dan tidak mahu hipokrit yang menjadi alasan besarnya,persoalannya sudah cukup dan tersangat hebatkah diri itu menentang dan mencabar Tuhan semesta alam yang semuanya kita miliki pun atas ikhsan daripadaNYA semua.
KREDIT
Bahaya lakukan kesalahan dan dosa tapi tetap teguh mempertahankan kesalahan itu dengan mengatakan sedang melakukan hal yang benar.Sengaja memilih langkah yang salah itu bukan sahaja menzalimi diri sendiri tetapi sebenarnya sedang mencabar Allah SWT.Lebih parah menyakiti orang lain juga.Mungkin tidak pada fizikal atau jasad tapi menyakiti emosi atau perasaan dan maruah.Tiada rasa hormat padaNYA.Jangan terlalu yakin kalau hari ini kita tidak menyusahkan orang esok lusa pun kita tidak akan menyusahkan orang.Jangan sangat gembira bila ada yang ramai memihak kepada kita disaat kita lakukan kesalahan kerana itu sebenarnya menambah derita yang lebih lama.Kalau beranggapan lakukan kebaikkan tidak perlu ditunjukkan,mengapa lakukan keburukkan perlu diwarwarkan.Bukankah yang perlu dicontohkan kebaikkan bukan keburukkan.Andai mahu sembunyikan kebaikkan maka sembunyikan juga tingkah keburukkan biar Tuhan yang mengadili dan menentukan.
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2020/08/langkah-yang-diberkati-atau-langkah.html