Src Adakah Mahkamah Akan Dibelenggu Atau Dibenarkan Bebas



Zahir Hassan
Keputusan sama ada YB Pekan akan disabitkan bersalah atau dibebaskan daripada tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram bagi dana sebanyak RM42 Juta milik SRC International Sdn Bhd, akan ditentukan pada 28 Julai ini. Untuk kes ini sahaja, sebanyak 2,000 muka surat hujahan serta 750 bahan kes termasuk dokumen bank telah dibentangkan.
Jika kita lihat kepada perincian kes ini, amat sukar untuk YB Pekan melepaskan diri daripada dijatuhkan hukuman terhadap jenayah yang telah dilakukan. Walaubagaimanapun, mengikuti perkembangan mutakhir ini melibatkan ahli politik UMNO lain yang digugurkan salah laku rasuah, wujud kemungkinan perkara yang sama berlaku kepada YB Pekan.
Sekiranya ini benar-benar berlaku, sekali lagi kelihatan Institusi Kehakiman negara ini dicabul dan dicampur tangan untuk kepentingan politik!
Kita semua tahu kes-kes berkaitan 1MDB telah pun dihadapkan ke mahkamah di beberapa buah negara luar termasuklah Arab Saudi (UAE) dan Singapura. Malahan, beberapa individu yang terlibat dalam urusan transaksi dan pengubahan wang haram ini juga telah pun dihukum penjara.
Malangnya di Malaysia sehingga kini tiada seorang pun yang disabitkan bersalah dan dihukum ekoran daripada perbuatan salah guna dana 1MDB. Malah, satu kes yang melibatkan Riza Aziz (anak tiri YB Pekan) bukan saja tidak dihukum malah kesnya di Mahkamah Sesyen memutuskan agar Riza dilepas tanpa dibebaskan (DNAA – Discharge Not Amounting to an Acquittal).
Baru-baru ini di Parlimen, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin (TSMY) hanya mampu memiliki majoriti tipis berdasarkan undian bagi usul penukaran Tuan Speaker Yang DiPertua Parlimen – 111 lawan 109.
Jika dinilai dari sudut politik, sudah pasti Perdana Menteri memerlukan setiap undi untuk terus berkuasa. Kehilangan satu undi dari Pekan boleh melemahkan kedudukannya.
Dalam keadaan ini, pastinya banyak pertimbangan politik yang terpaksa diambil oleh TSMY. Adakah beliau perlu masuk campur urusan Institusi Kehakiman bagi memastikan YB Pekan bebas agar pengaruh beliau dalam kerajaan Perikatan Nasional lebih terjamin? Jika ini yang dibuat, sudah pasti imej dan integriti TSMY akan terkesan teruk.
Menjelang 28 Julai 2020, jika YB Pekan disabitkan bersalah dan dimasukkan ke dalam penjara, TSMY bukan saja bakal kehilangan satu undi di Parlimen, malahan, kemungkinan sebahagian blok UMNO/BN juga akan menggugurkan sokongan kepada beliau sebagai tanda protes kerana TSMY tidak membantu “membebaskan” Bossku mereka.
Sebaliknya, jika disabit tidak bersalah pula, mungkin hayatnya di Parlimen akan panjang sedikit tetapi pastinya majoriti rakyat akan menolak dan mengutuknya kerana dilihat sebagai seorang Perdana Menteri yang melindungi kleptokrat terbesar abad ini dan popularitinya pasti merudum.
Apa-apa pun kita tuntut agar Institusi Kehakiman terus bebas dan adil. Kita tidak rela dan tidak boleh membiarkan kedaulatan Institusi Kehakiman dicabuli oleh sesiapa sahaja demi kepentingan diri dan kumpulannya.
Pastinya rakyat sedang memerhati dan menilai. Dalam keadaan ramai rakyat yang terkesan akibat wabak Covid-19, kita mengharapkan kepada kerajaan agar memastikan keadilan terlaksana dan tumpuan benar-benar diberikan untuk membela nasib rakyat.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28953

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 455 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC ...
Adakah Patut Mengerjakan Haji Dulu Atau Membayar Hutang Dulu Jika Wang Simpanan Sudah Mencukupi

