Langkah Masuk Ke Dunia Naruto Pameran Naruto Pertama Di Malaysia
Langkah Masuk ke Dunia Naruto: Pameran Naruto Pertama di Malaysia Menampilkan Animasi TV Ulang Tahun Ke-20 Bakal Diadakan di Kuala Lumpur - Para peminat NARUTO di Malaysia bakal mendapat kejutan yang menakjubkan tidak lama lagi! Malaysia bakal menjadi tuan rumah untuk pameran sambutan ulangtahun ke-20 siri anime terkemuka tersebut dari 7 Oktober sehingga 31 Disember 2023 di Pavilion Bukit Jalil. Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia menjanjikan pengalaman yang menawan dan unik buat peminat-peminat NARUTO, di samping menawarkan peluang unik untuk menghidupkan semula adegan-adegan ikonik, berubah menjadi Ninja dan membeli-belah untuk barangan eksklusif di kedai pop-up.
Pengembaraan Mengasyikkan Menanti Semua!
NARUTO, siri anime kesukaan ramai yang pertama kali disiarkan pada tahun 2002, mengisahkan perjalanan Naruto Uzumaki, seorang anak yatim piatu yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Hokage. Sepanjang tempoh penyiaran siri anime tersebut, francais NARUTO telah menawan hati jutaan orang di seluruh dunia dan menjadi salah satu francais dengan kutipan tertinggi sepanjang masa, merangkumi volum manga, filem dan permainan.
Melalui Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia, para peminat dapat menikmati pengalaman terbaik dan ikonik dalam anime yang sebelum ini hanya dapat dilihat melalui skrin kaca televisyen. Selain itu, pameran ini juga bakal menampilkan set 3D, galeri alatan ninja dan pengalaman VR yang pasti menggembirakan para peminat dan membolehkan mereka berinteraksi dengan watak kegemaran mereka dari alam semesta NARUTO dan BORUTO. Tiket untuk pengalaman “NARUTOXBORUTO VR” dijual secara berasingan
Dari Skrin ke Realiti: Imbas Kembali Detik Ikonik
Pameran ini bakal memaparkan lapan adegan klasik ciptaan semula dari siri anime NARUTO, yang dilengkapi dengan dengan kesan cahaya dan bunyi yang menakjubkan. Para peminat boleh melakukan aksi ninjutsu di lapangan, terperangkap dalam "Curse Sealing" Kakashi, dan alami detik terakhir abang Uchiha dan saksikan pertempuran legenda antara Naruto dan Sasuke di The Final Valley dan banyak lagi.
Selepas pameran, pengunjung digalakkan untuk menerokai kedai pop-up, di mana mereka boleh membeli barangan-barangan edisi terhad. Daripada alat tulis dan kemeja-t eksklusif hinggalah ke barangan rumah, barang-barang ini boleh didapati secara eksklusif di pameran, menjadikannya koleksi mesti ada untuk peminat.
Tiket Early Bird Boleh Didapati Sekarang pada harga RM58
Pengunjung boleh dapatkan tiket awal untuk Pameran Ulang Tahun Ke-20 NARUTO TV Animation Malaysia dari 12 September hingga 5 Oktober pada harga RM58 atau RM88 untuk pakej gabungan Tiket Pameran + Tiket VR. Tiket untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun boleh dibeli pada harga RM18 atau RM48 untuk pakej Tiket Pameran + Tiket VR. Untuk maklumat lanjut mengenai pilihan tiket, sila klik di sini.
Pengunjung akan diberi satu (1) Kad Gores percuma dengan setiap pembelian tiket melalui my.bookmyshow.com semasa tempoh Early Bird. Tebus Kad Gores* di kaunter tiket lokasi pameran dari 7 Oktober - 31 Disember 2023 dan berpeluang memenangi hadiah. *Selagi stok masih ada.
Meraikan Perhimpunan Terbesar Peminat NARUTO
Peminat Naruto dijemput untuk menyambut majlis pembukaan Pameran Ulang Tahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Malaysia pada 7 Oktober 2023, 10 pagi di Pavilion Bukit Jalil. Sertai kami di majlis pembukaan bersama-sama peminat-peminat yang lain, di perhimpunan terbesar peminat Naruto. Pakai pakaian terbaik yang diilhamkan oleh watak kegemaran anda dan anda layak menerima barangan eksklusif. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
"Naruto mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati peminatnya. Kami sangat teruja untuk memberi para peminat peluang untuk meraikan ulangtahun ke-20 Naruto dan sekaligus mengimbau kembali detik kegemaran mereka di pameran itu," kata Dato' Brian Lim, Pengasas, MMIC Kumpulan Hiburan di Pameran Ulang Tahun Ke-20 NARUTO TV Animation Malaysia. "Peminat dari semua lapisan masyarakat telah membesar dengan francais ini dan kami teruja untuk mereka meneruskan perjalanan mereka, menghidupkan semula semangat Naruto mereka dan mengenali rakan-rakan baharu. Kami menjemput semua orang untuk menyertai kami dan merasai keajaiban Naruto seperti tidak pernah berlaku sebelum ini - dattebayo!”.
Pameran ini adalah usaha kerjasama Biz Trend Media, Kumpulan Hiburan MMIC, Sozo, I am Start Entertainment, Pavilion Bukit Jalil dan Book My Show.
Untuk maklumat lanjut, sila layari pautan https://my.bookmyshow.com/e/N20EXMYSatau hubungi
[email protected]
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.atiehilmi.com/2023/11/langkah-masuk-ke-dunia-naruto-pameran.html