Langkah Pertama Itu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
LANGKAH PERTAMA ITU..|Besar makna langkah pertama.Langkah pertama sewaktu bayi.Langkah pertama masuk sekolah,kolej atau universiti.Langkah pertama memasuki alam pekerjaan.Langkah pertama menjadi suami/isteri.Langkah pertama menjadi ayah/ibu dan banyak lagi langkah pertama yang telah,sedang dan akan kita mulakan inshaAllah.Setiap langkah pertama itu ada kenangannya tersendiri.Seribu langkah bermula daripada langkah pertama itu...yang dulu..yang mula-mula..yang mewah dengan pelbagai warna dan rasa.Syukur.Terima kasih Allah
Setiap suatu perkara baru yang mahu dilakukan pastinya dimulai dengan langkah baru.Seperti mana dalam senaskah Al-Quran itu ada juzuk-juzuknya dan ada banyak surah.بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم menjadi pembuka pada setiap surah-surah baru yang mahu kita baca setelah tamatnya surah terdahulu.Begitu jugalah dalam aktiviti seharian kita.Walau harinya sama.Namun tarikhnya berbeza.Waktunya tidak sama.Setiap hari dilembaran baru..pada langkah yang baru juga.Bezanya langkah baru yang bakal kita ambil itu bagaimana kesannya nanti.
Kesan.Setiap satu demi satu langkah pertama itu ada kesannya yang mungkin kita terfikir atau sebaliknya di kemudian hari.Adakala kesan dapat dilihat dalam jangka masa yang singkat..ada masanya juga kesan hanya dapat dilihat setelah bertahun lamanya.Mengikut seperti yang Allah SWT mahu.Dan bergantung rezeki kita seperti apa.Bukan menjadi satu masalah jika setiap langkah pertama itu berpenghujung dengan satu kisah kebaikkan..yang menjadi satu ketakutan adalah andai ianya menjadi banyak langkah kepada keburukkan.Justeru mengapa perlu peduli kesan yang bakal terjadi sebelum memulakan langkah pertama.
Peduli vs tidak peduli.Ada yang peduli sangat-sangat.Ada pula yang tidak peduli langsung.Konsep tawakkal betul-betul tawakkal insyaAllah baik-baik sahaja berbanding tawakkal meredah semacam..kira nasib..untung batu tenggelam..untung sabut timbul,tidak mustahil besar risikonya.Risiko tetap ada sebenarnya.Bezanya besar atau kecil jurangnyakan.
Langkah pertama itu..bukan sekadar mempengaruhi kehidupan kita hari ini di dunia sahaja.Sebenarnya..langkah-langkah pertama itu juga sangat memberi kesan dan mempengaruhi bagaimana kehidupan kita di SANA kelak..boleh jadi mudah untuk kita terlepas di dunia.Mudah juga kita kecapi nikmatnya di dunia..tapi nanti di sana..ya,di sana.Moga langkah pertama itu mendekatkan kita dengan pintu-pintu syurga dan menjauh daripada gelap dan panasnya neraka Allah SWT.Aamiin.
Langkah Pertama Itu .. | Google Image
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2019/07/langkah-pertama-itu.html