Adakah Patut Mengerjakan Haji Dulu Atau Membayar Hutang Dulu Jika Wang Simpanan Sudah Mencukupi

papar berkaitan - pada 16/7/2020 - jumlah : 343 hits
Jika seorang yang ada berhutang dengan seseorang adakah patut dia bayar hutang dahulu atau mengerjakan haji kerana wang simpanan untuk hajinya telah cukup Adakah Patut Mengerjakan Haji Dulu Atau Membayar Hutang Dulu Jika Wang Simpanan Sudah...
Kes Src Najib Kawalan Ketat Polis Di Kompleks Mahkamah Kl

Kes Src Najib Kawalan Ketat Polis Di Kompleks Mahkamah Kl

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 393 hits
129 total views 129 views today Polis memperketatkan kawalan di sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur termasuk dua laluan masuk utama bangunan itu berikutan Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes Datuk Seri Najib Razak yang men...
Adakah Kita Perlu Solat Dulu Atau Tidur Dulu Jika Dalam Keadaan Mengantuk

Adakah Kita Perlu Solat Dulu Atau Tidur Dulu Jika Dalam Keadaan Mengantuk

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 357 hits
Kalau dalam keadaan sangat mengantuk adakah boleh kita tidur dulu atau meneruskan solat Adakah perbezaan pada solat wajib dengan solat sunat dalam masalah mengantuk ini Adakah Kita Perlu Solat Dulu Atau Tidur Dulu Jika Dalam Keadaan Mengant...
Keputusan Kes Src Keadilan Najib Dinafikan Jumpa Di Mahkamah Rayuan

Keputusan Kes Src Keadilan Najib Dinafikan Jumpa Di Mahkamah Rayuan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 651 hits
Najib Tun Razak didapati bersalah atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International Hakim berkata tiada pertikaian bahawa kabinet meluluskan pinjaman Kumpulan Wang Persaraan sebanyak RM2 bilion kepada S...
Adakah Umat Islam Dibenarkan Solat Jamak Ketika Melancong

Adakah Umat Islam Dibenarkan Solat Jamak Ketika Melancong

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 340 hits
SOALAN Ohmedia pasti antara antara kita yang gemar pergi melancong ke tempat yang menarik pada setiap bulan Jadi adakah solat Jamak boleh dilakukan ketika melancong JAWAPAN Keharusan melakukan solat jamak dan qasar bagi musafir tidaklah dis...
Esok Najib Bebas Atau Tidak Ianya Juga Penentu Nasib Muhyiddin

Esok Najib Bebas Atau Tidak Ianya Juga Penentu Nasib Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 361 hits
Esok akan jadi penentuan sama ada Najib masih ada peluang jadi PM selepas PRU akan datang atau jalannya untuk kembali menjadi lebih panjang JIKA NAJIB BEBAS1 Nama kerajaan PN akan hangus sebab semua bukti dah jelas 2 Isu ini akan digunakan ...
Inilah Apa Yang Berlaku Dalam Perbicaraan Mahkamah Kes Src Najib Razak

Inilah Apa Yang Berlaku Dalam Perbicaraan Mahkamah Kes Src Najib Razak

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 563 hits
Ada kad Thank you ke tidak ini adalah apa yang berlaku dalam perbicaraan mahkamah kes SRC 1 PERBICARAAN kes SRC 29 April 2019 Pengurus Ambank R Uma Devi mengesahkan kemasukan dana berjumlah RM642 juta daripada Putera Faisal Turki dan Kement...
Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Excessive Religious Influence Hinders Non Muslims From Seeing Palestinian Struggle As Humanitarian Crisis

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Rh Hotel Di Sibu Sarawak Gambar Menjadi Kenangan Indah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Woodfire Burger Di Gamuda Gardens

Aqiqah Saya Bantu Promot Penghantaran Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Perak

Widget Wajib Untuk Blog Nampak Kemas Mesra Pembaca

Delicious Beef Burger Recipe At Home

Masjid Quba Masjid Pertama Rasulullah Bina Di Kota Madinah

Buah Binjai Buah Eksotik